Sunday 15 December 2013

Petua : Air Daun Bunga Raya ~ Untuk Hamil

Assalammu'alaikum wbt.

Post kali ni berkaitan satu petua yang Dian baru tahu dan belum mencuba lagi.. Macam ni al kisahnya.. Last few week Dian ada terbaca dalam satu forum online ni ada seorang hamba Allah ni menceritakan pengalaman beliau sepanjang usaha beliau untuk mendapatkan zuriat. Dian memang selalu cari maklumat berkaitan TTC dan usaha-usaha yang boleh dilakukan.

Cerita beliau begini, beliau pernah berkahwin pd 2009 dan bertahan selama 1 tahun lebih sahaja.. Pada tahun 2011 beliau bercerai dan selama 1 tahun lebih tu bermacam2 cara beliau usahakan untuk mengandung tapi semua hampa. Pada 2012 beliau bertemu jodoh lagi sekali dan berkahwin pada bulan march 2012. Selepas 4 bulan kahwin masih belum ade rezeki baby dan period beliau jadi tidak teratur.

Sehinggalah pd bulan 5 yang lepas beliau dapat nasihat daripada adik angkat dan adik kandung beliau sendiri utk mencuba air daun bunga raya. Mungkin dgn berkat usaha dan percaya pd Allah swt selepas skali minum air daun bunga raya tu period beliau pada bulan May datang pada 20/5 , June 21/6 , July 22/7. Memang teratur dan beliau terus tunggu period bulan Aug sepatutnya 23/8 tapi tunggu punya tunggu tak menjelma pun cik p. Selepas delay seminggu beliau buat UPT.. ~ ~ Terus naik 2 line!!! ~ ~ Beliau terus check di klinik dan confirm pregnant masa tu.

Pengalaman adik angkat beliau pula macam ni:

Adik angkat beliau kawin 7 tahun dan mengalami keguguran sebanyak 5 kali. Then dia try mnum air daun bunga raya. Sebulan lepas tu pregnant  dan sekarang tengah tunggu hari nk bersalin je.

Pengalaman adik kandung beliau pun ada: 

Adik beliau berkahwin 1 tahun lebih dan tak pernah pregnant.  Selepas minum air daun bunga raya sebulan lepas tu pregnant dan sekarang dah nak masuk 7 bulan usia kandungan.

Cara-Caranya :

1) Ambil daun bunga raya (ambil daun sahaja dari pokok bunga warna merah pekat tu)
2) Basuh guna air suam (air masak)
3) Rendam dgn air suam ( sampai rasa2 dah bersih ..xkisah rendam berapa lama pun)
4) Blend daun bunga raya tu dengan air suam agak2 air boleh dapat setengah mug.. (air jgn terlalu byk dan jgn terlalu sedikit- klu terlalu byk takut xlarat nk abiskn n klu sikit sgt takut xleh nk telan sbb air tu berlendir)
5) Lepas blend tapis sebab nk buang pati daun tu,..cuma ambil air je..
6) Sebelum minum selawatlah keatas Nabi Muhammad sebanyak 3x dan niat dalam hati ini adalah salah satu usaha kita dan berdoa pada Allah semoga membuahkan hasil.

BOLEH DIMINUM SEBELUM PERIOD



So apa yang Dian boleh katakan, kita bukan percaya pada daun tu tapi percaya pada Allah yang Maha Menjadikan lagi Maha Menghidupkan. Khasiat yang terkandung dalam daun bunga raya kita pun tak tahu jadi apa yang boleh kita usahakan dan mohon pada Allah. Dan yang penting tawakal. In Sya Allah moga diperkenankan doa2 kita semua untuk memperoleh zuriat.

Jom pakat2 try petua ni :)

2 comments:

  1. hi. betul ke petua ni.mcm best je nak try mana tau serasi.

    ReplyDelete
  2. Hello...Dian pun xsure betul atau pun tak tapi petua ni adalah pengalaman orang lain..Dian just nak berkongsi dengan TTCian yang lain mana tau ada rezeki untuk kita dapat zuriat...hehe selamat mencuba!!

    ReplyDelete

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...