Tuesday, 24 December 2013

Perkahwinan Tanpa Zuriat

Assalammualaikum wbt.

Sedang duk blogwalking tadi terjumpa satu blog..Penulis blog meluahkan perasaan bila perkahwinan selama 4 tahun lebih masih belum dikurniakan zuriat. Sedih pun ada bila baca pengalaman wanita-wanita lain di luar sana yang dah bertahun-tahun kawin tapi masih belum ada rezeki anak. Apa yang Dian rasa selama ini maybe hanya sedikit sahaja cabarannya. Dian baru memasuki usia perkahwinan 2 tahun setengah. Ada pasangan di luar sana yang lebih dari 10 tahun usia perkahwinan mereka tapi senasib dengan Dian.

Apa yang mengusik minda Dian bilamana ada seorang hamba Allah ni kata wanita-wanita yang dah kawin lama tapi tiada anak tolong jangan kongkong suami anda. Jangan jadi penghalang suami untuk berkahwin lain! Ermmm agak menyentap kalbu bila baca statement macam tu keluar dari mulut seorang WANITA.. Sebenarnya Dian pernah utarakan soalan sama ada suami nak kahwin lain atau tak seandainya ditakdirkan kami tak dikurniakan zuriat. Kalau dia nak kahwin lain Dian izinkan. Alhamdulillah jawapan dari dia menyenangkan hati Dian. Suami Dian kata kalau hingga akhir hayat tak ada anak pun dia akan setia pada Dian seorang. Masa tu fikiran Dian betul-betul tergangu that's why Dian tanya soalan macam tu kat suami. Syukur suami sangat memahami keadaan Dian masa tu. Syukur Allah beri Dian suami yang penyayang dan memahami Dian.



Kepada yang mengeluarkan statement macam di atas tu tolong faham situasi isteri-isteri yang belum dikurniakan zuriat. Tolong jangan jadikan isu tiada zuriat sebagai alasan untuk kamu merampas kebahagiaan wanita lain. Para suami pun jangan jadikan alasan  tiada zuriat untuk skandal dengan wanita lain. Seorang isteri lumrahnya tidak akan sanggup berkongsi kasih dengan wanita lain apatah lagi untuk dimadukan. Belum tentu juga seorang suami yang nak kawin lain akan peroleh zuriat bilamana kahwin lain. Jadi tolong jangan keluarkan statement sesuka hati ikut sedap mulut je. Tak kena kat awak jadi awak tak rasa. Cuba awak ditempat kami then baru awak akan rasa macam mana perasaan kami. 

*** Emosi sedikit tergangu bila pagi-pagi baca statement pedas macam tu. Geram pun ada! ***

Sekian.

2 comments:

  1. Ada 'sesuatu' sedang menanti kita..in shaa Allah..^_^

    ReplyDelete
  2. In sya Allah..Semoga 'sesuatu' itu adalah yang terbaik yg dijanjikan Allah untuk hamba2nya yang sabar dalam menempuh ujian-Nya.

    ReplyDelete