Monday 11 June 2018

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt,

Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah. Tahun ni beraya tanpa ayah mertua bersama ๐Ÿ˜ญ Sedikit rasa ketiadaan dan kehilangan. Semoga ayah berada di taman-taman syurga, diampuni dosa-dosa dan ditempatkan di kalangan para solehin. Rindu pada ayah Allah je yang tahu. Alhamdulillah dalam bulan ramadan ni dapat mimpi bertemu ayah. Terima kasih Allah.

Dikesempatan ini Dian nak mohon ampun maaf kepada semua andai ada salah silap tutur bicara dan perbuatan yang menyakitkan hati dan perasaan. Khilaf itu datang daripada diri ini yang sering melakukan dosa. Juga Dian nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua kenalan dan pembaca blog ini. Yang nak pulang ke kampung berhari raya sila cek kenderaan anda dan pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan tip top lebih-lebih lagi yang nak balik jauh ke utara dan pantai timur. Semoga Allah permudahkan perjalanan anda dan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing. Amiin...

Nak share juga bulan Ramadan ni Dian dapat 2 orang anak menakan. Seorang lelaki seorang perempuan. Alhamdulillah syukur ya Allah keluarga kami makin ramai. Semoga anak-anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah. Somoga Dian dan suami ada juga rezeki untuk tambah ahli keluarga kecil kami. In sya Allah permudahkanlah ya Allah. Amiin.

Buat saudaraku di Syria & Palestine..๐Ÿ˜ข
Bulan Ramadan kali ini sangat sukar untuk ku melihat dari jauh perkhabaran duka dari mu disana. Hanya doa yang tidak putus ku kirimkan untuk mu kerna aku tahu itulah senjata yang mereka tiada. Dan hanya itu yang mampu ku lakukan dengan kudrat ku yang beribu batu jauh dari mu. Hari-hari yang kau lalui tak dapat ku bayangkan. Semoga Allah turunkan bantuan kepada kamu dari seluruh pelusuk dunia. Semoga kemenangan suatu hari berpihak kepada kita. Yang telah gugur pergi meninggalkan dunia, kau bukan tewas ditangan mereka tetapi kau telah pergi dengan maruah yang terpelihara. Semoga Allah kurniakan kepada mu balasan syurga yang tertinggi di sisi-Nya. Bangkitlah anak muda muslim Malaysia. Jangan leka dengan duniawi semata-mata. Saudara kita di sana sedang bertarung nyawa pertahan ISLAM dan kedaulatan negara sedang kamu sibuk dengan perang raver dan hipster. Bangunlah anak bangsa. Jadikan Ramadan kali ini sebagai batu lonjakan untuk kita memperbaiki dan muhasabah diri. Peringatan untuk Dian juga kerana diri ini juga seorang pendosa.


***Aku adalah pendosa yang ingin ke syurga, jadi bimbinglah aku ke jalan yang benar *** 





Monday 15 January 2018

JUS BIDAN DARA..USAHA UNTUK HAMIL

Assalammu'alaikum wbt,

Semoga semua sahabat dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Harini curi-curi masa untuk melakar sedikit cerita kat blog yang dah lama tak update. Dian dalam proses ber TTC untuk anak kedua. Semoga Allah permudahkan. So nak cerita fasal Jus Bidan Dara. Dian baru consume tak abis lagi satu botol tapi nak bagi tau memang rasa dia sedap dan serasi dengan badan Dian.

10ml minum untuk pertama kali petang tu terus keluar sedikit spotting mungkin cuci darah period yang tak keluar abis masa cycle yang lepas. Dia macam energy booster gak sebab bagi tenaga kita rasa tak penat sangat di siang hari. Tapi untuk Dian punya cycle period after consume JBD ni cycle jadi lewat 5 hari bulan ni. Then bila period datang memang terlalu banyak. Hope dia cuci segala darah kotor yang sepatutnya keluar. 

Today Dian dan start balik acid folic. Jadi blur waktu bila kena makan acid folic ni adehhh.. Memang jadi pelupa teruk ni. Terpaksa la tanya encik google fasal asid folic. Asid folik boleh consume waktu pagi after breakfast sebiji sehari ye Dian. Kalau lupa makan waktu pagi, boleh je makan waktu tengahari or malam. (Note untuk peringatan diri sendiri jugak). Acid folic boleh amalkan waktu period jugak. No worries! 

Wokeh cukup la setakat ni. Nanti sembang lain ye. Semoga Allah berkati usaha ini dan dipermudahkan segala urusan untuk kita semua. In sya Allah. 

P/s = Lupa plak Jus Bidan Dara pun boleh consume masa period. Jangan tanya Dian berapa harga sebab Dian tak jual tau ๐Ÿ˜Š Untuk wanita hamil je dilarang amalkan JBD. Pengasas JBD @khiriah17



Alhamdulillah Ya Allah

Monday 16 October 2017

Tahniah Datuk Siti Nurhaliza Tarudin!!!

Assalammu'alaikum wbt,

     Gembira hati bila dengar perkabaran penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dah hamil 4 bulan.. ๐Ÿ˜ข Sebak dengar berita ni sebab rasa memahami situasi beliau yang lama menunggu kehadiran cahaya mata. Orang bersabar in sya Allah akan merasa manisnya hasil kesabaran tersebut. 11 tahun beliau dan suami bersabar dan berusaha. Allah bagi ganjaran buat hamba-hamba-Nya yang bersabar.

     Tahniah Datuk Ct @ctdk dan  Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Semoga Datuk Ct dan baby sihat dan selamat. Rasanya semua rakyat Malaysia tumpang gembira bila dengar berita gembira ni. Kami yang TTCian lagi la hepi sesangat. ๐Ÿ’•๐Ÿ’• Semoga anak yang bakal dilahirkan menjadi anak yang solehah. In sya Allah... Amin...

Tuesday 26 September 2017

Doakan untuk yang Kedua

Assalammua'laikum wbt,

     Semoga sahabat semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam lindungan Allah hendaknya. Dian alhamdulillah sihat walaupun lately diserang nausea dan diarrhea yang agak teruk jugak. Balik kampung 16 September 2017 kebetulan sambutan Hari Malaysia so ramailah yang berkonvoi motosikal di atas highway. Seronok Fayyadh tengok bendera Malaysia merata-rata. Nampak bendera je dia jerit "Deka!! Deka!!" sambil angkat tangan. Umo baru setahun 5 bulan tapi anak mama ni dah bijak pandai. Syukur alhamdulillah.

     Balik kampung sebab abah Dian nak kene operate buang hempedu. So balik la umah mak abah dulu. Sempat duduk mandi rehat sat dekat nak maghrib anak menakan call suami bgtau ayah mertua Dian lorat sakit teruk. So kami semua dengan mak abah balik Kola Ketil terus. Ayah nampak sangat2 tak sihat. Anak cucu cicit datang baca Yaasin. Sedih tengok keadaan ayah macam tu. Dia menangis tengok kami sampai. Orang jauh dah sampai katanya tapi orang dekat tak jenguk-jenguk lagi sambil mengalir air mata dia. Allah hu akbar.. Mudah tersentuh hati sesiapa pun kalau tengok orang tersayang terlantar sakit macam tu. Pakat2 berhujan dalam rumah. Keadaan ayah berlarutan macam tu sepanjang 5 hari kami kat kampung. Alhamdulillah hari ke enam masa nak balik tu ayah nampak makin sihat. Dian suapkan nasi dengan kuah singgang banyak juga dia makan. Suara pun jelas keluar boleh bersembang. Nak balik kl pun tak la terasa teramat risau sangat.

     Abah pulak 17 September masuk wad doctor cek tak boleh proceed operation sebabnya darah cair. Salah pihak hospital sebab tak bagi arahan untuk berhenti makan ubat cair darah sebelum masuk wad tempoh hari. So operation kena tunda ke 15 Oktober 2017. Semoga dipermudahkan segala urusan abah dan semoga Allah memberi nikmat kesihatan dan kesembuhan kepada ayah. Amin. Kedua-duanya kesayangan Dian.

     Ok back to the topic. Yes Dian sedang ber TTC kembali in sya Allah. Izz Fayyadh pun dah setahun setengah so we are ready. Doakan yang baik-baik dan fikir yang baik-baik. Semoga niat yang baik ini diberkati semoga doa yang baik ini diangkat Allah swt. 
 



 
     


Monday 11 September 2017

Kemangkatan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

Assalammua'laikum wbt,

Petang ni tetiba sayu rasa bila mendapat perkabaran duka dari sahabat yang maklumkan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 2.30 petang 11 September 2017. Seluruh rakyat Kedah walau dimana berada pasti merasakan duka atas pemergian Tuanku. Semoga rohnya dirahmati dan ditempatkan dikalangan para hamba Allah yang soleh. Semoga kaum kerabat baginda diberikan kesabaran yang tinggi. Al- fatihah.



Amin Ya Rabbal A'lamin

Saturday 10 June 2017

Anakanda Tercinta

Assalammu'alaikum wbt..

Salam 15 Ramadhan 1438h.. Sekejap nye masa berlalu.. Dah separuh bulan ramadhan pergi berlalu meninggalkan kita..Rasa sedih plak memandangkan kesedaran akal fikiran ni sesungguhnya diri ini sangat kurang mengambil kesempatan mendekatkan diri pada Allah..Kesibukan duniawi kadang kala menjadi alasan rapuh untuk beribadah pada Dia yang MAHA ESA. Sebak plak rasa sedangkan dosa2 mengunung tinggi..

To my sahabat di alam maya..kita tak pernah bersua muka..tak pernah bertentang mata tapi semoga jalinan kenalan ini tak terputus selamanya. Ada masa terluang saya akan singgah di blog2 sahabat yang lain sekadar silent reader. Semoga kakak2 adik2 sihat selalu, diberkati umur, diterima amal ibadah, dirahmati, diampuni dosa2 dan diangkat segala doa2 kalian di bulan yang penuh barakah Ramadan al kareem..

Harini Dian duty counter ingatkan sambil2 tu boleh buat keja yang hakiki guna sistem ni. Unfortunately sistem down plak ๐Ÿ˜ž So Dian ada masa la jenguk blog ni n tetiba terasa nak menaip hehehe..

Puasa tahun lepas alhamdulillah dapat puasa penuh sebabkan selepas melahirkan putera sulung tu elok2 je nifas berhenti before Ramadhan..Tahun ni belum tentu lagi ๐Ÿ˜Ž hahaha.. Harini nak sematkan beberapa picture2 putera tersayang kat blog ni..Muhammad Izz Fayyadh nama anakanda Dian dan suami..Anak yang dinanti-nantikan selama 4 tahun. Sebak bila fikirkan dugaan 4 tahun tu.. Allah je yang tahu. Setiap apa yang Allah tetapkan pada kita tak kiralah yang baik atau yang sebaliknya sebenarnya adalah hikmah supaya kita yang diberi akal dan fikiran ni bijak mengatur langkah untuk bertindak atas setiap apa yang Allah beri..Baik buruk semua tu ujian daripada Allah untuk hambanya.

Oklah emosional plak kannn..ni gambar2 Izz now dia dah 1 tahun 2 bulan..
  

3 April 2016 Jam 7.06 am .. Muhamad Izz Fayyadh 7 jam selepas dilahirkan ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’–๐Ÿ’•


7 April 2016 (5 hari) - Izz memang suka senyum time tido.. Apalaaa yg dimimpinya๐Ÿ˜Š


8 April 2016 (6 hari) - Exercise dulu!! Sampai terkeluar mitten dia hehe

10 April 2016 (8 hari) - Posisi tidur sampai sekarang still mcm tu


31 Ogos 2016 (5 bulan) ๐Ÿ’ - Abg sado kau ado?? Hehe ๐Ÿ˜ฌ

Ok tu je la untuk harini..Muhammad Izz Fayyadh nanti kalau panjang umur mama upload lagi ye..gambar Izz penuh space hp dah. Be a good son n jadi anak yang soleh ye sayang..

Untuk sahabat2 TTCian, don't ever2 give up. Doa banyak2 di bulan penuh barakah ni percaya pada Allah bersangka yang baik2 pada Allah..Setengah jam sebelum berbuka puasa please doa banyak2 minta pada Allah kerana Dia MAHA KAYA..Mintak la apa pun.. Dian doakan semoga Allah terima doa2 kalian semua..Amin..

Mohon sahabat2 doakan juga untuk anakanda Dian semoga menjadi hamba Allah yang cemerlang dunia akhirat..TQVM semua..Love u all so much ๐Ÿ’˜

Maksud nama Muhammad Izz Fayyadh:

Muhammad = Yang terpuji / Praiseworthy
Izz = Kekuatan, Kemuliaan, Kuasa / Glory, Power
Fayyadh = Murah hati, Dermawan / Generous, Philanthropist

Semoga ianya doa yang berpanjangan untuk anakanda tersayang. amin..

Wednesday 24 August 2016

AMANAH ALLAH YANG TERINDAH..

Assalammuรกlaikum wbt..

Terasa singkatnya masa. Cepat sungguh masa berlalu bagai tiupan angin yang tak terlihat dek mata..Lama tak jenguk blog. Sahabat ada yang bertanya khabar kenapa menyepi diri. Actually lama menyepi sejak mengandung mungkin sebabkan emosi dan fizikal sedikit off tune hehehe. Tak ada mood nak berblog. Alasan kekdahnyeee 

Alhamdulillah selepas kes PV bleeding masa mengandung tu dan doc sarankan banyakan rehat so memang Dian rehatkan mental fizikal..Sepanjang 9 bulan tu alhamdulillah tak ada perkara yang tak diingini berlaku. Due date 15/04/2016 dah doct tetapkan kalau tak rasa nak bersalin pun kena serah diri untuk di'bersalinkan' pada tarikh tersebut. So Dian apply cuti bersalin awal 4 hari dan apply cuti rehat sebelum tarikh cuti bersalin tu. 1hb April 2016 mintak balik keja awal sebab ada appointment nak scan baby sebelum Dian and suami bertolak balik ke Kedah. Dah scan doct kata 38 minggu dah sarat sangat ni huhu..Suami dah risau sebab lepas keluar klinik tu terus nak bertolak balik Kedah. Bila scan doct kata air ketuban sikit tapi dia tak cakap bahaya ke apa ke dan dia kata selamat dan sempat lagi nak travel balik Kedah. So kitorang tawakal je la sambil pujuk baby duk elok2 dalam perut mama sebab nak travel jauh. 

On the way balik Allah nak uji hamba-Nya sabar ke tak. Jalan jem teruk bagai musim raya orang ramai berpusu-pusu atas highway. Rupa-rupanya ada kes kemalangan di beberapa tempat atas highway tu and it take around 20km++ punya jem..Nak ikut jalan lama pun jem susur keluar so bersabarlah wahai hati..Kul 6.00pm bertolak kul 1.00am baru sampai kampung. Sempat singgah kedai pekena Char Kuew Teow. 7 hours dalam keta dengan perut memboyot hehe. Sakit pinggang den..

Esoknya hepi la duk umah mak mertua jumpa ipar duai, anak menakan semua lah kann and dapat makan masakan mak mertua yang sodap walaupun simple.. Petang tu dalam kul 3.00pm Dian nak mandi tengok2 dah turun darah. Still dapat relax tenangkan hati terus mandi n wudhuk. Bagitau suami, dia pulak yang gelabah lebih haha..Dian solat dulu n siap2 p hospital. Sebelum g hospital salam mak ayah mertua minta maaf n minta doa dipermudahkan. Nak dijadikan dugaan lagi, jalan nak sampai hospital pulak jem sebabkan ada construction. Adoi pujuk baby jagan nak keluar awal tak sempat sampai hospital nanti. So dah sampai hospital pakai baju pink tu and doct cek baru buka 3cm..Ok lagi boleh tunggu lagi doct kata. Then bila dia scan muka dia dah lain.."Air ketuban sangat sikit u kena bersalin harini jugak"..Allah hu akbarr..Terus rasa takut..

Nurse suh makan sikit, so Dian makan pau je. Tak lalu dah nak makan lain2..Then dengan berkaki ayam sebab xleh pakai shoes nurse tolak masuk labor room..ngerinya rasa..Kul 7 dipecahkan air ketuban tu then setelah tu satu tiub dipasangkan ditangan kanan Dian. Dalam kul 8 induce. Awalnya tak berapa sakit tapi selepas sejam macam tu Subahanallah....Allah hu akbar.... Sakit contraction sangat tak terungkap dek kata. Sakit bagai nak tercabut nyawa..Berhempas pulas Dian cuba push tapi tak terdaya. Kepala baby dah keluar sikit dipintu rahim. Nurse and doct sehabis mungkin encouraged Dian utk cuba push lagi tapi dah abis tenaga.

Dian minta czer doct tak setuju coz bahaya utk Dian, then Dian minta vacuum. Doct bgtau risiko vacuum akan effect kat kepala baby.. Dia tak berapa setuju tapi melihatkan Dian yang sangat lemah hampir nak pengsan so dia proceed nak vacuum. Dian dah meramu air mata..Dalam hati Dian mohon pada Allah beri Dian kekuatan and pujuk baby bantu mama keluarkan baby dari perut mama. Suddenly Subahanallah Allah Maha Besar dan Maha Mendengar doa hamba-hamba-Nya. Terasa baby melonjak and Dian cuba push sehabis daya. Elok-elok doct masuk labor room bawak mesin vacuum tu, dia tengok baby dah keluar. ALLAH HU AKBAR..

Alhamdulillah lahirlah putera sulung kami 3/4/2016 jam 12.18 pagi. Nama diberi Muhammad Izz Fayyadh..(Yang Terpuji, Kekuatan, Pemurah Hati)..Semoga anakanda menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan semoga cemerlang dunia akhirat. Terima kasih pada yang sudi mendokan semoga kalian juga dipermudahkan segala urusan. Benarlah firman Allah SWT:-

ูˆَูˆَุตَّูŠْู†َุง ุงู„ْุฅِู†ุณَุงู†َ ุจِูˆَุงู„ِุฏَูŠْู‡ِ ุญَู…َู„َุชْู‡ُ ุฃُู…ُّู‡ُ ูˆَู‡ْู†ุงً ุนَู„َู‰ ูˆَู‡ْู†ٍ ูˆَูِุตَุงู„ُู‡ُ ูِูŠ ุนَุงู…َูŠْู†ِ ุฃَู†ِ ุงุดْูƒُุฑْ ู„ِูŠ ูˆَู„ِูˆَุงู„ِุฏَูŠْูƒَ ุฅِู„َูŠَّ ุงู„ْู…َุตِูŠุฑُ

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya dalam dua tahun . Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Qs. Luqman : 14)


RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...