Monday 11 June 2018

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt,

Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah. Tahun ni beraya tanpa ayah mertua bersama 😭 Sedikit rasa ketiadaan dan kehilangan. Semoga ayah berada di taman-taman syurga, diampuni dosa-dosa dan ditempatkan di kalangan para solehin. Rindu pada ayah Allah je yang tahu. Alhamdulillah dalam bulan ramadan ni dapat mimpi bertemu ayah. Terima kasih Allah.

Dikesempatan ini Dian nak mohon ampun maaf kepada semua andai ada salah silap tutur bicara dan perbuatan yang menyakitkan hati dan perasaan. Khilaf itu datang daripada diri ini yang sering melakukan dosa. Juga Dian nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua kenalan dan pembaca blog ini. Yang nak pulang ke kampung berhari raya sila cek kenderaan anda dan pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan tip top lebih-lebih lagi yang nak balik jauh ke utara dan pantai timur. Semoga Allah permudahkan perjalanan anda dan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing. Amiin...

Nak share juga bulan Ramadan ni Dian dapat 2 orang anak menakan. Seorang lelaki seorang perempuan. Alhamdulillah syukur ya Allah keluarga kami makin ramai. Semoga anak-anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah. Somoga Dian dan suami ada juga rezeki untuk tambah ahli keluarga kecil kami. In sya Allah permudahkanlah ya Allah. Amiin.

Buat saudaraku di Syria & Palestine..😢
Bulan Ramadan kali ini sangat sukar untuk ku melihat dari jauh perkhabaran duka dari mu disana. Hanya doa yang tidak putus ku kirimkan untuk mu kerna aku tahu itulah senjata yang mereka tiada. Dan hanya itu yang mampu ku lakukan dengan kudrat ku yang beribu batu jauh dari mu. Hari-hari yang kau lalui tak dapat ku bayangkan. Semoga Allah turunkan bantuan kepada kamu dari seluruh pelusuk dunia. Semoga kemenangan suatu hari berpihak kepada kita. Yang telah gugur pergi meninggalkan dunia, kau bukan tewas ditangan mereka tetapi kau telah pergi dengan maruah yang terpelihara. Semoga Allah kurniakan kepada mu balasan syurga yang tertinggi di sisi-Nya. Bangkitlah anak muda muslim Malaysia. Jangan leka dengan duniawi semata-mata. Saudara kita di sana sedang bertarung nyawa pertahan ISLAM dan kedaulatan negara sedang kamu sibuk dengan perang raver dan hipster. Bangunlah anak bangsa. Jadikan Ramadan kali ini sebagai batu lonjakan untuk kita memperbaiki dan muhasabah diri. Peringatan untuk Dian juga kerana diri ini juga seorang pendosa.


***Aku adalah pendosa yang ingin ke syurga, jadi bimbinglah aku ke jalan yang benar *** 





No comments:

Post a Comment

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...