Tuesday 10 December 2013

Buang Bayi..Kejamnya!!!!

Assalammu'alaikum wbt

Pagi ni masa nak keluar makan ternampak gambar di muka depan akhbar Harian Metro "Tangisan Bayi Tepi Longkang" Kejadian berlaku di Ipoh. Ya Allah......kejam sungguh manusia yang buang bayi tu.. Kesiannnnnn baby tu tak bersalah..tak mengerti apa-apa..Mujurlah ada yang terdengar baby tu menangis..Terbayang keadaan baby tu. Berapa lama ditinggalkan kat tepi longkang tanpa pakaian ataupun kain untuk selimut..Mesti baby tu sejuk..Syukur ya Allah baby perempuan tersebut selamat..

Agaknya manusia akhir zaman ni makin lama makin hilang sifat perikemanusiaan.. Allah dah beri nikmat untuk mengandung, nikmat untuk melahirkan, dan nikmat untuk membesarkan anak tapi kenapa nikmat tersebut dibuang..Zuriat tu rezeki dari Allah. Kalaupun mungkin bukan beragama Islam tapi setiap agama melarang keras perbuatan membuang anak..Kejammm.. Sedih Dian duk menaip ni pun menitis air mata terbayangkan nasib bayi-bayi yang dibuang macam sampah. Kalau tak nak bayi tu bagi la pada yang nak. Ramai di luar sana yang sanggup adopt baby. Jangan la buang bayi yang tak berdosa. Janganlah bunuh jiwa-jiwa yang suci yang tak mengerti apa-apa!!


Kes-kes mengandung anak luar nikah salah satu punca terjadinya kes buang bayi ni. Masyarakat kita pun bersalah dalam hal ni..Bukan apa Dian kata macam tu. Pertama salah ibu bapa atas didikan agama yang kurang dan juga maybe pemantauan aktiviti anak-anak mereka. Kedua, bila dah jadi kes mengandung anak luar nikah ni masyarakat kita lebih ke arah negatif.. Suka menjaja cerita sampai heboh satu kampung silap-silap satu donia dah dihebohkannya..Al-maklumlah zaman canggih macam sekarang ni medium untuk mengumpat ni cukup banyak..Fb ada, tweeter ada, we chat ada, wasap dan macam-macam lagi la kan...Dah tentu tentu gadis tersebut takut..malu..macam-macam dia fikir..tanggapan masyarakat + penerimaan keluarga kat dia. Lastly abortion la jawabnya..yang mana yang tak boleh abortion tanpa sifat belas kasihan depa sanggup buang bayi kat dalam tandas la, dalam tong sampah la..............

Tolong la sedar bagi mereka-mereka yang pernah abortion/gugurkan kandungan ataupun membuang bayi anda..Mana perginya sifat KETAMADUNAN anda, sifat PERIKEMANUSIAAN anda, sifat BELAS KASIHAN anda...mana perginya IMAN anda...Hopefully tak ada lagi berita-berita macam ni terjadi kat Malaysia..Kalau kita kata Amerika Syarikat jahat, kejam atas kita tak sedar dikalangan masyarakat kita pun ada golongan manusia yang sama kejamnya macam depa ni. 

Ya Allah lindungilah aku,ahli keluarga ku dan seluruh saudara seislam dengan ku daripada fitnah akhir zaman. Amin.

No comments:

Post a Comment

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...