Monday 16 October 2017

Tahniah Datuk Siti Nurhaliza Tarudin!!!

Assalammu'alaikum wbt,

     Gembira hati bila dengar perkabaran penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dah hamil 4 bulan.. 😢 Sebak dengar berita ni sebab rasa memahami situasi beliau yang lama menunggu kehadiran cahaya mata. Orang bersabar in sya Allah akan merasa manisnya hasil kesabaran tersebut. 11 tahun beliau dan suami bersabar dan berusaha. Allah bagi ganjaran buat hamba-hamba-Nya yang bersabar.

     Tahniah Datuk Ct @ctdk dan  Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Semoga Datuk Ct dan baby sihat dan selamat. Rasanya semua rakyat Malaysia tumpang gembira bila dengar berita gembira ni. Kami yang TTCian lagi la hepi sesangat. 💕💕 Semoga anak yang bakal dilahirkan menjadi anak yang solehah. In sya Allah... Amin...

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...