Tuesday 31 December 2013

TTCian 2014

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalammu'alaikum wbt

Hari ni hari terakhir di tahun 2013. Segala suka duka bergelar TTCian akan terbuku dalam ingatan hingga akhir hayat. Sesungguhnya penantian itu mengajar Dian menjadi lebih bersabar. Allah tidak pernah berlaku kejam pada hambanya. In sya Allah akan ada penghujung yang amat manis untuk semua sahabat TTCian. Alhamdulillah adanya sahabat TTCian yang banyak berkongsi pengalaman masing-masing. Sedikit sebanyak mengubat kesedihan hati dan yang penting sebagai pembakar semangat meneruskan usaha untuk berTTC. In Sya Allah..Dian akan teruskan berTTC untuk tahun 2014 hingga apa yang dihajati tercapai. 


Kepada semua sahabat TTCian, semoga berjaya untuk tahun hadapan. Teruskan berusaha moga doa kita semua dimakbulkan Allah. Terima kasih atas segala perkongsian ilmu, pengalaman dan perkongsian semangat. Semoga kalian semua dirahmati dan diberkati Allah dunia & akhirat. Selamat datang 2014.

***HuG***

Michael Schumacher Koma?

Assalammu'alaikum wbt.


Hmm semalam dengar berita Michael Schumacher, bekas pelumba kereta F1 dan tujuh kali juara Formula One World Champion, dah terlantar kat hospital Grenoble. Laporan mengatakan beliau kemalangan semasa meluncur ski bersama-sama anaknya di French Alps. Sebenarnya dulu masa Dian study di UiTM Puncak Perdana, one of my best friend Zuraidah Arif, dia ni memang minat dengan sukan Formula One ni dan of course sangat suka gila kat si Michael ni. Kadang-kadang dia bercerita fasal F1 kat Dian yang tak minat langsung sukan F1 ni. Bukan setakat F1 dia minat sukan bolasepak yang normally golongan lelaki ja yang suka tengok, pun dia minat GILA-GILA...hehehe..So melalui dia la Dian kenal sikit2 fasal Michael Schumacher.



Selama Michael Schumacher racing rasa-rasanya dia tak pernah alami kemalangan teruk. Tapi Allah maha berkuasa dan maha menentukan segalanya. Sebelum-sebelum ni pun si Michael Schumacher  ni pernah je luncur ski dengan kawan-kawan and family dia tapi this time dia agak kurang bernasib baik. Dengar kata kecederaan yang beliau alami agak teruk di kepala dan memerlukan pihak hospital melakukan pembedahan. Pihak hospital juga mengatakan keadaan beliau yang koma semakin kritikal. 




Semoga beliau cepat sedar dari koma dan cepat pulih. Semoaga keluarga beliau juga tabah menghadapi ujian ni.


Sunday 29 December 2013

Azam Tahun Baru 2014 ~ Saya Nak Hamil!!

Assalammu'alaikum wbt

Masuk opis harini suasana sunyi menyelubungi.. Ramai yang ambil cuti untuk habiskan cuti rehat. Huuu dah la lif rosak kena naik tangga dan fyi tangga belakang opis sangat menakutkan. Tapi gagahkan diri naik sorang2 alhamdulillah Allah jauhkan dari benda2 tak elok..hehehe (penakut sungguh!)

Berbaki 2 hari setengah je lagi tahun 2013 akan melabuhkan tirai..Sepanjang tahun 2013 ni terlalu banyak perkara yang menyentuh emosi Dian. Ada ketika terasa diri tak mampu bertahan dengan setiap ujian dan dugaan yang hadir. Tapi alhamdulillah hingga detik ini Dian dapat melaluinya dengan baik semuanya berkat adanya sokongan daripada suami tercinta. Syukur Allah kurniakan kanda untuk dinda.

Dan sepanjang tahun 2013 ni juga pelbagai usaha dan ikhtiar dah dilakukan dalam usaha kami untuk mendapatkan zuriat kandung. Subhanallah Allah itu maha mengetahui segala sesuatu. Mungkin belum tiba masanya untuk Dian hamil. Sesungguhnya Dia punya rancangan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Setiap perkara yang sukar diperoleh membuatkan kita jadi lebih menghargai setiap perkara yang kita ada. Semoga Allah kurniakan zuriat kepada kami berdua bila tiba masanya.

Jadi untuk tahun 2014 yang bakal tiba, Dian tak nak berputus asa. Dian berazam nak hamil tahun 2014. Azam yang sama untuk tahun ni tapi belum tercapai. Semoga pada tahun 2014 ada peluang dan ruang untuk kami merasa menjadi ibunda dan ayahanda. Begitu juga untuk sahabat TTCian yang lain semoga kita semua dapat hamil untuk tahun 2014. In sya Allah...Ya Allah semoga Kau permudahkan aku untuk hamil dan melahirkan. Amin.


Thursday 26 December 2013

Kandungan Gugur Awal Kehamilan..

Assalammu'alaikum wbt..

Pilu hati bila tengah duk susun majalah tiba-tiba Dian dikhabarkan dengan satu berita sedih yang mana salah seorang staf di opis Dian kerja ni Nisa mengalami keguguran di awal kehamilan beliau. So dia ambil MC untuk harini until next week. Ya Allah..besar sungguh ujian yang Kau turunkan kepada dia. Ye mungkin belum tiba rezekinya lagi.. Dia sempat merasa perasaan bakal bergelar ibu..Tapi hanya untuk seketika. Dian yang merasa kesedihanya tapi macam mana perasaan dia yang mengalami keguguran tersebut? 

Menghadapi keguguran ialah satu pengalaman yang menyedihkan. Kehilangan seorang bayi meremukkan hati, tidak kira seawal mana ia berlaku. Kita perlu memberi peluang kepada diri sendiri untuk meluahkan kekecewaan dan kesedihan. Namun dalam kebanyak kes wanita hamil yang mengalami keguguran, kebanyakan daripada mereka dapat hamil semula dan melahirkan bayi yang sihat.

Semoga Nisa tabah dan kuat untuk menempuh ujian Allah ini. Apa yang penting Nisa dah tahu yang mana Nisa dan suami tak ada masalah untuk mendapat zuriat kandung cuma masanya belum tiba. Be strong young woman! In sya Allah ada rezeki yang bakal tiba untuk Nisa dan suami ok. Kalian yang lain yang pernah mengalami keguguran Dian respect dan salute u all kerana sangat kuat dan tabah menempuh ujian dari Allah.

"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.
[Al-Baqarah: 286]"


Tuesday 24 December 2013

Perkahwinan Tanpa Zuriat

Assalammualaikum wbt.

Sedang duk blogwalking tadi terjumpa satu blog..Penulis blog meluahkan perasaan bila perkahwinan selama 4 tahun lebih masih belum dikurniakan zuriat. Sedih pun ada bila baca pengalaman wanita-wanita lain di luar sana yang dah bertahun-tahun kawin tapi masih belum ada rezeki anak. Apa yang Dian rasa selama ini maybe hanya sedikit sahaja cabarannya. Dian baru memasuki usia perkahwinan 2 tahun setengah. Ada pasangan di luar sana yang lebih dari 10 tahun usia perkahwinan mereka tapi senasib dengan Dian.

Apa yang mengusik minda Dian bilamana ada seorang hamba Allah ni kata wanita-wanita yang dah kawin lama tapi tiada anak tolong jangan kongkong suami anda. Jangan jadi penghalang suami untuk berkahwin lain! Ermmm agak menyentap kalbu bila baca statement macam tu keluar dari mulut seorang WANITA.. Sebenarnya Dian pernah utarakan soalan sama ada suami nak kahwin lain atau tak seandainya ditakdirkan kami tak dikurniakan zuriat. Kalau dia nak kahwin lain Dian izinkan. Alhamdulillah jawapan dari dia menyenangkan hati Dian. Suami Dian kata kalau hingga akhir hayat tak ada anak pun dia akan setia pada Dian seorang. Masa tu fikiran Dian betul-betul tergangu that's why Dian tanya soalan macam tu kat suami. Syukur suami sangat memahami keadaan Dian masa tu. Syukur Allah beri Dian suami yang penyayang dan memahami Dian.



Kepada yang mengeluarkan statement macam di atas tu tolong faham situasi isteri-isteri yang belum dikurniakan zuriat. Tolong jangan jadikan isu tiada zuriat sebagai alasan untuk kamu merampas kebahagiaan wanita lain. Para suami pun jangan jadikan alasan  tiada zuriat untuk skandal dengan wanita lain. Seorang isteri lumrahnya tidak akan sanggup berkongsi kasih dengan wanita lain apatah lagi untuk dimadukan. Belum tentu juga seorang suami yang nak kawin lain akan peroleh zuriat bilamana kahwin lain. Jadi tolong jangan keluarkan statement sesuka hati ikut sedap mulut je. Tak kena kat awak jadi awak tak rasa. Cuba awak ditempat kami then baru awak akan rasa macam mana perasaan kami. 

*** Emosi sedikit tergangu bila pagi-pagi baca statement pedas macam tu. Geram pun ada! ***

Sekian.

Monday 23 December 2013

Sunburn ~~ Petua Please!!

Assalammu'alaikum wbt..

Argghhhh...tension bila tengok cermin..muka dah sunburn. Tangan lagi la gila-gila sunburn.. Bukan tanned lagi dah macam roti bakar dah ni huuu ~ ~ Dan bermula la episod menyapu segala bagai losyen dan krim dah nak bagi cerah balik kulit tangan ni. Ni semua gara-gara aktiviti outdoor ditengah cuaca panas matahari tegak atas kepala.. Aktiviti di laut pulak tu bertambah-tambah lagi la tahap kepanasannya. Seharian aktiviti di laut mula-mula Island Hopping 4 jam.Tak puas lagi sambung Mangrove Tour plak 4 jam..huhuhu..memang best tak ingat dah tangan nak sunburn ke, yang ingat enjoy jaa hehehe..Nanti Dian cerita la kisah di Langkawi Part 2.. Tak ada mood lagi.

Ada sesiapa tak yang tahu cara nak normalkan balik kulit yang sunburn..Kalau cerah putih tu mustahil la kan but at least kulit kembali ke tona asal..Rimas plak perhati tangan kanan tak sama tona dengan tangan kiri..tak tau pasaipa. Ni dah sapu losyen Garnier Body Light EXTRA tak tau la berkesan ka dak..Kawan-kawan tau tak macam mana nak settle masalah Dian ni?? Please help me ~ ~

Tuesday 17 December 2013

Langkawi Holiday Trip (Part 1)

Assalammu'alaikum wbt..Salam Sejahtera :)

Yeyyy!!! Dian dah apply cuti untuk esok dan lusa.. Pengarah dah luluskan cuti. Hepi gila coz esok nak bertolak ke Langkawi sekali lagi !! Tapi kali ni Dian pi dengan suami tercinta Nur Muhd Salahuddin bin Arifin. I Love U Kanda. Untuk kali ni kami ambil pakage coz malas nak pening kepala nak cari hotel n transport. Kami pilih MandaQ Tours and Car Rental Sdn.Bhd untuk handle semua dari tiket feri, penginapan, kereta, dan island hopping. Total RM766 sahaja. Kira ok la coz sekarang ni rate hotel memang tinggi time-time cuti sekolah ni. Lagi pula 19 Disember 2013 hingga 5 Januari 2014 ni berlangsungnya Langkawi Naturally Magikal. Dijangka lebih kurang 1 million pelancong luar dan tempatan akan datang ke Langkawi sepanjang karnival berlangsung. Gila excited nak pi sana nak shoot gambaq banyak-banyak untuk simpanan peribadi. 

http://www.langkawimagical.com.my/family-moments.html


Macam-macam aktiviti semasa karnival berlangsung antaranya Magikal Night, Konsert dari beberpa orang artis termasuk Dato' M.Nasir dan Anuar Zain. Then ada Bazar Magikal, Selera Rasa Magikal, Family Moment dan macam-macam lagi. Siap ada hot air balloon ride, colourful parades, floral and lantern show are some of the activities that will be a unique experience for the public. Perarakan pun ada games yang melibatkan fizikal dan mental ada siap ada Paratrooper, Vintage Ferris Wheel, Pirates Ship, Magical Train, Inflatable Bouncy dan banyakkkkkk lagi..Aihhh tak sabaq aih nak pi Langkawi. Tu dia teruih keluaq loghat Kedah haha. Dah macam promoter tak berbayaq plak tapi tak pa kalau sapa-sapa tercari-cari lokasi percutian mai la Langkawi memang tak rugi baq ang :p


http://www.langkawimagical.com.my/family-moments.html
Macam best je tegok macam-macam aktiviti yang depa planning nak buat. Hopefully masa kat Langkawi nanti berkesempatan untuk ke karnival ni. Teruja sangat-sangat bila tengok officially website Langkawi Naturally Magikal. Jom la pakat-pakat pi Langkawi kasi jem jalan-jalan kat Langkawi hahaha (jangan laaa jem kalau tak jem semua plan hehe) 

http://www.langkawimagical.com.my/langkawi-magikal-night.html

http://www.langkawimagical.com.my/langkawi-magikal-night.html

Kebetulan my lil sister Nur Fazira binti Gulam Mohamad hehe aku mention nama penoh ko pun ada di Langkawi. Dia ikut trip kolej dia memandangkan they all dah tamat pengajian. Semalam mak ke Ipoh dengan abang Dian, Nur Hafizam Gulam Mohamad untuk ambil barang-barang my sister tapi dia tak ikut balik coz nak ke Langkawi punya pasal. Barang gila banyak huhuhu. Nanti kalau sempat boleh la jumpa dia di Langkawi :)

 http://www.langkawimagical.com.my/langkawi-magikal-night.html

http://www.langkawimagical.com.my/langkawi-magikal-night.html


Semoga perjalanan kami ke Langkawi selamat. Semoga cuaca cerah dan tak hujan. Hopefully jangan la jem teruk kat Langkawi coz last week masa di Langkawi time nak ke Jeti Kuah jalam jem. Nasib baik sempat sampai. Kalau lewat feri tinggal..Keluaq ayaq mata la..


Sunday 15 December 2013

Petua : Air Daun Bunga Raya ~ Untuk Hamil

Assalammu'alaikum wbt.

Post kali ni berkaitan satu petua yang Dian baru tahu dan belum mencuba lagi.. Macam ni al kisahnya.. Last few week Dian ada terbaca dalam satu forum online ni ada seorang hamba Allah ni menceritakan pengalaman beliau sepanjang usaha beliau untuk mendapatkan zuriat. Dian memang selalu cari maklumat berkaitan TTC dan usaha-usaha yang boleh dilakukan.

Cerita beliau begini, beliau pernah berkahwin pd 2009 dan bertahan selama 1 tahun lebih sahaja.. Pada tahun 2011 beliau bercerai dan selama 1 tahun lebih tu bermacam2 cara beliau usahakan untuk mengandung tapi semua hampa. Pada 2012 beliau bertemu jodoh lagi sekali dan berkahwin pada bulan march 2012. Selepas 4 bulan kahwin masih belum ade rezeki baby dan period beliau jadi tidak teratur.

Sehinggalah pd bulan 5 yang lepas beliau dapat nasihat daripada adik angkat dan adik kandung beliau sendiri utk mencuba air daun bunga raya. Mungkin dgn berkat usaha dan percaya pd Allah swt selepas skali minum air daun bunga raya tu period beliau pada bulan May datang pada 20/5 , June 21/6 , July 22/7. Memang teratur dan beliau terus tunggu period bulan Aug sepatutnya 23/8 tapi tunggu punya tunggu tak menjelma pun cik p. Selepas delay seminggu beliau buat UPT.. ~ ~ Terus naik 2 line!!! ~ ~ Beliau terus check di klinik dan confirm pregnant masa tu.

Pengalaman adik angkat beliau pula macam ni:

Adik angkat beliau kawin 7 tahun dan mengalami keguguran sebanyak 5 kali. Then dia try mnum air daun bunga raya. Sebulan lepas tu pregnant  dan sekarang tengah tunggu hari nk bersalin je.

Pengalaman adik kandung beliau pun ada: 

Adik beliau berkahwin 1 tahun lebih dan tak pernah pregnant.  Selepas minum air daun bunga raya sebulan lepas tu pregnant dan sekarang dah nak masuk 7 bulan usia kandungan.

Cara-Caranya :

1) Ambil daun bunga raya (ambil daun sahaja dari pokok bunga warna merah pekat tu)
2) Basuh guna air suam (air masak)
3) Rendam dgn air suam ( sampai rasa2 dah bersih ..xkisah rendam berapa lama pun)
4) Blend daun bunga raya tu dengan air suam agak2 air boleh dapat setengah mug.. (air jgn terlalu byk dan jgn terlalu sedikit- klu terlalu byk takut xlarat nk abiskn n klu sikit sgt takut xleh nk telan sbb air tu berlendir)
5) Lepas blend tapis sebab nk buang pati daun tu,..cuma ambil air je..
6) Sebelum minum selawatlah keatas Nabi Muhammad sebanyak 3x dan niat dalam hati ini adalah salah satu usaha kita dan berdoa pada Allah semoga membuahkan hasil.

BOLEH DIMINUM SEBELUM PERIOD



So apa yang Dian boleh katakan, kita bukan percaya pada daun tu tapi percaya pada Allah yang Maha Menjadikan lagi Maha Menghidupkan. Khasiat yang terkandung dalam daun bunga raya kita pun tak tahu jadi apa yang boleh kita usahakan dan mohon pada Allah. Dan yang penting tawakal. In Sya Allah moga diperkenankan doa2 kita semua untuk memperoleh zuriat.

Jom pakat2 try petua ni :)

Tuesday 10 December 2013

Buang Bayi..Kejamnya!!!!

Assalammu'alaikum wbt

Pagi ni masa nak keluar makan ternampak gambar di muka depan akhbar Harian Metro "Tangisan Bayi Tepi Longkang" Kejadian berlaku di Ipoh. Ya Allah......kejam sungguh manusia yang buang bayi tu.. Kesiannnnnn baby tu tak bersalah..tak mengerti apa-apa..Mujurlah ada yang terdengar baby tu menangis..Terbayang keadaan baby tu. Berapa lama ditinggalkan kat tepi longkang tanpa pakaian ataupun kain untuk selimut..Mesti baby tu sejuk..Syukur ya Allah baby perempuan tersebut selamat..

Agaknya manusia akhir zaman ni makin lama makin hilang sifat perikemanusiaan.. Allah dah beri nikmat untuk mengandung, nikmat untuk melahirkan, dan nikmat untuk membesarkan anak tapi kenapa nikmat tersebut dibuang..Zuriat tu rezeki dari Allah. Kalaupun mungkin bukan beragama Islam tapi setiap agama melarang keras perbuatan membuang anak..Kejammm.. Sedih Dian duk menaip ni pun menitis air mata terbayangkan nasib bayi-bayi yang dibuang macam sampah. Kalau tak nak bayi tu bagi la pada yang nak. Ramai di luar sana yang sanggup adopt baby. Jangan la buang bayi yang tak berdosa. Janganlah bunuh jiwa-jiwa yang suci yang tak mengerti apa-apa!!


Kes-kes mengandung anak luar nikah salah satu punca terjadinya kes buang bayi ni. Masyarakat kita pun bersalah dalam hal ni..Bukan apa Dian kata macam tu. Pertama salah ibu bapa atas didikan agama yang kurang dan juga maybe pemantauan aktiviti anak-anak mereka. Kedua, bila dah jadi kes mengandung anak luar nikah ni masyarakat kita lebih ke arah negatif.. Suka menjaja cerita sampai heboh satu kampung silap-silap satu donia dah dihebohkannya..Al-maklumlah zaman canggih macam sekarang ni medium untuk mengumpat ni cukup banyak..Fb ada, tweeter ada, we chat ada, wasap dan macam-macam lagi la kan...Dah tentu tentu gadis tersebut takut..malu..macam-macam dia fikir..tanggapan masyarakat + penerimaan keluarga kat dia. Lastly abortion la jawabnya..yang mana yang tak boleh abortion tanpa sifat belas kasihan depa sanggup buang bayi kat dalam tandas la, dalam tong sampah la..............

Tolong la sedar bagi mereka-mereka yang pernah abortion/gugurkan kandungan ataupun membuang bayi anda..Mana perginya sifat KETAMADUNAN anda, sifat PERIKEMANUSIAAN anda, sifat BELAS KASIHAN anda...mana perginya IMAN anda...Hopefully tak ada lagi berita-berita macam ni terjadi kat Malaysia..Kalau kita kata Amerika Syarikat jahat, kejam atas kita tak sedar dikalangan masyarakat kita pun ada golongan manusia yang sama kejamnya macam depa ni. 

Ya Allah lindungilah aku,ahli keluarga ku dan seluruh saudara seislam dengan ku daripada fitnah akhir zaman. Amin.

Prof Madya Dr. Mohd Sharif Mohd Saad ~~ Al-Fatihah

Assalammu'alaikum wbt

Semalam dalam jam 4.50 petang Dian di kejutkan dengan berita perginya Prof Madya Dr. Mohd Sharif Mohd Saad ke rahmatullah. Pada mula macam terpinga-pinga coz semacam tak percaya maybe salah orang kot. Tapi setelah Dian call sahabat di UiTM Cik Zuraidah Arif, dia mengesahkan betul berita yang Dian terima tu. 
Prof Madya Dr. Mohd Sharif Mohd Saad
(Sumber : Google)

Sebenarnya sewaktu di UiTM dulu Dian tak pernah berguru dengan arwah tapi mengenali beliau sebagai salah seorang pensyarah di Fakulti Pengurusan Maklumat. Selepas Dian bekerja dalam dunia perpustakaan ni baru la lebih mengenali beliau coz seringkali berjumpa semasa kursus ataupun seminar anjuran PNM, Persatuan Pustakawan Malaysia, ataupun mana-mana perpustakaan negeri. So dari situ la dapat lebih mengenali beliau. Lebih lagi beliau selaku YDP Persatuan Pustakawan Malaysia. Kali terakhir jumpa arwah semasa arwah mengendalikan Bengkel Literasi Maklumat anjuran PPM dan PPAPP.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan hamba-hamba Allah yang beriman. Pemergiannya dirasai. Semoga segala ilmu dan hasil kerja beliau dapat terus dimanafaatkan dalam bidang kepustakawanan. Al-Fatihah.



Arwah Prof. Madya Dr. Sharif semasa Seminar Pustakwan Utara di Langkawi, Kedah.


Monday 9 December 2013

~~ Langkawi Punya Ceritera ~~

Assalammu'alaikum wbt

Harini baru masuk kerja. Semalam bercuti coz penat masih terasa..Plan awal ke Langkawi 2 hari 1 malam ja tapi disebabkan telah dirachun best friend untuk stay 1 malam lagi..dan akhirnya pegawai lain dah balik Dian masih di Langkawi untuk 1hari lagi hehehe...Syukur coz tak ada adegan muntah hijau dalam boat..Dian siap sediakan plastik dan asam dalam handbag..risauuu ooo..

Tak banyak yang dibeli..Banyak habis kat cokelat ja..dan salah satu cokelat yang dibeli Papero..First time makan uihhhhss sedap rupanya cokelat ni..satu kotak besar ada 8 kotak kecil dalamnya..so beli 2 kotak besar ja..faktor kewangan yang agak kekangan. Yang bestnya pusing area Kuah semuanya dah habis Papero kotak hijau ni..yang ada kotak merah dan kuning saja..Tapi alhamdulillah ada rezeki juga tu pun pesan kat staf coz malam dia keluar shoping lagi dengan kenalannya di Langkawi..Sempat juga beli beberapa jenis cokelat yang lain untuk suami tercinta dan family..

Untuk mak mertua belikan bedak kulit rambai..Untuk I beli bedak resedung ja hehe coz kadang2tak tertahan dengan kegatalan dimuka akibat resedung..Tapi yang paling hebat of course la staf Dian, Ku Mastom Ku Hamad aka Kak Chik (KC)..Gila shoping KC berhabis duit tak tau la berapa ratus ringgit.hehe kami bagi peluang kat dia untuk shopping coz KC kata dah 6 tahun tak ke Langkawi..tu diaaa balas dendam nampakkk!!

Hari pertama di Langkawi selepas check in hotel Reverra Inn, kami terus ke Nusantara untuk projek /Memori berkaitan gamat..So interview pasal gamat la.. Hari ke-dua beraktiviti di Perpustakaan Awam Langkawi bersama student UiTM Merbok dan hari terakhir di Langkawi paginya Dian dan kawan bersama student UiTM Merbok sempat la Island Hopping...seorang RM20.00 ja..kami ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah, dan Eagle Feeding..tu pun lebih kurang 4 jam..yang tak berapa nak enjoy coz tak dapat mandi di Tasik Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah gara-gara sangat ramai pengunjung tak kira la mat / minah saleh ataupun rakyat tempatan sama-sama ramai..so sempat la rendam kaki ja fish massage masa kat Dayang Bunting tu..jadi la kan..

Layan gambar masa hari pertama dan kedua di Langkawi..Tak bawa camera sendiri terpaksa la share camera opis hehe 



  En. Syam memberi taklimat berkaitan jenis-jenis gamat



 Proses memasak gamat untuk dapatkan minyak gamat.. Gila panas minyak ni!!



Dari Kiri : Kak Chik, En. Rosli, En. Syam, En. Nazri dan Dian :)


Ni kalau beli gerenti tahan bertahun-tahun minyak gamat ni





Antara Produk2 Gamat Keluaran Nusantara


Model Tongkat Ali hehehe ~~




"E-Play Library Day"

Monday 2 December 2013

Langkawi Here I Come!!

Assalammu'alaikum semua..

Haaa minggu ni Dian kena bertugas di Langkawi bersama my staff dan 2 orang pegawai..Hadoiii dapat juga pi Langkawi tahun ni coz last menjejakan kaki di Langkawi tahun lepas dengan Encik Suami berhoneymoon kali ke berapa tah hahaha.. Dalam pada duk syok-syok nak ke Langkawi ni, sedikit perasaan risau coz lepas balik dari Putrajaya ritu Dian demam..Sampai hari ni badan tak berapa nak rasa ok..

Badan semenjak dua menjak ni berangin jaaa..Tak kira pagi petang siang malam asyik sendawa. Kadang-kadang bangun tido je terus sendawa. Hehe dah mengalahkan orang lepas bersalin ni.. Dan dah dua tiga kali juga angin tolak ke atas sampai termuntah!! Apa yang merisaukan Dian takut termuntah dalam feri masa nak pi Langkawi lusa ni. Adoiii tak sanggup dah nak muntah hijau dalam feri. Dulu ada pengalaman pahit masa pi Pulau Tioman. At first makan spagetti tak hinggat donia..Last-last dalam feri muntah balik apa yang dimakan awal tadi..hehehe.. Hopefully masa p langkawi nanti tak jadi macam tu la..

Apa-apa pun tugas harus diteruskan..Janji dapat pi Langkawi cuma kali ni without my Nikon la coz my hubby guna nak pi Cameron Highland dengan kawan-kawan dia. Dian tak boleh ikut kena pi Langkawi huuuuu...Takpa-takpa boleh tumpang kamera staff kehkehkeh..Gila gambaq betuii.. Siapa-siapa nak pesan cokelat ka, periuk belangga ka, pinggan mangkuk ka bolehhh tapi jangan pesan dengan mulut ja duit huluq sekali la noooo.. 



Berharap tak hujan di Langkawi nanti..




RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...