Monday 22 December 2014

TVS 9

Assalammu'alaikum wbt..

Hari ni baru masuk keja setelah bercuti hampir seminggu hehehe..Cuti rehat masih berbaki so kena habiskan kalau tak rugi.. Disebabkan IUI dian yang lepas tak berjaya, Khamis ni Dian kena ke O & G again untuk TVS 10..Unfortunately Khamis ni 25 Disember 2014 bersamaan Hari Natal..Hmmm nasib badan..Dian call hospital td untuk confirm tarikh TVS yg sesuai coz Thursday until Saturday O & G tutup cuti..So nurse minta datang hari Rabu ni 24 Disember 2014 untuk TVS 9..Hopefully dipermudahkan untuk IUI kedua kali In sya Allah...

Tuesday 16 December 2014

Pengalaman IUI


Assalammu'alaikum wbt..

Sedikit kelapangan harini setelah berhempas pulas siapkan laporan tahunan dan perancangan for 2015..Alhamdulillah dah selesai. Just nak share pengalaman IUI coz ini yang pertama kali Dian menjalani prosedur IUI. Bulan Oktober yg lepas Dian ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk sambung rawatan infertility ni..Doktor mintak datang 4 November untuk buat TVS. Actually dian dah pernah buat TVS ni bulan Ogos lepas D10 dan D12 tapi waktu tu doktor kata x nampak telur..So dia minta datang lagi after 2 hari..Dian ambil keputusan untuk stop terus rawatan coz at that time Dian dan suami dalam keadaan yang sangat tertekan tapi sekarang alhamdulillah kami dah ok.

TVS yang Dian buat 4 November doktor kata still tak nampak telur yang matang so she decided untuk bagi Dian clomid for the next cycle. Sebelum ni Dian ambil clomid sebiji sehari tapi kali ni doktor bagi 2 biji sehari..Ahad 30 November D12 Dian buat TVS dan alhamdulillah doktor kata ada telur tapi still kecil so kena datang lagi 2 hari on 2 Disember Selasa..

TVS D14 doktor scan dan telur sebelah kanan dan kiri dua2 besar. "IUI buat hari Khamis ni"..Terpinga2 Dian bila doktor terus decide nak buat IUI hari Khamis dan memang kebetulan Dian ambil cuti rehat hari selasa sampai Khamis. Doktor suh datang malam untuk injection. Otak masih blur nak inject apa plak dahhhh...huhuhu..Sebelum balik doktor suh ambil icebox untuk ubat dan botol untuk sperm suami.



Tapi dugaan Allah nak bagi waktu Dian nak gi ambil icebox tu nurse kata icebox dah abis orang pinjam. Ada 10 biji ja..Icebox tu kalau nak pinjam kena bagi RM50 sebagai cagaran..Nurse kata ada sebiji tapi yang tu bukan untuk dipinjam. Tapi dia bagi juga pinjam sat tak boleh bawa balik. Tapi dia baik hati gak la nak bagi pinjam hehe. Dah ambil ubat dan letak dalam icebox tu dian kena tinggal ubat tu kat nurse tadi dan kami ke Tesco untuk beli icebox yang biasa tu..Sib baik ada..RM7 lebih je..Then kami ke hospital balik untuk ambil ubat tadi dan pulangkan icebox yang dipinjam tadi. Then terus balik rumah.

Human Chorinic Gonadotropin (HCG)



Malamnya kami sampai hospital kul 9..Dalam jam 9.30 suami ajak naik tingkat atas wad kenanga 9. Nurse minta suami Dian tunggu luar. Ingat inject kat mana ropa-ropanya inject kat punggung.. Hadoiiii first time ni nak inject kat situ. Otak ni duk pikiaq sakit ke dak nihhh.. Tapi alhamdulillah tak la sakit sangat cuma sengal2 ja.. Pas inject dah boleh balik.  

So pagi khamis suami ke lab untuk hantar sperm dan Dian ke O&G untuk pendaftaran. Nurse cakap boleh gi mana-mana dulu coz selalunya lab akan wash dulu sperm tu. Selalunya dalam jam 11 baru boleh proceed IUI. Kami decide untuk stay kat hospital je. 3 jam juga kami sabar menunggu. Then dah ambik washed sperm kena pegang sepanjang jalan sampai masuk bilik untuk IUI. Nak salin pakai kain hospital pun kena pegang sendiri nurse tak tolong pegang pon hahahaha..Lama juga la Dian kena tunggu doktor datang..Dekat 20 minit sampai Dian rasa nak ke toilet coz sejuk dalam bilik tu tapi nurse tak bagi. Ya Rabbi bayangkan Dian rasa nak ke toilet sangat2 dah tapi nurse suh tahan. Sabar juga coz masa tu kaki duk terikat dah kat besi tempat letak kaki tu..Alhamdulillah doktor datang. Doktor perempuan namanya Dian tak ingat tapi perwatakan dia mcm seorang ustazah. 


Masa doktor masuk bersama-sama dia ada 4 ke 5 orang pelatih. Hadoiiiiii lagi malu rasanyaaa..Waktu ni la pelatih ramai selalu tak ada pun.. Sebelum doktor tu buat IUI dia ada bagi kata-kata perangsang supaya kita bersabar dengan dugaan Allah dan tawakal. Dia bgtau la procedure IUI ni mcm mana..Then baru la dia proceed. Dan macam yang diduga Dian memang rasa sakit masa nak masukan tiub panjang tu sama macam buat HSG dulu cuma sakitnya tak la seteruk HSG yang lepas. Doktor tanya pelatih musuh IUI yang paling utama apa dia? Budak2 tu pun tak reti nak jawab. Musuh utama adalah udara dalam picagari yang boleh merosakan sperm. Masa doktor nak inject sperm dia suh Dian tahan dan berdoa..Doktor tu baca doa permudahkan urusan "Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bil khoir. Birokhmatika yaa arhamarrohimin".. And once again rasa sakit bila injection tu dilakukan and of coz bleeding. Doktor bgtau lagi kat pelatih yang darah juga adalah musuh IUI..Masa tu dengan sakitnya lagi dan dengar doktor cakap macam tu Dian rasa down sangat2..Tambahan bila selepas IUI doktor tu pegang tangan Dian dan dia cuba bg semangat supaya don't give up. Memang procedur IUI macam tu katanya..Then Dian disuruh baring 30 minit mengiring ke kiri coz telur yang besar sebelah kiri..Tapi Dian baring 20 minit je boleh tahan disebabkan Dian dah lama tahan nak buang air kecil hehehe. Pas gi toilet Dian sambung baring sampai pelatih datang suh masuk jumpa doktor.

Dalam bilik doktor, dia bgtau yang report sperm counts suami, lab tak bagi lagi. Next time bila datang dia akan bgtau. Ada juga dia bgtau yang 1st IUI tak semestinya berjaya. Ada banyak faktor penyebab. If period datang Dian kena on clomid dan TVS sekali lagi untuk 2nd IUI. She said kalau Dian nak buat IVF hospital akan refer ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar coz HSAH  tak buat IVF. Kos untuk IVF di HSB adalah sekitar RM6-8K katanya. Selesai dengan doktor Dian ambil clomid dan terus balik.

Hari kedua dan ketiga selepas IUI still ada tompokan darah. Perut cramp sebelah kiri. Cepat letih, naik tangga opis dah termengah-mengah. Sakit pinggang, breast rasa sensitif, cepat rasa lapar, kembung perut, angin jaaa rasa badan ni, dan rasa "basah" coz fluid macam white egg tu keluar 2,3 hari ni..sampai ke harini symptom tu berlarutan cuma bleeding tu 2 hari tu ja..Lagi satu lepas procedur IUI tu Dian alami kegatalan yang amat sangat pada Miss V. Tak tau la kenapa maybe infection masa procedur tu dijalankan. Lebih seminggu juga la merana..Alhamdulillah dah hilang kegatalan tu.

Semalam masa nak solat ada setitik darah tapi Dian teruskan solat coz period Dian sepatutnya lagi 4 hari..Tapi pagi ni nak solat subuh masa mandi ada darah yang banyak sikit dari semalam. Dian terus kata thats it!! Memang period!! Rasa kecewa juga tapi itu ketentuan Allah. Itu yang terbaik untuk Dian. Keep positive thinking. In sya Allah rezeki itu akan hadir tepat pada masanya yang sesuai. Percaya pada Allah kerna Dialah yang Maha Menghidupkan lagi Maha Menjadikan. Itulah pengalaman Dian untuk IUI yang pertama ni. Kalau ada kesempatan kami akan proceed untuk IUI ke-2. In Sya Allah...........


Monday 8 December 2014

NIKMAT APA LAGI YANG KAMU DUSTAKAN

Assalammualaikum wbt..

Lama rasanya tak exercise jari jemari ni hehehe.. Kekangan waktu menghalang untuk berbloging sementara waktu. Hujung-hujung tahun ni pula al-maklum saja la kena siapkan laporan 2014 dan juga perancangan 2015.

Sepanjang 2014 ni terlalu banyak perkara yang terjadi dalam hidup Dian. Suka duka ditelan je pasrah dan redha dengan ketentuan Allah sesungguhnya setiap kejadian adalah Qada dan Qadar-Nya. Awal tahun 2014 Dian dan suami mulakan rawatan untuk dapatkan zuriat. Hingga saat ini masih menunggu saat-saat bahagia sekiranya Allah tetapkan untuk kami bergelar ibu dan ayah. Sepanjang tahun ini juga kami diduga dengan rintangan yang hampir-hampir memutuskan ikatan aqad nikah yang pernah dilafaz 3 tahun yang lepas. Ya Allah syukur atas nikmat kebahagian yang Kau berikan kepada kami. Sesungguhnya tidak ternilai nikmat kebahagian dan peluang yang Kau berikan kepada kami hamba Mu yang lemah. Saat ini air mata dah membasahi pipi. Terlalu besar dugaan kami dalam mengharungi bahtera rumahtangga. Sesungguhnya kesilapan dan kekhilafan datangnya dari diri kami sendiri. Semoga terpelihara ikatan ini hingga ke Jannah.

Alhamdulillah setelah hubungan kami kembali pulih, kami teruskan dengan rawatan infertility di Hospital Sultan Abdul Halim. Doktor pun tak tanya banyak sebab apa kami hentikan rawatan untuk beberapa bulan. Dian dah jalani beberapa kali TVS dan on Clomid untuk 2 cycle. Alhamdulillah IUI pun dan dijalankan. Next entry Dian cerita fasal IUI tersebut. 

Dan sekali lagi nikmat yang Allah berikan dalam tahun ini. Dian dapat tawaran S41 tetap. Syukur yang tak terhingga atas rezeki yang ditunggu-tunggu sekian lama. Dian pernah coretkan dalam blog ni yang Dian hadiri temuduga untuk jawatan yang di tawarkan. Keputusan adalah "Calon Simpanan"..Setelah menunggu beberapa bulan akhirnya Dian dapat jawatan tu. Alhamdulillah ya Allah...


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
(wahai umat manusia dan jin)?" (surah ar-Rahman : ayat 13)


Sunday 15 June 2014

HSG PART 2

Assalammu'alaikum wbt..

Maaf terlebih dahulu Dian betul2 sibuk dengan kerja.. Tiada kesempatan nak menulis. Ni time rehat boleh la berblogging jap.. Ok jom sambung kisah HSG yang Dian ceritakan last week..


HSG: Speculum and catheter

Bila Dr. maklumkan yang prosedur HSG ni sekejap je of course la Dian rasa lega sangat2. Then Dr. minta Dian relax and tarik nafas..Dia masukan speculum dan apa yg Dr. buat xtau la coz tak nampak..Alhamdulillah tak sakit tapi Dr. ambil masa yang lama almost 20 minutes nak masukan catheter tapi tak lepas.. Dian dah mula risau takut pun ada. Dr. kata nak masukan catheter tu xlepas. Then dia panggil Dr. kedua..Unfortunately Dr. kedua ni Dr. Chinese lelaki..Huwaaaaa malu gilaaa.. Siap cakap kat Dr. pertama "Saya malu la dengan Dr. lelaki" .. Dia kata it's ok Dian..Tapi Dr. lelaki tu pun tak boleh buat..Lagi laaa Dian rasa nerves..Apa masalah ni???Macam-macam yang Dian fikir masa tu..

Then they decided nak panggil Dr. ketiga..Masuk la Dr. perempuan Melayu.. Dia tgk dan dia bagi cadangan kalau still tak boleh buat dia suh cancel procedure dan proceed dengan yang tebuk2 perut tu...Ya Allah...Lagi kecut perut Dian dengar..huhu.. Dah tak boleh buat juga they decided panggil Dr. dari bahagian O&G sendiri..

Masuk la Dr. keempat..perempuan Indian..Dr. ni cakap "I nak try buat"...Cara dia cakap tu pun macam nak buat ujikaji ja kat badan kita ni..huhuhu..Dian tak tau la dia guna alat apa selain speculum tapi Subhanallah sakit yang tak terkata-kata..sampai Dian bergerak coz sakit sangat. Dr kata "U jangan bergerak I takut nanti luka bahagian lain coz benda ni tajam"..................... Yang Dian ingat Dian cry sunguh2 waktu tu and Dian siap cakap Dian tak boleh tahan sakit sangat..Dr. suruh tahan kalau nak pitam or pengsan bagi tau...Hmmm kalau nak pengsan tak sempat nak bagitau dah kot hehe..

So dengan paksa rela kena tahan juga kesakitan sambil Dr.Zureen pegang tangan suruh baca Bismillah n mengucap banyak2..Kesian Dr tu Dian genggam tangan dia kuat gila. Then bila Dr. Indian tu nak masukan catheter, Subhanallah sekali lagi Dian menjerit sakit..Tak tau nak cakap macam mana kesakitan tu sampai Dr. pertama minta stop the procedure "She's in pain, maybe we should stop" .... Tapi Dr. Indian tu tak nak stop..Dia suh tahan juga..Ya Allah.. Hanya Allah saja yang tau sakitnya macam mana..Dia paksa tiub tu masuk sampai boleh..masa nak kembangkan belon tu sakit lagiiiii.........Dugaan Allah nak bagi Dian rasa...Susahnya nak jadi seorang ibu..

Catheter untuk HSG


Belon catheter yang dikembangkan..



Alhamdulillah lastly boleh juga catheter tu masuk dalam..Dr. Zureen ambil alih balik untuk teruskan procedur HSG..Dia inject dye dan xray.. Dr. Zureen tak habis2 ucap Alhamdulillah..Dian tanya la kenapa Dr? "Alhamdulillah Dian, Dr. tengok tiub fallopio dua-dua belah normal tak ada blocking.. Takpa Dian sakit tapi berbaloi dengan result".. Syukur Ya Allah..

Dr.Zureen explained kenapa 3 orang Dr. buat tapi tak boleh masuk catheter tu.. Then dia juga bagitau kalau Dr. bahagian Xray buat HSG prosedur diorang tak akan guna satu alat ni memang tajam takut cut bahagian yang lain lagi pula kita tak di bius buat hidup-hidup ni tapi Dr. O&G tu guna alat yg tajam tu that why sakit sangat-sangat. 

Lepas HSG nurse bagi la pad orang bersalin coz bleeding agak banyak. Dia kata bleeding sehari ja selalunya tapi takut luka dalam coz alat tadi..Dia pesan kalau bleeding tak stop kena p klinik kesihatan terdekat..Dian bleeding sampai 4,5 hari baru stop..Lega satu bab dah selesai..

12 June 2014 - Appointment O&G kami jumpa dengan Dr...Dia bagitau result HSG semua normal dan Semen Analysis yang suami buat last day pun Alhamdulillah ada peningkatan 3 kali ganda melebihi target yang Dr. bagi..Then dia minta cuba secara normal dulu sebabkan nak bulan Ramadhan ni dia tak nak proceed lagi dengan IUI..Dr. bagi clomid untuk 2 cycle dan suami pula Dr. suh amalkan Vitamin E..Next period after Raya kena datang appointment sekali lagi.

**Lain orang lain pengalamannya..Ada yang buat HSG tak sakit apa pun..Untuk Dian Allah bagi sedikit nikmat sakit.. FYI prosedur HSG Dian buat ambil masa almost 2 hour.. Lama kan????

*** One more thing, result interview S41 yang lepas dah keluar. Bukan rezeki Dian lagi untuk jawatan tersebut tapi at lease 1st time Dian hadirkan diri untuk interview SPA jawatan S41 tu sekurang-kuranya Dian dapat pengalaman.. Resultnya "Simpanan Lantikan" Syukur ya Allah..

****Semoga Allah mudahkan jalan untuk kami berdua..Hanya Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya...

Sunday 8 June 2014

HSG & Semen Analysis

Assalammu'alaikum wbt..

Akhirnya ada sedikit kesempatan untuk Dian update blog ni..Alhamdulillah Dian dan suami dah jalani beberapa prosedur ujian sebelum iui..Dian nak share sedikit pengalaman Dian dengan kawan2 TTC yang lain. Hope we can share some experiences here..

26 Januari 2014 - Dian dan suami ke klinik kesihatan Bedong untuk rawatan dan pemeriksaan kesuburan. Doktor buat surat refer ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani.

10 Februari 2014 - Dian ke HSAH dengan suami.. Kami tak kena bayaran sebab ada GL..Dian jalani ultrasound transabdominal scan, pap-smear dan blood test. Alhamdulillah tak sakit buat pap smear..Ingatkan sakit gila..dan syukur juga coz Dian diperiksa oleh doktor perempuan Islam nama dia Dr. Maziah.tak rasa apa pun.hehe..Doktor bagi clomid untuk satu cycle.

5 Mac 2014 - On clomid

22 April 2014 - Suami Dian ke HSAH untuk Semen Analysis..Kebetulan harini Dian ada program besar kena handle kat office dan dalam masa yang sama Dian kena hadir interview SPA jawatan S41..so tak dapat la nak temankan suami...Ciann diaa..hehe..Sorry tau kanda :)

15 Mei 2014 - Appointment kali ni kena ambil darah lagi..kali ni sakit coz nurse tu salah cucuk..huwaaaa.. Lebam tangan Dian pas kena cucuk tu..Doktor bagitau result Dian dan suami.. Doktor kata Dian ok semua base on scan bulan Januari dan blood test..tak ada cyst or fibroid..Cuma result suami kurang cantik. Sperm count suami kurang tapi dari sperm size, shape and appearance semuanya ok cuma kuantitinya kurang. So doktor suggest buat test sekali lagi di klinik swasta. Kali ni doktor yang entertain kami Dr. Deepaneswary. Dr. Deepa bagi pilihan sama ada Dian nak buat Hysterosalphingography (HSG) ataupun Laparoscopic surgery. Masa ni Dian mula gelabah punya takut nak pilih mana satu..Tanya husband pun dia suh Dian decide sendiri..Lastly Dian pilih buat HSG je coz Dian ngeri fikirkan nak buat laparoscopy tu kena tebuk2 perut..Takutttttt...So Dr. Deepa bagi clomid untuk 3 cycle dan ubat untuk alahan paracetamol..Tak ingat nama ubat tu tapi jenis steroid. Sebabkan Dian ada alahan paracetamol, 12 jam sebelum HSG Dian kena makan ubat tu 10biji dan 2 jam sebelum prosedur lagi 10biji. I'm shocked!! 20biji???? Dian kena ke unit x-ray untuk ambil tarikh HSG. Sebabkan period Dian dah masuk hari ke 15 nurse suh call bila next period datang. 


Laparoscopic Surgery. Ngeriiii kan???


30 Mei 2014 - On clomid

2 June 2014 - Dian call HSAH untuk ambil appointment HSG..Dapat tarikh 4 Jun 2014..Cepatnya!!!

3 Jun 2014 - Temankan suami buat Semen Analysis kat BP Helthcare. Kena RM50.00. Malamnya dalam kul 9.00 malam Dian yang susah gila nak makan ubat ni kena paksa diri telan 10biji ubat untuk alahan tu..Ya Allah..............pahit gila ubat tu sampai keluaq ayaq mata laa nak abiskan 10biji..huhuhu..teruk sungguh la..

4 Jun 2014 - Seawal jam 6.00 pagi sekali lagi kena telan 10 biji ubat steroid tu..Kena makan takut ada alahan pas HSG..Redah je laaaa.. Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba...Jeng Jeng Jeng..hehehe.. Dian tak rasa apa2..tak rasa takut yang sangat coz Dian buat reserch ada yang kata tak sakit. So Dian pujuk hati supaya tenang.. Bila nama Dian dipanggil nurse minta Dian tanggalkan cincin, jam and bracelet silver yg Dian pakai.. Then Dian kena tukar pakai uniform hijau..hehehe first time pakai baju spital. Sebelum prosedur Dian sempat tanya nurse tu doktor lelaki ke perempuan.. Hehehe dia kata "Nasib hang baik harini doktor perempuan" Huhhh legaaaa rasa..Then pas baring atas katil Dian dah mula rasa takut..Kat depan katil ada 2 buah screen monitor tertera nama Dian..Jam 8.36am..Doktor pun masuk..Dr.Zureen sangat2 peramah dan lembut orangnya..sedikit kelegaan dalam hati..Dr. Zureen kata prosedur ni sekejap ja..


***Sambung Part 2.. Ada keja nak buat..Sorry tau   ;-)


Tuesday 8 April 2014

Kesibukan Yang Melanda :(

Assalammualaikum..

Lama sangat dah tak berbloging.. Rindu... Sangat sibuk 2,3 bulan ni memang tak sempat nak update blog.. Anyway hope kawan2 TTC semua sihat sejahtera.. Hopefully ada berita gembira yang hadir dalam hidup kalian semua :) Nanti ada masa Dian update blog ni.. Bulan Mei nanti In sya Allah kalau tak ada aral melintang Dian akan jalani HSG kat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Semoga dipermudahkan Allah. Amin.

“Everyone wants happiness,
No one wants pain,
But you can't have a rainbow,
Without a little rain"
(Zion Lee)





Monday 27 January 2014

Langkah Pertama ~ Rawatan Infertility

Assalammu'alaikum wbt..

Alhamdulillah kami dah mulakan langkah pertama untuk mendapatkan rawatan infertility. Perkahwinan yang dah menjengah ke usia 2 tahun 6 bulan akhirnya telah membuka hati suami tersayang untuk kami berdua dapatkan rawatan daripada pakar. Semalam 26 January 2014 (Ahad) kebetulan dapat cuti sehari so kami berdua ke Klinik Kesihatan Bedong untuk dapatkan referral letter dari doktor untuk rawatan di hospital. Seawal jam 7.30 pagi kami keluar tapi singgah breakfast dulu takut nanti kena tunggu lama di klinik almaklum lah hari Ahad selalunya ramai. Jam 8.10 minit kami ke kaunter utama baru la dapat no giliran dan seperti dijangka memang ramai sesangat.. Nombor giliran kami 38 dan 39.. Sepatutnya masa pendaftaran tu hanya bagi IC Dian je tapi tah kenapa nurse tu minta IC suami sekali katanya kalau nak cek suami isteri dua2 kena bagi IC. Hmm tak kisah lah asalkan dapat no giliran..Yang best nye satu nombor pun belum dipanggil lagi..Nak tak nak kena tunggu juga le...

Setelah sejam setengah menunggu kami dipanggil untuk masuk bilik no. 2 dan nurse rekodkan berat, tinggi dan tekanan darah. Alhamdulillah semuanya ok. Kemudian kami kena menunggu sekali lagi untuk berjumpa dengan doktor yang bertugas. Jam 10.25 pagi baru la dapat jumpa dengan doktor.. Dr yang bertugas hari tu Dr. Haslin bt Abdul Wahab. Kami masuk dua orang sekali. Beliau tanya la usia perkahwinan, rawatan yang pernah kami buat, ubat-ubatan yang kami amalkan untuk TTC dan sebagainya. Kemuadian dia tanya juga fasal kitaran period setiap bulan (so far regular) dan masalah tiroid kalau ada (alhamdulillah tak ada). Dia terkejut tengok berat Dian 70kg..Even Dian dah tak makan nasi hampir sebulan tapi berat hanya turun 1kg je. So Dr. kata overweight juga boleh jadi penyebab kesukaran mendapatkan zuriat. Bila dia pandang Dian atas bawah dia kata nampak ok ja badan sebab Dian tinggi. So beliau pun capai gadget dan kira BMI Dian.. Keputusannya ..."Ok 24! BMI kamu ideal"... HEHEHE alhamdulillah tak overweight or obesiti..Boleh maintain berat mcm ni.

Dah selesai sembang dia pun tulis surat rujukan untuk kami bawa ke Hosp. Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani (Pakar  Obstetrik & Ginekologi).. Dr. Haslin suggest kami pi hari Rabu atau Khamis dan bawa GL siap-siap. Alhamdulillah jam 10.30 pagi selesai semua. Habis satu perkara.  Hari ni masuk kerja awal-awal lagi Dian ke Unit Pentadbiran untuk ambil GL. Siap dah. Syukur hari Khamis ni kami akan ke HSAH untuk pemeriksaan lanjut. Semoga Allah mudahkan jalan untuk kami berdua. Amin....


Thursday 16 January 2014

Counting Stars ~ OneRepublic

Assalammu'alaikum w.b.t

Dua tiga menjak ni duk gila dengar lagu OneRepublic ~ Counting Stars. Ntah kenapa mula2 dengar dulu tak suka tapi lately ni suka sangat2 dengar lagu ni. Layankan je laaaa....



"Counting Stars"

[Chorus]
Lately I been, I been losing sleep
Dreaming about the things that we could be
But baby, I been, I been prayin' hard
Said no more counting dollars
We'll be counting stars
Yeah, we'll be counting stars

[Verse 1]
I see this life
Like a swinging vine
Swing my heart across the line
In my face is flashing signs
Seek it out and ye shall find

Old, but I'm not that old
Young, but I'm not that bold
And I don't think the world is sold
I'm just doing what we're told

I feel something so right
By doing the wrong thing
And I feel something so wrong
By doing the right thing
I couldn't lie, couldn't lie, couldn't lie
Everything that kills me makes me feel alive

[Chorus]
Lately I been, I been losing sleep (hey!)
Dreaming about the things that we could be
But baby, I been, I been prayin' hard (hey!)
Said no more counting dollars
We'll be counting stars
Lately I been, I been losing sleep (hey!)
Dreaming about the things that we could be
But baby, I been, I been prayin' hard (hey!)
Said no more counting dollars
We'll be, we'll be counting stars

[Verse 2]
I feel the love
And I feel it burn
Down this river every turn
Hope is our four letter word
Make that money
Watch it burn

Old, but I'm not that old
Young, but I'm not that bold
And I don't think the world is sold
I'm just doing what we're told

And I feel something so wrong
By doing the right thing
I couldn't lie, couldn't lie, couldn't lie
Everything that drowns me makes me wanna fly

[Chorus]
Lately I been, I been losing sleep (hey!)
Dreaming about the things that we could be
But baby, I been, I been prayin' hard
Said no more counting dollars
We'll be counting stars
Lately I been, I been losing sleep (hey!)
Dreaming about the things that we could be
But baby, I been, I been prayin' hard (hey!)
Said no more counting dollars
We'll be, we'll be counting stars

Oh, oh, oh.

[Bridge 4x:]
Take that money
Watch it burn
Sing in the river
The lessons I learned

Everything that kills me makes me feel alive

[Chorus]
Lately I been, I been losing sleep (hey!)
Dreaming about the things that we could be
But baby, I been, I been prayin' hard (hey!)
Said no more counting dollars
We'll be counting stars
Lately I been, I been losing sleep
Dreaming about the things that we could be
But baby, I been, I been prayin' hard
Said no more counting dollars
We'll be, we'll be counting stars

[Outro 4x:]
Take that money
Watch it burn
Sing in the river
The lessons I learned



Wednesday 15 January 2014

Lupakan Sementara Stress Anda!

Assalammu'alaikum w.b.t

Semalam seharian berehat dirumah coz cuti sempena Maulidur Rasul. Memang semalam tak buat apa2 aktiviti. Fikiran dua tiga hari kebelakangan ni banyak berfikir perkara-perkara yang kadang2 tak perlu untuk difikirkan. Dan padahnya pada diri sendiri bila terasa diri ni terjebak dalam keadaan stress. Too much to think about. 

Dian jenis suka memendam perasaan. Kadang2 sangat menyeksa jiwa bila kita rasa sesuatu tapi tak mampu untuk kita luahkan. Lastly rasa nak bebai semua ada hehehe..Jalan penyelesaiannya ambil wudhu, solat dan baca Al-Quranul Karim.. Ye hilang semua stress yang Dian rasa. Bila tadah tangan mohon pada Allah ketenangan hati sampai menangis tanpa sedar maybe itu salah satu sebab hilangnya stress bila mana kita tak mampu nak luahkan pada sesiapa hanya pada Allah tempat kita mengadu dan memohon. Subhanallah hilang rasa nak marah, rasa bebai semua hilang dan yang ada damai dalam hati.

So harini bagun pagi rasa tak stress. Drive ke tempat kerja pun tak menggila bawa slow n steady je rini. Hopefully everything will goes fine. Stress akan hadir bila-bila masa yang penting cara kita menangani stress dengan positive way. Jangan kusutkan otak dengan berfikir macam-macam. Mohon dan berserah pada Allah kerna DIA maha Mengetahui lagi maha Menyayangi hamba-hambanya. Salam Maulidur Rasul.  

** Pesanan untuk diri sendiri sebenarnya supaya tak mudah lupa pada DIA **




Monday 13 January 2014

Ca Ya Nun Alif Masak, Kita Makan??Halal ke?Ermm...

Assalammu'alaikum w.b.t.

     Sebenarnya tadi keluar lunch dengan opis mate dekat food court shopping complex yang berdekatan dengan opis Dian. Dian makan lasagna ayam. First time makan lasagna hehe.. Dalam pada duk tunggu order kami siap, mata terpandang sederetan manusia duk beratuq panjang kat satu kios makanan masakan cina. Yang memasaknya adalah ca ya nun alif non-muslim ye...dan yang duk beratur menunggu makanan adalah orang kita melayu Islam. Ya Allah kesian tengok. Dian n opis mate duk berdiskusi la fasal situasi tu. Yang tak seronoknya kedai makanan tu tak ada pun logo halal. Kenapa masyarakat kita ni terlalu open minded ye soal makan halal dan haram? Hmmm

     Masa kami tengah berbincang rancak sambil beratur menunggu order siap, makcik yang tengah duk masak tu maybe terdengar perbualan kami. Dia pun menyampuk la. Katanya aunty ca ya nun alif kedai sebelah tu sembang dengan dia. Aunty tu mengaku dalam masakan dia ada diletaknya 'ba alif ba ya'!!!! Dia berani keluar statement katanya "SIAPA KATA MELAYU TAK MAKAN BABI?" Astaghfirullahaladzim!!! Kami sangat-sangat terkejut. 

     Bila kami dah dapat makanan yang diorder dan dah duduk untuk menjamu selera, apa yang kami perhatikan kat kedai ca ya nun alif tersebut sangat ramai orang melayu ada yang bertudung even melalui maklumat dari makcik tadi ada yang berpurdah. Ya Allah ceteknya akal hamba-hamba Mu. Kedai tu sahih-sahih bukan Islam, keliling kedai tu 95% kedai makan orang Islam jadi kenapa kita nak cari kedai non-muslim yang makanannya belum tentu Halal. Pilihan ditangan kita!! Dian kalau dengan suami bila lalu / lintas depan kedai ca ya nun alif pun dah tak lalu apatah lagi nak duduk menghadap makan. Bila hari Sabtu time shoping complex dipenuhi anak-anak muda yang suka melepak, main bowling dan sebagainya hari tu la paling ramai customer kedai makan aunty tu. Wahai adik-adik, janganlah main belasah je makan. Siasat la dulu siapa tukang masaknya. Ada logo halal ke tak. Makanan tu jadi darah daging kita. Halal bukan sahaja dari segi kandungan bahan-bahan makanan tapi juga cara penyediaanya cth mcm alatan2 yang diguna pakai dan sebagainya.




     Pihak berkuasa tolong la siasat dan ambil tindakan. Jangan hanya berpeluk tubuh sahaja. Kalau boleh tolong asingkan kedai non-muslim dan kedai muslim. Pengguna tak terkeliru dan tertipu.. Please bare in mind IBADAT bagi Muslim berhubung rapat dengan makanan dan minumannya!! Adoiii MBAS sila ambil perhatian / tak pun mana-mana pihak yang bertanggungjawab sila buat siasatan dan tindakan. To all Muslims please la cari la kedai makanan muslim dan halal..Kita di bumi Malaysia berlambak-lambak kedai orang Islam.

**Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu” (Al-Baqarah: 168) **

Thursday 9 January 2014

Saya Drive Laju!!

Assalammu'alaikum w.b.t.

Rasa macam nak menafikan statement di atas tapi yang sebenarnya it's true! Dulu sebelum saya ada kereta saya sangat takut naik kereta kalau abah saya drive.. Walaupun masa tu kereta abah cuma Toyota Corolla yang lama tu tapi kereta tu sangat perform!! Laju sangat-sangat. Dan bila pemandunya adalah abah memang la saya jadi kecut perut duduk di seat belakang. Kadang-kadang bila saya takut sangat saya akan tegur abah saya suh drive slow skit tapi apakan daya abah buat derkkk je..haha..

Actually saya start rasa sangat-sangat fobia after kemalangan kereta pada tahun 2001. Kemalangan di highway masa tu awal pagi dalam jam 2 pagi tak salah saya. Angah saya drive kereta Honda Civic saya duduk seat belakang dengan sepupu. Kami dari KL nak balik Kedah. Kebetulan saya tido masa tu. Sedar-sedar ja kereta sedang berpusing-pusing tengah highway 2,3 kali melanggar divider kiri dan kanan. Tak boleh nak buat apa cuma menjerit dan berdoa semoga selamat semua. Alhamdulillah kereta kami terberhenti di sebelah kiri jalan bukan ditengah jalan coz at that time keadaan gelap dan elok-elok kereta berhenti ada sebiji bas lalu dengan laju maybe dia tak perasan kereta kami. Saya menggigil satu badan menangis je..Badan dah sakit-sakit tambah lagi kepala saya terhantuk tepi,depan, dan belakang. Macam blurr pun ada jadiknya. Kereta tunda datang dan plus peronda tak salah saya. Ambil report dari angah saya. Rupa-rupanya ada seekor burung hantu besar juga saiz dia duduk tengah jalan dan angah jadi terkejut masa tu. Dia cuba elak tapi malangnya kereta tu power steering so bila pulas steering kereta terus terpusing. 

Kerete Honda angah remuk terus depan belakang. Syukur pada Allah dia selamatkan kami berempat. Along duduk depan temankan Angah drive. Tapi yang paling teruk kesan kemalangan tu adalah Dian. Balik rumah mak suruh rehat. Bila tidur nak bangun duduk langsung tak boleh. Menangis2 masa tu ingatkan lumpuh ke apa. Dian cuba banyak kali tak boleh dan sakit sangat2. Last-last menjerit panggil mak. Mak tolong angkat dari belakang badan Dian bagi duduk. Bila duduk boleh bergerak dan berjalan macam biasa. So ke klinik check up. Kepala Dian bengkak besar kat tepi belah kanan, belakang dan dahi kesan terhantuk. Tak boleh bangun tu doc kata badan alami satu kejutan ataupun impak teruk so Dian kena banyak rest. Alhamdulillah semua selamat. Tapi until now Dian fobia naik kereta dengan orang lain drive even dia bawa tak laju mana.

Before beli kereta sendiri, Abang Long bagi pinjam kereta kancil turbo dia. Gila suka drive kereta tu. Pi kerja pakat tak percaya saya drive kereta turbo haha..Masa tu kerja Habib Jewel SP.Pertengahan tahun 2010 saya beli kereta Viva Elite. Tu je termampu.Kereta tu la banyak bantu saya recover balik dari fobia. Tapi yang peliknya saya tak boleh drive slow untuk perjalanan yang jauh. Cepat sangat ngantuk. So Dian memang drive laju. Tambahan bila nak pi kerja atau balik kerja. Dulu saya marah kalau abah bawa laju tapi sekarang abah kata saya bawa laju macam dia hahaha.. Maybe anak-anak abah memang suka drive laju. Bawa laju pun kena sentiasa berhati-hati selalu. Bila tak boleh nak laju jangan nak paksa kereta kita, nanti lain jadinya.

Saya pun ada masa saya suka berlumba dengan kereta lain. Ada masanya mood saya nak relax so saya drive slow ja sampai kereta kat belakang beratur berderet-deret hehe.. Anyway sampai saya dah cam kereta mana yang drive slow kereta mana drive laju tiap kali saya pi dan balik kerja. Dah macam kenai lama :p ..Tapi...saya masih takut naik kereta bila orang lain drive..Dalam hati doa macam-macam hehe. Macam mana tu????

Dulu nak beli colour ni Midnight Blue. Last2 stok lambat masuk kalau nak cepat ada warna hitam,putih dan pearl white.. Of course la hitam menjadi pilihan hati. ***

Wednesday 8 January 2014

PROGRES DIET SAYA :)

Assalammu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah Allah berikan nikmat bernafas di dunia ni..So kena jaga apa yang Allah beri pada kita..KESIHATAN. Kena jaga kesihatan diri sendiri sebelum nak jaga kesihatan orang lain betul tak?? Ok memandangkan saya baru start diet awal tahun 1 Januari 2014 yang lepas so harini dah masuk hari yang ke 8 saya tak makan nasi dan saya kurangkan pengambilan makanan. Apa yang seronoknya baru seminggu lebih ni dah 3 orang tegur saya nampak kurus..ngeeee ~ ~ Hati berbunga-bunga hahaha.. Actually diri sendiri boleh rasa perbezaan sebelum dan selepas berdiet..

Badan rasa ringan nak solat ke nak duduk lama ke rasa makin selesa tak rasa tegang je kat perut. Dalam masa saya berdiet ni saya banyak amalkan minum air masak (sebelum ni sangat-sangat kurang pengambilan air kosong rasa nak termuntah bila minum hehe).. Tapi bila kita amalkan lama kelamaan akan rasa biasa.

Balik kerja saya akan cuba buat senaman mudah dalam bilik selama 15 minit. Tak larat nak buat 15 min saya akan buat 10 min ja, ye la balik kerja jam 5.00 petang nak drive 1 jam balik kerja dari Alor Setar ke Sg. Petani so dalam kul 6.00 petang baru sampai rumah..Penat oooo..

Diet nasi ni selama 1 bulan ja..Itu azam saya untuk tahun baru 2014 so saya akan cuba lakukan..Lepas 1 bulan maybe saya akan makan nasi semula cuma kurangkan kepada segenggam nasi sehari coz nasi kan makanan ruji masyarakat melayu..Dari kecil lagi itu la makanan yang kita makan mak kita suap hari2..hehe..Nanti kena masuk perpustakaan kat rumah cari balik buku Kevin Zahari judul Fitness 24/7..Beli buku tu masa kerja kat Astro kebetulan dia datang bagi talk dan promosi buku dia..I beli le tapi tak sempat nak bergambar dengan dia.Haisshh rugi..Apa yang saya ingat penulis ada bagi tips nak makan nasi make sure hanya segenggam tangan kita jangan lebih. In syaa Allah diet kita seimbang dengan pengambilan zat-zat dari sumber makanan yang lain. 

So, ada lagi lebih kurang 3 minggu untuk diet nasi.. Gila-gila coba annnnn yang datang bila kita nak diet nasi ni terutama kawan-kawan la yang cuba rachunn ajak makan nasi beriani la, nasi tomato la..Sib baik kuat iman haha..Ni Pesan Kevin sila baca hehehe :)


http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/azam-kurangkan-berat-badan-2014/





Monday 6 January 2014

PERIOD PAIN @ SENGGUGUT DATANG KEMBALI

Assalammu'alaikum wbt..

Di awal tahun 2014 ni period pain datang menyerang..huh sakit sangat2 Allah sahaja yang tahu..Hari pertama ok tapi masuk hari kedua dah rasa sakit. Berguling-guling atas katil nak tahan sakit sampai tertidur.. Bagun tidur pun still sakit lagi cuma kurang sikit laa level sakit dia..Cramp kat bawah perut sebelah kiri actually dah rasa seminggu before period.. Bila tidur ja tak selesa kena tido mengiring ke kanan..kadang-kadang pusing belah kiri. Sakit pinggang toksah tanya la... Ya Allah, subhanallah... Seminggu tu rasa duduk tak kena baring tak kena. Dah la Dian pi keja balik keja kena drive jauh Sg Petani - Alor Setar. Sejam gak la drive nak pi opis.

http://edaeri.blogspot.com/2013/12/tips-hilangkan-period-pain.html

Dan seperti kebiasaannya Dian tak akan ambil sebarang ubat penahan sakit. Dari zaman anak dara dulu lagi memang tak pernah nak telan panadol manstrual ataupun ubat tahan sakit yang lain. Kebetulan Dian allergic dengan ubat yang ada kandungan paracetamol macam panadol la kan.. So dulu masa anak dara kalau sakit period pain duk dalam bilik ja tak keluaq mana dah. Mak akan tanya "senggugut ke?" hehehe pastu dengan relahati mak pi isi air panas dalam botol suh tuam di tempat yang sakit. Kasih ibu agaknya kan tak sanggup nengok anaknye berguling-guling tahan sakit hahaha... Saaaayang makkk!!


Ni dah kawen kena la survival.. Tapi Dian kalau sakit memang nak bangun isi air panas dalam botol pun tak terdaya dah.. So hari kedua period tu memang sakit gila-gila.. Cakap kat hubby sakit ni..Dia boleh kata "jagan pikir sangat ke sakit tu" hahaha hampeh tul.. Bukan nak tolong isi air panas dalam botol untuk dinda..hehehe saja nak manja2 + ngada2. Last-last berguling atas katil sampai tertido.. Sedar sekejap masa suami datang usap kepala tapi Dian buat-buat tido haha. Sampai petang Dian tido bila bangun still rasa tak sedap perut. Tapi alhamdulillah dah kurang sakitnya. Masuk hari ketiga dah kurang banyak.. Cuma masih terasa maybe kesan cramp perut tu sangat teruk masa hari kedua. FYI darah yang turun jadi berketul-ketul even until harini dah masuk hari ke 4 masih keluar. Hopefully tak ada apa2 penyakit lain la ye...

***Mohon hanya pada Mu ya Allah*** 


Thursday 2 January 2014

OH TIDAK!!! SAYA DAH GEMUK!

Assalammu'alaikum wbt..

Rasa macam tak boleh terima hakikat tapi betuiii berat badan Dian dah makin bertambah. Suami selalu tegur badan dah gemuk tapi Dian menidakkan statement tersebut hehehe.. Macam mana kita nak lari dari hakikat ye?? Memang tak boleh lari la kan..Dulu masa sekolah menengah until sambung belajar di UiTM berat badan maintain je 50kg..Haaa 50KG???? Mesti yang baca ni kata elehhh 50kg tu gemuk la..tapi u allz, memandangkan Dian ni seorang yang tinggi lampai so 50kg is normal for me..Tinggi Dian 170 cm so dengan berat 50kg Dian memang nampak kurus kering hahaha. Sampailah masa Dian kerja di Astro Broadcast Center di Bukit Jalil berat badan naik sikit ke 55kg..OMG! hepi gila coz berat badan dah naik setelah bertahun-tahun tak pernah nampak jarum penimbang tu melepasi 50kg. Masa tu rajin makan tengah-tengah malam tu yang boleh naik 5kg..

Then bermula la episod kegemukan yang serius bila lepas kawen badan naik sikit demi sikit. At that time dah keja gomen bertugas di cawangan Baling so duduk dengan mertua la..Mana taknya duduk kat rumah mak mertua kena rajin masak pagi makan, tengahari makan, petang makan, malam makan, kadang-kandang tengah malam pun makan lagi bila suami bawa balik makanan dari pasar malam huhuhuhu gumbiranya masa tu tak hinggat donia kihkihkih..  Berat badan dah mencecah 60kg.. Tahniah Dian!!!!! 

Selepas 2 tahun di cawangan,  HQ panggil semua pegawai di cawangan balik bertugas di Alor Setar..Ohh tidakkk!! Kena berjauhan dengan suami la nampak gayanya..Start dari bulan February 2013 saya bergelar weekend wife huhu..Ingatkan bila berjauhan dengan En. Suami, tak lalu makan laaa..Bukan tak lalu makin lalu ada laa.. Kerja di HQ rupa-rupanya tabiat kakitangan kat sini suka makan nasi campur masa rehat jam 9.00 pagi.. Haaa??cewahh mula-mula tak reti la tapi bila pi kedai semua masak nasi campur hadoiii nak tak nak makan juga la kita pun..



Masuk sebulan kerja berat badan mencecah 67 kg!!!! Ya Allah..Cepat sungguh berat badan naik. Patutla baju makin ketat kat pinggul. Sib baik la koleksi jubah banyak. Masa tu tak ada kesedaran sivik lagi kot la nak kontrol makan sampai suami pun tegur masa tu..Dian buat derkkk je makan macam biasa. Last-last berat badan mencecah 71KG!! Haaaamek kau! Baju yang baru dapat coz tempah kat tailor 2 bulan lepas pun dah ketat!! Macam mana ni risau pulak Dian berat badan makin dipam-pam macam belon dah Dian rasa. Nak solat pun macam mengah je nak sujud lagi la rasa perut berlipat-lipat haha..


http://anechesca.wordpress.com/2012/08/15/

So Dian bagitau suami yang Dian akan cuba diet nasi untuk sebulan bermula 1/1/14 (semalam la kan) hehe sempena tahun baru dan azam baru nak kuruskan sikit badan. Kurangkan pengambilan karbohidrat spesifik lagi no rice la kan. Alhamdulillah untuk semalam dan harini makan sekadar 2 kali sehari tanpa nasi ye.. Nasi memang tak jamah lagi sejak semalam even sebutir.. Semoga diet Dian berjalan lancar dan semoga ada hasil yang baik hujung bulan ni..Kalau berhasil diet ni boleh terus diamalkan In syaa Allah..Jom pakat-pakat diet!!

Wednesday 1 January 2014

Alhamdulillah Rezeki Awal Tahun!!

Assalammu'alaikum wbt.

Hari ni dapat sms dari Bank Islam..duit sebanyak RM sekian-sekian dikreditkan ke akaun Dian. Eh???? Duit apa pula ni?? Setahu Dian bonus masuk esok 2hb.. So jadi detective conan jap hehehe pi menyiasat kat unit kewangan. Depa pun tak tau yang duit bonus dah masuk. Duk kata esok masuk.. Alhamdulillah memang betul duit bonus 2014 dah masuk hari ni. Syukur pada Allah atas rezeki yang diberi. Even setengah bulan gaji pun alhamdulillah daripada tak dapat apa-apa.

Planning Dian nak pi klinik untuk check apa masalah Dian dan suami.. Dah nak masuk tahun ketiga ni Dian rasa dah tiba masa kami buat pemeriksaan lanjut untuk mengetahui samaada kami ada masalah untuk mendapat zuriat ataupun kami tak bermasalah cuma belum sampai rezeki. Dian dah pernah scan masa usia perkahwinan menginjak setahun lebih. Dian minta doc buat scan takut ada masalah cyst ataupun fibroid. Dian buat di Klinik Dr. Husna di Taman Ria Sungai Petani.. Doc islam perempuan..Sangat ramah..Dia tanya last period Dian dan dia cadangkan Dian ambil Ovinum start hari kedua selepas period. Dian minta doc scan untuk tahu takut ada masalah lain so doc pun scan.. Alhamdulillah dia kata tak sebarang ketumbuan cyst ataupun fibroid. Period Dian pun teratur setiap bulan so doc suggest ambil ubat dan buat suami kena buat pemeriksaan semen. Tapi Allah maha menentukan..Masih belum tiba rezeki kami. So in sya Allah this time nak berjumpa dengan doc pakar untuk pemeriksaan lanjut.

Ohh by the way before Dian terlupa, Dian nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014!!! Semoga segala yang dirancang pada tahun ni dirahmati Allah dan berjalan dengan lancar. Semoga doa2 kita Allah makbulkan. Wish all of you **Happiness** **Prosperity** **New Born Baby!!**  



**Berdoa semoga semuanya baik-baik belaka dan semoga Allah permudahkan jalan** 

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...