Thursday 10 October 2013

Terlalu Rindukan Kehadiran Cahaya Mata

Assalammu'alaikum dan salam sejahtera..

Hari ni hati terasa rindu..Rindu akan kehadiran cahaya penyeri hidup saya dan suami..Rindu akan kehadiran senyum si bibir kecil insan bergelar bayi..Anak kecil yang tak mengerti apa-apa..Rindu akan kehadiran tangisan bayi yang mahukan belaian ibu ayahnya..rindu akan keharuman ahli syurga..Ya Allah..Semoga KAU kurniakan aku dan suamiku dengan zuriat yang soleh dan solehah..Sesungguhnya Engkaulah MAHA MENGHIDUPKAN,MAHA MENJADIKAN LAGI MAHA MENDENGAR SEGALA DOA.

AMIN..

Monday 7 October 2013

Siapa Kata Nak Cantik Kena Kurus??Kena Seksi??

Assalammu'alaikum dan salam sejahtera :)

Haaa..sapa kata nak cantik we all kena kurus?? This question goes to all woman out there. Kenapa kalau nak cantik ja nak kena kurus body slim melim macam model la katakan..Helloooo please correct your statement ok..

For me kalau nak cantik tak semestinya kena kurus..body melentik bagaii..dan nak cantik tak semestinya nak kena dedah sana sini..Cantik itu hak milik semua wanita..Semua kejadian yang Allah cipta melangkaui apa yang kita kita hamba Allah yang kerdil ni fikirkan.. Apa yang Allah beri dan jadikan itu adalah rahmat untuk kita. Jangan la jadi hamba kecantikan dan terlalu obses nak kurus sampaikan makan pil kurus la jamu nak kurus la..last2 kurus tak, mudarat kepada badan ada laa.

Sumber : Google

Dan kalau dah kurus nak seksi meksi bagaii pulakk..tak payah la nak dedah badan sana sini semata-mata nak nampak cantik..kadang-kadang mata sesetengah kaum Adam ni memang suka lihat yang dedah sana sini free of charge..Tak payah bayar mas kawin tak gaduh nak bagi hantaran beribu riban dah dapat tengok free free ja..Dan kaum hawa jangan la merendahkan maruah kita semata2 nak cantik di mata manusia..Biar la tak cantik dimata manusia asalkan cantik disisi Allah..


Yang badan berisi / comel tak semestinya tak lawa..ada ja model kat luar sana yang badan chubby boleh berjaya..Actually apa yang menampakan seseorang tu cantik apabila dia yakin dengan diri dia.. So be your self..No need to satisfy others and please be confident..In sya Allah kecantikan dari dalaman akan teserlah!! 

Stay beautiful!! Stay confident!!

Ombak Yang Menjamah Kaki Ku

Ombak yang menjamah
kakiku sekali
takkan dapat
kukenali lagi.

A. Samad Said. (Ombak)

Tiba-tiba teringin nak baca puisi pula harini..jiwa sasterawan sudah datang hehehe..dulu memang minat coz belajar kesusasteraan melayu tradisional & moden masa form 6..Cikgu Hassan Baseri Budiman yang mengajar masa tu..best belajar dengan cikgu hassan walaupun dia tegas sangat2..dan dia juga banyak pengalaman menulis ni coz beliau ni salah seorang penulis buku dan salah seorang guru cemerlang at that time..Rasa rindu pula nak mendalami penulisan sastera ni hmm..

Dalam duk blog walking tadi terbaca la puisi A. Samad Said judul Ombak..Macam-macam la orang bagi feedback maksud dia hehe..Puisi ni simple tapi maksud dia sangat padat dan mendalam. Macam-macam andaian la orang buat dan puisi ni buat kita berfikir secara kreatif apa la maksud tersurat dan tersirat dia..Apapun maksud dia saya suka puisi ni..Ringkas dan padat!

Sunday 6 October 2013

Berurut + Sedu' Arrow

Assalammu'alaikum

Hari Jumaat baru2 ni suami ajak pergi berurut dekat sorang tok ni..dia memang mengurut orang sebelum mengandung dan selepas bersalin..Rumahnya tak la berapa jauh dari rumah mak mertua di Padang Geh, Kuala Ketil tapi perjalanan ke rumah tok yang mengurut tu agak terasa jauh sebab masuk ke pedalaman kampung di kawasan Belida..Orang kampung panggil tok tu Makngah Jah..hehe aku plak pandai-pandai je panggil tok sebab tengok faktor umur dia mcm lebih kurang tokngah aku je..

Pagi tu suami temankan dengan mak mertua sekali ikut coz dia nak mengurut tangan dia yg sakit..so dalam kul 8 pagi kami keluar..sampai rumah Makngah Jah, anak dia maklumkan yang awal pagi ada orang kampung datang ambil makngah jah ke rumah mereka untuk urut orang pas bersalin..kami terus ke rumah orang yang makngah pi urut tu last2 tuan rumah kata makngah baru ja balik hehehe..Kami pun patah balik ke rumah makngah tapi makngah tak ada juga..Agak lama jugak la kami tunggu last2 mak mertua ajak balik dulu coz takut makngah pi urut kat rumah orang lain pulak so ambil masa lama la kalau nak tunggu jenuh la..

Petang dalam jam 4.00pm saya drive kereta..yang ikut mak mertua n adik ipar..alhamdulillah makngah ada di rumah..tapi still kena tunggu juga coz ada orang lain yang datang untuk berurut lagi awal..lepas semua dah selesai turn saya pula..makngah tanya sakit apa hehe saya dengan malu2 kucing bgtau la masalah saya..makngah kata takpa la Allah saja takmau bagi lagi zuriat..ikhtiar la dulu..sesi berurut dalam bilik tapi mak mertua dan adik ipar ikut masuk sekali..hmmm..malunyaaaa..

Makngah kata rahim senget sikit ke kanan..sakit jugak la masa dia urut tu..lepas selesai urut dia bagi sebotol air dengan bacaan doa mohon Allah permudahkan untuk memperoleh zuriat..Dia suruh minum dan sapu di perut..So ni kali kedua berurut..Dulu setahun pas kawin pernah juga berurut dekat bidan di Bedong tapi dia pegang sikit2 ja perut..dia kata rahim ok..entah laaaaa..kita usaha la mana yang boleh, rezeki zuriat ni Allah yang tentukan..

Sebelum berurut saya amalkan juga makan Sedu' Arrow produk Sendayu Tinggi..Dalam bentuk kapsul tapi bau dia macam makjun..kena makan 2biji 2 kali sehari..Hopefully Allah makbulkan doa saya dan suami untuk memperoleh zuriat.Amin. 

Thursday 3 October 2013

Rindu Berbloging :(

Assalammu'alaikum.

Lama sungguh tak berbloging...Kekangan masa yang penuh dengan tuntutan kerja..Sekarang ni waktu yang agak free sedikit untuk bersantai-santai..hehe. Dua tiga bulan ni dah stop ber BBT coz bagun pagi-pagi selalu terlupa nak ambil suhu..kemudian badan pulak letih dengan latihan Netball hinggalah ke perlawanan sebenar Sukan Perpustakaan Awam se Malaysia (SPASM) 2013 yang berlangsung di Selangor..Orang tua-tua kata jangan lasak sangat, jangan buat benda berat..hehe dah main Netball nak kena la lasak sikit kannn, nak kena melompat-lompat...Even penat tapi puas coz Kedah menang tempat ke DUA. Bahagia mengalahkan orang yang menang juara kehkehkeh.. Mana tak nya kami sempat berlatih 4 kali sahaja.. Dalam masa yang sama dapat mengeratkan ukhwah antara sesama player dari pasukan negeri masing-masing dan dengan pasukan lain..Dan yang paling best berkesempatan bersua muka mendengar kata-kata motivasi daripada Prof. Muhaya.

Untuk bulan Oktober ni jadual tak berapa padat seperti bulan September yang lepas.. Untuk bulan ni ada Program penyerahan Netbook dari SKMM, Program Singgah Bahasa (DBP) di Perpustakaan Awam Merbok, kemudian ada Majlis Qurban untuk staff PPAK, dan last but not least Program Literasi Maklumat..Kali ni akan melibatkan dua buah sekolah iaitu SK Convent Alor Setar seramai 35 orang dan SK Bandar Baru Sintok seramai 40 orang..Hopefully by the end of this year dapat habiskan baki cuti yang ada lebih kurang 10 hari lagi.


"BIAR ORANG BUAT KAT KITA, JANGAN KITA BUAT KAT ORANG"
 MUHASABAH DIRI KATA PROF MUHAYA.

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...