Sunday, 15 June 2014

HSG PART 2

Assalammu'alaikum wbt..

Maaf terlebih dahulu Dian betul2 sibuk dengan kerja.. Tiada kesempatan nak menulis. Ni time rehat boleh la berblogging jap.. Ok jom sambung kisah HSG yang Dian ceritakan last week..


HSG: Speculum and catheter

Bila Dr. maklumkan yang prosedur HSG ni sekejap je of course la Dian rasa lega sangat2. Then Dr. minta Dian relax and tarik nafas..Dia masukan speculum dan apa yg Dr. buat xtau la coz tak nampak..Alhamdulillah tak sakit tapi Dr. ambil masa yang lama almost 20 minutes nak masukan catheter tapi tak lepas.. Dian dah mula risau takut pun ada. Dr. kata nak masukan catheter tu xlepas. Then dia panggil Dr. kedua..Unfortunately Dr. kedua ni Dr. Chinese lelaki..Huwaaaaa malu gilaaa.. Siap cakap kat Dr. pertama "Saya malu la dengan Dr. lelaki" .. Dia kata it's ok Dian..Tapi Dr. lelaki tu pun tak boleh buat..Lagi laaa Dian rasa nerves..Apa masalah ni???Macam-macam yang Dian fikir masa tu..

Then they decided nak panggil Dr. ketiga..Masuk la Dr. perempuan Melayu.. Dia tgk dan dia bagi cadangan kalau still tak boleh buat dia suh cancel procedure dan proceed dengan yang tebuk2 perut tu...Ya Allah...Lagi kecut perut Dian dengar..huhu.. Dah tak boleh buat juga they decided panggil Dr. dari bahagian O&G sendiri..

Masuk la Dr. keempat..perempuan Indian..Dr. ni cakap "I nak try buat"...Cara dia cakap tu pun macam nak buat ujikaji ja kat badan kita ni..huhuhu..Dian tak tau la dia guna alat apa selain speculum tapi Subhanallah sakit yang tak terkata-kata..sampai Dian bergerak coz sakit sangat. Dr kata "U jangan bergerak I takut nanti luka bahagian lain coz benda ni tajam"..................... Yang Dian ingat Dian cry sunguh2 waktu tu and Dian siap cakap Dian tak boleh tahan sakit sangat..Dr. suruh tahan kalau nak pitam or pengsan bagi tau...Hmmm kalau nak pengsan tak sempat nak bagitau dah kot hehe..

So dengan paksa rela kena tahan juga kesakitan sambil Dr.Zureen pegang tangan suruh baca Bismillah n mengucap banyak2..Kesian Dr tu Dian genggam tangan dia kuat gila. Then bila Dr. Indian tu nak masukan catheter, Subhanallah sekali lagi Dian menjerit sakit..Tak tau nak cakap macam mana kesakitan tu sampai Dr. pertama minta stop the procedure "She's in pain, maybe we should stop" .... Tapi Dr. Indian tu tak nak stop..Dia suh tahan juga..Ya Allah.. Hanya Allah saja yang tau sakitnya macam mana..Dia paksa tiub tu masuk sampai boleh..masa nak kembangkan belon tu sakit lagiiiii.........Dugaan Allah nak bagi Dian rasa...Susahnya nak jadi seorang ibu..

Catheter untuk HSG


Belon catheter yang dikembangkan..



Alhamdulillah lastly boleh juga catheter tu masuk dalam..Dr. Zureen ambil alih balik untuk teruskan procedur HSG..Dia inject dye dan xray.. Dr. Zureen tak habis2 ucap Alhamdulillah..Dian tanya la kenapa Dr? "Alhamdulillah Dian, Dr. tengok tiub fallopio dua-dua belah normal tak ada blocking.. Takpa Dian sakit tapi berbaloi dengan result".. Syukur Ya Allah..

Dr.Zureen explained kenapa 3 orang Dr. buat tapi tak boleh masuk catheter tu.. Then dia juga bagitau kalau Dr. bahagian Xray buat HSG prosedur diorang tak akan guna satu alat ni memang tajam takut cut bahagian yang lain lagi pula kita tak di bius buat hidup-hidup ni tapi Dr. O&G tu guna alat yg tajam tu that why sakit sangat-sangat. 

Lepas HSG nurse bagi la pad orang bersalin coz bleeding agak banyak. Dia kata bleeding sehari ja selalunya tapi takut luka dalam coz alat tadi..Dia pesan kalau bleeding tak stop kena p klinik kesihatan terdekat..Dian bleeding sampai 4,5 hari baru stop..Lega satu bab dah selesai..

12 June 2014 - Appointment O&G kami jumpa dengan Dr...Dia bagitau result HSG semua normal dan Semen Analysis yang suami buat last day pun Alhamdulillah ada peningkatan 3 kali ganda melebihi target yang Dr. bagi..Then dia minta cuba secara normal dulu sebabkan nak bulan Ramadhan ni dia tak nak proceed lagi dengan IUI..Dr. bagi clomid untuk 2 cycle dan suami pula Dr. suh amalkan Vitamin E..Next period after Raya kena datang appointment sekali lagi.

**Lain orang lain pengalamannya..Ada yang buat HSG tak sakit apa pun..Untuk Dian Allah bagi sedikit nikmat sakit.. FYI prosedur HSG Dian buat ambil masa almost 2 hour.. Lama kan????

*** One more thing, result interview S41 yang lepas dah keluar. Bukan rezeki Dian lagi untuk jawatan tersebut tapi at lease 1st time Dian hadirkan diri untuk interview SPA jawatan S41 tu sekurang-kuranya Dian dapat pengalaman.. Resultnya "Simpanan Lantikan" Syukur ya Allah..

****Semoga Allah mudahkan jalan untuk kami berdua..Hanya Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya...

10 comments:

  1. Insyaallah..lebih banyak kita merasa kesakitan dan bersabar untuk perolehi sesuatu itu..kita akan lebih menghargainya apabila Allah mengizinkan untuk kita milikinya..amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah semoga kesakitan yang dirasa menghilangkan dosa2 kecil kita dan semoga Allah mengizinkan kita peroleh apa yang kita inginkan..Amin..Thanks PC :)

      Delete
  2. Dian, doc x cakap ke kenapa susah nak masukkn speculum tu? Seriau i baca ur experience... mine rasa sakit sikit je masa masukkn dye. but as u said, lain org, lain pengalamannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ST..actually masuk speculum tu ok je x ada masalah tapi masa nak masukan catheter tu yang susah..Dr. kata pintu rahim or serviks kita lain2 keadaannya and for mine its short and small..so bila nak masukan catheter tu even saiz yg paling kecil pun susah..thats why its painful for me..tapi masa masuk dye tu xsakit sangat dah..lepas prosedur pun tak ada cramp perut pun..tu la lain orang lain pengalamannya :)

      Delete
  3. Semoga hikmah kesabaran ini dilimpahi redha Allah dan dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah..Amin..

    ReplyDelete
  4. Salam dian.. thanx for shareing ur experience.. moga Allah limpahkan rahmat n diberkati.. sy nak tanye mengenai calon simpanan.. awk calon simpanan utk jawatan ape ye? coz sy pon calon simpanan tp utk jawatan pustakawan s41.. no. giliran sy yg ke 7 dari 9 org.. bole sy tau awk calon ke berapa? tq in advance!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam jila..salam perkenalan..maaf sangat2 lewat utk reply msg jila..sy calon simpanan s41 pustakawan sama mcm awk..😊 awk dh dapat ke jawatan tu atau masih menunggu dipanggil?

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. salam perkenalan dian.. sy pon reply lambat juga.. masing2 bz kan.. tambahan pulak melalui blog.. bole ke kite ber whatsapp? ni no sy.. 012-7537414.. sy belom dpt lg jawatan tu.. awk dah dpt ke? awk calon ke berapa?

      Delete