Tuesday, 16 December 2014

Pengalaman IUI


Assalammu'alaikum wbt..

Sedikit kelapangan harini setelah berhempas pulas siapkan laporan tahunan dan perancangan for 2015..Alhamdulillah dah selesai. Just nak share pengalaman IUI coz ini yang pertama kali Dian menjalani prosedur IUI. Bulan Oktober yg lepas Dian ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk sambung rawatan infertility ni..Doktor mintak datang 4 November untuk buat TVS. Actually dian dah pernah buat TVS ni bulan Ogos lepas D10 dan D12 tapi waktu tu doktor kata x nampak telur..So dia minta datang lagi after 2 hari..Dian ambil keputusan untuk stop terus rawatan coz at that time Dian dan suami dalam keadaan yang sangat tertekan tapi sekarang alhamdulillah kami dah ok.

TVS yang Dian buat 4 November doktor kata still tak nampak telur yang matang so she decided untuk bagi Dian clomid for the next cycle. Sebelum ni Dian ambil clomid sebiji sehari tapi kali ni doktor bagi 2 biji sehari..Ahad 30 November D12 Dian buat TVS dan alhamdulillah doktor kata ada telur tapi still kecil so kena datang lagi 2 hari on 2 Disember Selasa..

TVS D14 doktor scan dan telur sebelah kanan dan kiri dua2 besar. "IUI buat hari Khamis ni"..Terpinga2 Dian bila doktor terus decide nak buat IUI hari Khamis dan memang kebetulan Dian ambil cuti rehat hari selasa sampai Khamis. Doktor suh datang malam untuk injection. Otak masih blur nak inject apa plak dahhhh...huhuhu..Sebelum balik doktor suh ambil icebox untuk ubat dan botol untuk sperm suami.



Tapi dugaan Allah nak bagi waktu Dian nak gi ambil icebox tu nurse kata icebox dah abis orang pinjam. Ada 10 biji ja..Icebox tu kalau nak pinjam kena bagi RM50 sebagai cagaran..Nurse kata ada sebiji tapi yang tu bukan untuk dipinjam. Tapi dia bagi juga pinjam sat tak boleh bawa balik. Tapi dia baik hati gak la nak bagi pinjam hehe. Dah ambil ubat dan letak dalam icebox tu dian kena tinggal ubat tu kat nurse tadi dan kami ke Tesco untuk beli icebox yang biasa tu..Sib baik ada..RM7 lebih je..Then kami ke hospital balik untuk ambil ubat tadi dan pulangkan icebox yang dipinjam tadi. Then terus balik rumah.

Human Chorinic Gonadotropin (HCG)


 En. Suami dengan icebox..Nasib baik ada yang kecik kalau dak jenuhhh

Malamnya kami sampai hospital kul 9..Dalam jam 9.30 suami ajak naik tingkat atas wad kenanga 9. Nurse minta suami Dian tunggu luar. Ingat inject kat mana ropa-ropanya inject kat punggung.. Hadoiiii first time ni nak inject kat situ. Otak ni duk pikiaq sakit ke dak nihhh.. Tapi alhamdulillah tak la sakit sangat cuma sengal2 ja.. Pas inject dah boleh balik.  

So pagi khamis suami ke lab untuk hantar sperm dan Dian ke O&G untuk pendaftaran. Nurse cakap boleh gi mana-mana dulu coz selalunya lab akan wash dulu sperm tu. Selalunya dalam jam 11 baru boleh proceed IUI. Kami decide untuk stay kat hospital je. 3 jam juga kami sabar menunggu. Then dah ambik washed sperm kena pegang sepanjang jalan sampai masuk bilik untuk IUI. Nak salin pakai kain hospital pun kena pegang sendiri nurse tak tolong pegang pon hahahaha..Lama juga la Dian kena tunggu doktor datang..Dekat 20 minit sampai Dian rasa nak ke toilet coz sejuk dalam bilik tu tapi nurse tak bagi. Ya Rabbi bayangkan Dian rasa nak ke toilet sangat2 dah tapi nurse suh tahan. Sabar juga coz masa tu kaki duk terikat dah kat besi tempat letak kaki tu..Alhamdulillah doktor datang. Doktor perempuan namanya Dian tak ingat tapi perwatakan dia mcm seorang ustazah. 

Sempat lagi selfie sementara tunggu doktor mai..hehe..


Masa doktor masuk bersama-sama dia ada 4 ke 5 orang pelatih. Hadoiiiiii lagi malu rasanyaaa..Waktu ni la pelatih ramai selalu tak ada pun.. Sebelum doktor tu buat IUI dia ada bagi kata-kata perangsang supaya kita bersabar dengan dugaan Allah dan tawakal. Dia bgtau la procedure IUI ni mcm mana..Then baru la dia proceed. Dan macam yang diduga Dian memang rasa sakit masa nak masukan tiub panjang tu sama macam buat HSG dulu cuma sakitnya tak la seteruk HSG yang lepas. Doktor tanya pelatih musuh IUI yang paling utama apa dia? Budak2 tu pun tak reti nak jawab. Musuh utama adalah udara dalam picagari yang boleh merosakan sperm. Masa doktor nak inject sperm dia suh Dian tahan dan berdoa..Doktor tu baca doa permudahkan urusan "Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bil khoir. Birokhmatika yaa arhamarrohimin".. And once again rasa sakit bila injection tu dilakukan and of coz bleeding. Doktor bgtau lagi kat pelatih yang darah juga adalah musuh IUI..Masa tu dengan sakitnya lagi dan dengar doktor cakap macam tu Dian rasa down sangat2..Tambahan bila selepas IUI doktor tu pegang tangan Dian dan dia cuba bg semangat supaya don't give up. Memang procedur IUI macam tu katanya..Then Dian disuruh baring 30 minit mengiring ke kiri coz telur yang besar sebelah kiri..Tapi Dian baring 20 minit je boleh tahan disebabkan Dian dah lama tahan nak buang air kecil hehehe. Pas gi toilet Dian sambung baring sampai pelatih datang suh masuk jumpa doktor.

Dalam bilik doktor, dia bgtau yang report sperm counts suami, lab tak bagi lagi. Next time bila datang dia akan bgtau. Ada juga dia bgtau yang 1st IUI tak semestinya berjaya. Ada banyak faktor penyebab. If period datang Dian kena on clomid dan TVS sekali lagi untuk 2nd IUI. She said kalau Dian nak buat IVF hospital akan refer ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar coz HSAH  tak buat IVF. Kos untuk IVF di HSB adalah sekitar RM6-8K katanya. Selesai dengan doktor Dian ambil clomid dan terus balik.

Hari kedua dan ketiga selepas IUI still ada tompokan darah. Perut cramp sebelah kiri. Cepat letih, naik tangga opis dah termengah-mengah. Sakit pinggang, breast rasa sensitif, cepat rasa lapar, kembung perut, angin jaaa rasa badan ni, dan rasa "basah" coz fluid macam white egg tu keluar 2,3 hari ni..sampai ke harini symptom tu berlarutan cuma bleeding tu 2 hari tu ja..Lagi satu lepas procedur IUI tu Dian alami kegatalan yang amat sangat pada Miss V. Tak tau la kenapa maybe infection masa procedur tu dijalankan. Lebih seminggu juga la merana..Alhamdulillah dah hilang kegatalan tu.

Semalam masa nak solat ada setitik darah tapi Dian teruskan solat coz period Dian sepatutnya lagi 4 hari..Tapi pagi ni nak solat subuh masa mandi ada darah yang banyak sikit dari semalam. Dian terus kata thats it!! Memang period!! Rasa kecewa juga tapi itu ketentuan Allah. Itu yang terbaik untuk Dian. Keep positive thinking. In sya Allah rezeki itu akan hadir tepat pada masanya yang sesuai. Percaya pada Allah kerna Dialah yang Maha Menghidupkan lagi Maha Menjadikan. Itulah pengalaman Dian untuk IUI yang pertama ni. Kalau ada kesempatan kami akan proceed untuk IUI ke-2. In Sya Allah...........


10 comments:

  1. Salam Dian..jangan putus asa ok,cuba lagi..inshaAllah mudah2an ada rezeki selepas ni..Amin..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumsalam sis nuriz. terima kasih sudi singgah dan beri semangat. In sya Allah moga ada rezeki tersebut..amin..

    ReplyDelete
  3. InshaAllah, ada rezeki dian lepas2 ni... amin... teruskan usaha ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah ST..semoga ada rezeki utk semua TTCian..amin..masih terus berusaha coz ujian ni Allah beri hanya untuk insan2 terpilih..beruntungnya kita :)

      Delete
  4. Salam..lpstu Dian buat ke iui2? Cmne, dh brjya ke skg?smbgla cter..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam awak..alhamdulillah dah buat 2 IUI..Dian dah share dalam entry terbaru.. :) Thanks ye sudi singgah.

      Delete
  5. Happy nye finally jadi ibu 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Sis Lieza...Allah beri kesempatan dan peluang..

      Delete
  6. Kos Iui bpe rm... boleh buat iui bpe kali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puan Rossadah. Maaf lewat reply. Saya buat di hospital kerajaan guna GL dan tak kena apa-apa charge. Setahu saya iui boleh dilakukan setiap kitaran period. Mohon perbetulkan sekiranya salah. Terima kasih puan

      Delete