Wednesday 21 January 2015

Alhamdulillah Rezeki Allah

Assalammu'alaikum wbt..

Alhamdulillah Allah kurniakan nikmat pelbagai pada kita.. Nikmat kemewahan, nikmat kesihatan, nikmat kegembiraan bahkan sakit juga satu nikmat daripada Allah..Pagi ni dibuka pintu rezeki alhamdulillah..Rezeki tu ada dimana-mana asalkan kita berusaha..In sya Allah ada...



Thanks Kak Murni..Saya Jual baby headband crochet ni yer..

Ahad ni kena ke hospital untuk TVS12..Hopefully one day ada rezeki untuk dapat khabar gembira itu..Sedang berusaha kearah itu jua..In sya Allah..

Monday 19 January 2015

Bila Hobi Lama Bertandang Kembali

Assalammu'alaikum wbt

Baru selesai Majlis Pengkisahan Sejarah : Sejarah Ancaman Keselamatan Dari Perspektif Tan Sri Abdul Rahman bin Ismail. Lega rasanya bila sesuatu kerja tu berjalan lancar dan selesai..Laaapangg dada :)

Sebenarnya dua tiga hari ni menyepikan diri dari blog coz hobi lama datang balik..Dulu masa sekolah rendah dah pandai kait mengait sebabkan mak Dian rajin buat macam-macam dengan mengait. Dari alas meja sampai la dalam ven abah pun penuh dengan hasil tangan dia..Tu yang berjangkit sedikit ilmu mengait kat Dian. 

Last year ada staf cleaner kat opis ni bagi benang kait satu plastik sebabnya dia tak pandai kait. Dah lama benang tu tak terusik so datanglah balik semangat nak kait.. Dian tak la pandai sangat setakat buat yg simple2 jer. Alkisahnya ada pula kawan-kawan nak buat tempahan untuk baby dorang.. Hahahaha kita ni baru nak ingat balik step2 depa dah mintak nak tempah. Adehhh...memang tak ada keberanian nak buat. Lagipun tu hanya hobi mengisi waktu lapang coz Dian jarang tengok TV. Hopefully dapat belajar macam-macam patern crochet ni..Lama tinggai memang lupa.. 

Dah Juai :)

Baby Blanket Crochet ni x siap lagi..Tp dah ada orang booked :)



#Benang kait dah mahai la ni huhuhu.. Red Heart sangat cantik benang2 tu tapi harga pun cantik

#Jarum pun dah banyak hilang..Kena cari lain la jawabnya...

Tuesday 6 January 2015

SAKIT RUPANYA :(

Assalammu'alaikum wbt..

Last week Dian ke klinik 1Malaysia untuk minta referral letter ke pakar ENT hospital Sultan Abdul Halim. Kes nya Dian dah 4 bulan lebih duk rasa something dalam tekak..bila telan rasa benda tu..macam ada ketumbuhan dalam tekak..rasa tak puas bila telan. Dian dah ke 2 buah klinik termasuk la klinik 1 Malaysia ni tapi doktor tu tetap kata tak ada apa dia suluh dengan torchlight pastu kata cuma merah sikit ja..Dibaginya antibiotik n ubat sakit tekak padahal Dian dah maklumkan Dian tak rasa sakit cuma rasa ketidakselesaan. Rasa x puas hati bila ubat dah habis tapi benda alah dalam tekak ni still ada..Tu yang Dian minta dirujuk ke klinik pakar telinga, hidung, tekak (ENT) .. 

Kat ENT masa doktor pakar tu cek dijoloknya batang aiskrim dalam mulut coz nak tengok tekak..Pastu diguna satu alat untuk cek hidung. "Apa kaitan pulak dah hidung aku ni dengan ketidakselesaan tekak ni" kata aku dalam hati je laaa :) Doktor tu tanya ada alahan habuk tak? Dian jawab ye saya memang alah habuk..jadi gatal-gatal kulit, merah dan bengkak mata, hidung berair kerja nak bersin ja..Dah tu dia minta ke bilik prosedur untuk cek tekak guna camera. Dian rasa lega sangat2 akhirnya boleh la tau benda apa dalam tekak Dian ni.So relax la nak sumbat camera kot mulut In sya Allah ok kot..


Tapiiiiii........masa duduk kat kerusi bilik prosedur tu..Doktor tu sembur something dalam hidung..Dian tanya dia pasaipa semboq dalam hidung??Soalan apakah itu huhuhu..Dia kata nak bersihkan hidung coz nak cek laluan hidung sampai tekak..Subhanallah......................Muka cuak dahhh..Dengan tak malunya Dian tanya "Sakit tak doktor??" Doktor tu dan 2,3 orang nurse lelaki gelak pulokk..Katanya setakat ni tak ada lagi la pesakit yang lari keluar bilik ni disebabkan sakit..hehehe..Huhh lega rasanya dengan jawapan spontan doktor tu..

Dan bila jer doktor tu baca bismillah dan masukan camera dalam hidung kiri..Huwaaaaa SAKITTTTTT!!! Pastu dia keluarkan balik coz screen camera tu x nampak.. Dah nak jolok lagi..Double pain..Bila sampai tekak je doktor minta nafas melalui mulut..Then suh nafas macam biasa..Rasa camera tu duk pusing kiri kanan dalam tekak tu huhuhu..Nasib baik sekejap je..Mula-mula x bleeding tapi keluar je dari klinik dah rasa nak meludah je dan ada darah sekali..Tak banyak la tapi still darah huhuhu..

Doktor kata Dian ada gastrik..Huhh???Bila masa plak Dian ada gastrik pun tak tau..Cuma Dian memang kerap sendawa..Hadoiii dia cek hidung dan tekak pastu dia kata Dian gastrik..Katanya lagi alahan habuk sebabkan blocking dalam hidung dan rasa ketidakselesaan tekak disebabkan gastrik tu...Hmmmmmmm....Terima je la apa yang doktor kata..Balik rumah dengan sepelastik ubat2 huhuhu...Esoknya terus demam..Dah kena ambik ubat demam pulak..Dugaannnnnn............

Thursday 1 January 2015

Dugaan Hujung Tahun 2014

Assalammu'alaikum wbt

Selamat tahun baru 2015.. Sekejap je masa berlalu dah meningkat setahun lagi umur kita..Sedar tak sedar dalam kita bergembira sambut tahun baru ni kita sebenarnya makin hampir dengan AJAL..Astagfirullahhal'adzim moga Allah mengampuni dosa-dosa yang dah kita lakukan sepanjang tahun 2014. Tahun 2014 begitu besar cabaran dan dugaannya..Kita dihimpit dengan khabar duka bilamana Malaysia kehilangan 2 buah pesawat beserta penumpang MH370 dan MH17 milik Malaysia Airlines (MAS)..Keadaan politik Malaysia yang penuh dengan warna-warni nya..Kita juga terkesima dengan kempen Sentuh Anjing yang mendapat tentangan banyak pihak..Dan di pengakhiran tahun 2014 kita di duga dengan bencana banjir besar yang melanda negeri-negeri pantai timur.. Ya Allah hebat dugaan Mu..Moga kita semua mengambil ikhtibar dengan setiap dugaan yang Allah beri.

Bagi diri Dian pula terlalu banyak kisah duka lara mahupun gembira sepanjang tahun 2014 yang baru melabuhkan tirainya.. Baik dari segi kerja, soal-soal rumahtangga, mahupun sosial life bersama kawan-kawan. Semoga Allah memberi ruang dan peluang kepada Dian untuk memperbaiki diri. Back to the topic, 24 Disember 2014 sehari sebelum Hari Krismas..Masa tu Dian ada di kampung suami..Jiran call suami dengan nada terkejut dan macam kalut je..Dia bagitau kami kena balik cepat coz umah meletup, abis cermin sliding door dan tingkap-tingkap pecah. Masa tu otak duk pikir macam-macam pasaipa umah meletup? Ada orang letak bom depan umah ke? Dian lupa tutup gas dapur ke? Suami Dian sepanjang jalan zikir dan istigfar..

Elok je sampai taman tengok ramainya manusia dah macam pesta. Kereta tak boleh masuk so kami park tepi jalan dan jalan kaki..Subhanallah..Teruk sangat-sangat keadaan masa tu..Rumah jiran-jiran hancur..Mayat bertaburan sampai hujung jalan terpelanting bercerai isi-isi tubuh dan anggota badan. Ngeriii dah macam perang. Ada beberapa gambar dalam simpanan Dian tapi tak nak upload coz ngeriiii... Sampai je depan rumah tengok abis tak ada pintu dan tingkap pecah..Sib baik ada pintu grill walaupun pintu grill tu pun tercabut tapi masih boleh guna. Kereta Viva kesayangan yang Dian tinggal abis ditimpa siling yang runtuh. Ada la calar-calar sikit tapi cermin depan retak menanti belah jer..Huwaaaa...

Apa-apa pun syukur Alhamdulillah Allah selamatkan banyak nyawa masa kejadian tu..Kejadian berpunca daripada seorang hamba Allah ni yang cuba menggergaji bom untuk mengambil bahan tembaga di dalamnya untuk dijual. Cuma sedih kerana sifat tamak manusia mengejar duit dia dah effect 40 biji rumah rosak teruk. 5 nyawa terkorban termasuk janin yang dikandung isteri beliau 6 bulan. Sedih sangat-sangat. Anak jiran berusia 5 tahun yang sedang tengok TV dalam rumah pun terkorban.

Baru sampai simpang taman dah ramai orang

Keadaan tempat kejadian..Rumah hujung sebelah kiri ni tadika swasta. Mujur la x buka hari kejadian

Rumah jiran Dian



Rumah Dian.. Huhuhu masa ni tak perasan cermin depan keta dah retak 

Pintu Pecah

Tingkap pecah

Grill tingkap boleh tercabut..Punya kuat letupan tu..


Encik Suami gigih bersihkan kaca-kaca yang pecah..siling pun jatuh banyak keping.
Macam pasar malam dah ramai orang



Ok tu citer Dian untuk penghujung 2014..Untuk IUI pulak pada 28 Disember 2014 Ahad lepas Dian ke hospital untuk TVS 13.. Doctor kata telur banyak tapi kecik-kecik semua..Baru 3mm sedangkan untuk IUI sekurang-kurangnya 18mm. So lusanya kena TVS lagi..30 Disember 2014 pi pulak TVS 15 doctor kata telur tak ada..So dia suggest lepaskan cycle ni..Allah tak mengizinkan untuk Dian buat IUI kali kedua untuk cycle ni.. Next period doctor bekalkan 3 biji clomid sehari..Hopefully ada berita gembira untuk tahun 2015. Insya Allah...


** Sedang tunggu surat lapor diri tak sampai-sampai lagi..
*** Al-Fatihah untuk mangsa2 yang terkorban akibat kejadian letupan bom di Taman Ria Mesra II Gurun, mangsa2 banjir di Pantai Timur Malaysia, dan mangsa2 pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 yang beragama Islam..Moga diampuni dosa-dosa dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang bertaqwa. Amin


RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...