Sunday 23 June 2013

Carta BBT / BBT Chart

Assalammu'alaikum 


Harini just nak berkongsi dengan semua TTCian yang sedang berBBT carta BBT yang Dian buat sendiri untuk memudahkan Dian catat suhu badan asas pagi-pagi pas bagun tido..hehehe..Format dalam bentuk Microsoft Excel..so senang nak edit dalam pc masing-masing..Dan yang pentingnya Dian buat dalam bahasa Melayu..So sesiapa yang nak carta ni boleh je bg e-mail address..Dian akan e-mail yang original format okies :)



(Ni dalam format .png)


 SELAMAT BERBBT!!!


Thursday 20 June 2013

Body Basal Temperature (BBT) Penting Ke????



Assalammu'alaikum.

Baru balik dari menziarahi ayah kepada ex-staff yang telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi..Semoga arwah ditempatkan dikalangan hamba2 Allah yang beriman. Amin...Back to the topic, BBT penting ke?Hmmmm, sebenarnya masa muda mudi dulu tak pernah ambik tahu dan memang tak tahu menahu langsung tentang BBT..After being a wife poonn masih tak ambik tahu..Yang sekarang ni baru le terhegeh-hegeh nak mencari info fasal BBT nie hehehe..Tu pun after almost 2 years usia perkahwinan saya.

Kenapa ye kena ambil tahu?Penting sangat ke???Dulu memang tak penting pada saya tapi selepas mencuba macam2 cara untuk mendapatkan zuriat, urut laaa, pantang itu la pantang ini la, vco, dan macam-macam lagi la.So lastly baru terbuka hati nak mencuba ber BBT..So far baru mula ber BBT this month..

Pengalaman ber BBT, saya rasa lebih mengenali badan sendiri. Hehehe suami pun bagi support coz kalau dia bagun awal dia akan kejutkan saya untuk ambil suhu badan awal pagi..Love u la kanda :) Seronok juga ber BBT coz kita akan lebih alert tentang perubahan pada badan kita..Selalunya saya akan bagun pagi dalam jam 5.30 - 6.00 pagi untuk ambil suhu badan. Bagun celik2 mata je terus menggagau tangan kat atas meja tepi katil cari thermometer..hehe dan setakat ni tak pernah miss lagi..carta bbt saya buat sendiri..And 1 lagi step yang Dian ambil ialah cek ovulasi menggunakan strip OPK..kat farmasi pun ada jual, Dian beli yang murah ja beli online..So hopefuly dapat istiqamah untuk ber BBT ni sampai ada rezeki untuk Dian dan suami untuk memperoleh cahaya mata.

BBT ni banyak faedah..Paling best kita boleh ber BBT untuk TTC (trying to conceive) ataupun untuk rancang kehamilan aka elak untuk hamil. For me of cause la TTC kan..Hope kawan2 kat luar sana yang TTC apa kata kita sama2 BBT ok.. Maybe ia boleh membatu kita lebih mengenali badan kita sendiri..TRY IT!!! 

Tuesday 18 June 2013

Stress!! Arghhhh

Assalammu'alaikum

Istigfar banyak2 coz terasa sangat stress sekarang ni..Hmmmm... Baru balik dari honeymoon di Terengganu 6-8 Jun yang lepas..Rasa fresh sangat balik dari bercuti..Adoiii mai ja opis kerja datang bertalu2 (ayat tunggang terbalik hehe) Perasaan tertekan datang dahhhh...This kind of feeling is not good for TTC'ian tapi mcm mana nak nak elak yer?? Hope dapat settle semua kerja2 yang bertimbun2 and hope dapat jaga mood supaya sentiasa calm and happy :) Hopefully~ ~

Cinta Jarak Jauh aka Weekend Husband and Wife :)

Assalammu'alaikum..

Hari ni nak berbicara skit fasal Weekend Husband n Wife..Dan sedihnya itu le situasi Dian sekarang ni..Maybe ramai lagi pasangan suami isteri kat luar sana senasib dengan Dian. Tuntutan kerja yang membuatkan fizikal terpaksa berjauhan dengan suami tersayang tapi hati ni hmmmmm jauh di mata dekat di hati la katakan..hehehe..

Anyway kadang-kadang terasa semacam nak berhenti kerja dan ikut suami tapi macam mana ek nak cakap..Pernah luahkan pada suami tapi beliau tak izinkan hukhukhuk sedihhh :(  Dia pesan kena beringat dimasa akan datang mana tau dugaan Allah nak bagi..so kena bersedia la..kalau berhenti kerja mcm mana nak buat simpanan..Walaupun sedikit asalkan ada simpanan daripada tak ada langsung. So, here i am. Masih bekerja dan Alhamdulillah dapat buat sedikit simpanan..Tapi akal dan perasaan asal hari khamis ja otak dah sampai ke rumah suami dah hehe.. Rinduuuu..

Hopefully dengan berjauhan begini dapat mengeratkan lagi hubungan yang terbina 2 tahun yang lepas. Still menanti kehadiran penyeri hidup buat kami berdua dan Dian percaya even duduk berjauhan bukan penghalang untuk sesiapapun untuk memperoleh zuriat permata hati kalau dah Allah tentukan sejak azali lagi dah tertulis dalam Lauh Mahfuz untuk kita peroleh zuriat, In sya Allah kita kena percaya dengan janji Allah dan berusaha ke arah itu.Chaiyok Chaiyok!!! Mood ~ ~ mendidik akal sendiri untuk lebih motivate ;)


Monday 17 June 2013

Menanti Kehadiran Cahaya Mata

Assalammu'alaikum

Hari ni tergerak hati nak berbloging..This blog is nothing just my 2 cent..Sebagai permulaan a lil bit about my self. Dian adalah salah seorang diantara beberapa orang wanita @ isteri di Malaysia ni yang masih belum dikurniakan permata hati setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga. Hmmm..alhamdulillah kami antara golongan hawa yang dipilih Allah SWT untuk menerima sedikit cebisan kasih Allah untuk menerima ujian ini.  

 Firman Allah SWT bermaksud:  "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu." (Surah Al-Baqarah: 216)

Firman Allah SWT bermaksud: “Allah tidak menguji seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” (Surah al-Baqarah ayat 286)

Buat masa ni masih mampu tersenyum dengan soalan2 yang kadang2 mengguris hati perasaan. Soalan yang hadir dari mulut sahabat2 dan jiran2 yang seperti tidak memahami atau buat2 tak faham bahawa kuasa MENJADIKAN & MENGHIDUPKAN itu hanya ada pada ALLAH sahaja..Siapa la Dian untuk tentukan bila nak mengandung..saya hanya seorang khalifah di muka bumi Allah, yang hanya mampu berusaha sedaya yang mampu.Tapi kalau belum masanya Dia nak bagi, maka hanya pada Dia mampu kita memohon dan berdoa.


Hehe dah la buat masa ni..Kalau panjang-panjang nanti sedih hati plak.Nanti kita jumpa lagi yer :)

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...