Tuesday, 6 January 2015

SAKIT RUPANYA :(

Assalammu'alaikum wbt..

Last week Dian ke klinik 1Malaysia untuk minta referral letter ke pakar ENT hospital Sultan Abdul Halim. Kes nya Dian dah 4 bulan lebih duk rasa something dalam tekak..bila telan rasa benda tu..macam ada ketumbuhan dalam tekak..rasa tak puas bila telan. Dian dah ke 2 buah klinik termasuk la klinik 1 Malaysia ni tapi doktor tu tetap kata tak ada apa dia suluh dengan torchlight pastu kata cuma merah sikit ja..Dibaginya antibiotik n ubat sakit tekak padahal Dian dah maklumkan Dian tak rasa sakit cuma rasa ketidakselesaan. Rasa x puas hati bila ubat dah habis tapi benda alah dalam tekak ni still ada..Tu yang Dian minta dirujuk ke klinik pakar telinga, hidung, tekak (ENT) .. 

Kat ENT masa doktor pakar tu cek dijoloknya batang aiskrim dalam mulut coz nak tengok tekak..Pastu diguna satu alat untuk cek hidung. "Apa kaitan pulak dah hidung aku ni dengan ketidakselesaan tekak ni" kata aku dalam hati je laaa :) Doktor tu tanya ada alahan habuk tak? Dian jawab ye saya memang alah habuk..jadi gatal-gatal kulit, merah dan bengkak mata, hidung berair kerja nak bersin ja..Dah tu dia minta ke bilik prosedur untuk cek tekak guna camera. Dian rasa lega sangat2 akhirnya boleh la tau benda apa dalam tekak Dian ni.So relax la nak sumbat camera kot mulut In sya Allah ok kot..


Tapiiiiii........masa duduk kat kerusi bilik prosedur tu..Doktor tu sembur something dalam hidung..Dian tanya dia pasaipa semboq dalam hidung??Soalan apakah itu huhuhu..Dia kata nak bersihkan hidung coz nak cek laluan hidung sampai tekak..Subhanallah......................Muka cuak dahhh..Dengan tak malunya Dian tanya "Sakit tak doktor??" Doktor tu dan 2,3 orang nurse lelaki gelak pulokk..Katanya setakat ni tak ada lagi la pesakit yang lari keluar bilik ni disebabkan sakit..hehehe..Huhh lega rasanya dengan jawapan spontan doktor tu..

Dan bila jer doktor tu baca bismillah dan masukan camera dalam hidung kiri..Huwaaaaa SAKITTTTTT!!! Pastu dia keluarkan balik coz screen camera tu x nampak.. Dah nak jolok lagi..Double pain..Bila sampai tekak je doktor minta nafas melalui mulut..Then suh nafas macam biasa..Rasa camera tu duk pusing kiri kanan dalam tekak tu huhuhu..Nasib baik sekejap je..Mula-mula x bleeding tapi keluar je dari klinik dah rasa nak meludah je dan ada darah sekali..Tak banyak la tapi still darah huhuhu..

Doktor kata Dian ada gastrik..Huhh???Bila masa plak Dian ada gastrik pun tak tau..Cuma Dian memang kerap sendawa..Hadoiii dia cek hidung dan tekak pastu dia kata Dian gastrik..Katanya lagi alahan habuk sebabkan blocking dalam hidung dan rasa ketidakselesaan tekak disebabkan gastrik tu...Hmmmmmmm....Terima je la apa yang doktor kata..Balik rumah dengan sepelastik ubat2 huhuhu...Esoknya terus demam..Dah kena ambik ubat demam pulak..Dugaannnnnn............

8 comments:

  1. Get well soon Dian..then gastrik tu ada kaitan tak dengan tak selesa kat tekak tu? Konpius kejap.

    ReplyDelete
  2. Thanks kak nuriz..masih ada lagi ketidakselesaan kat tekak tu..makan ubat pun x jadi apa..tu yang risau..next month kena p cek lagi..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Blh saya tahu apa sbenarnya dlam tekak dian tu...dan skrang masih rasa lagi ke tak

      Delete
    2. Actually dian still xtau.last month dian ke klinik kt kl ni plak nk minta surat refer ke hosp utk cek pakar again. Dian xsempat follow up kat kedah ritu sebab kene pindah sini. So next week baru nak jmpa pakar sebab still xilang rasa dlm tekak tu.

      Delete
  4. so mcm mana keputusan? rase ape dalam tekak tu? rasa benda tersekat ke? skarang still ada lagi ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ke Hosp Selayang jumpa pakar ent. Dah masukan dalam hidung camera untuk kali kedua..But still doct tak nampak apa2 yang pelik. Doct bekalkan ubat gastrik jugak sama macam tahun 2015 masa kat hosp. sg. petani. Ometac xsalah saya nama ubat tu.

      Rasa dalam tekak tu susah nak explain. Macam ada something yang tersekat kat kerongkong. Sangat2 menganggu and YES masih ada lagi benda tu.

      Hadap je la dah usaha p jumpa pakar. Awak ada masalah yang sama ke sis Sharifah?

      Delete