Sunday 29 December 2013

Azam Tahun Baru 2014 ~ Saya Nak Hamil!!

Assalammu'alaikum wbt

Masuk opis harini suasana sunyi menyelubungi.. Ramai yang ambil cuti untuk habiskan cuti rehat. Huuu dah la lif rosak kena naik tangga dan fyi tangga belakang opis sangat menakutkan. Tapi gagahkan diri naik sorang2 alhamdulillah Allah jauhkan dari benda2 tak elok..hehehe (penakut sungguh!)

Berbaki 2 hari setengah je lagi tahun 2013 akan melabuhkan tirai..Sepanjang tahun 2013 ni terlalu banyak perkara yang menyentuh emosi Dian. Ada ketika terasa diri tak mampu bertahan dengan setiap ujian dan dugaan yang hadir. Tapi alhamdulillah hingga detik ini Dian dapat melaluinya dengan baik semuanya berkat adanya sokongan daripada suami tercinta. Syukur Allah kurniakan kanda untuk dinda.

Dan sepanjang tahun 2013 ni juga pelbagai usaha dan ikhtiar dah dilakukan dalam usaha kami untuk mendapatkan zuriat kandung. Subhanallah Allah itu maha mengetahui segala sesuatu. Mungkin belum tiba masanya untuk Dian hamil. Sesungguhnya Dia punya rancangan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Setiap perkara yang sukar diperoleh membuatkan kita jadi lebih menghargai setiap perkara yang kita ada. Semoga Allah kurniakan zuriat kepada kami berdua bila tiba masanya.

Jadi untuk tahun 2014 yang bakal tiba, Dian tak nak berputus asa. Dian berazam nak hamil tahun 2014. Azam yang sama untuk tahun ni tapi belum tercapai. Semoga pada tahun 2014 ada peluang dan ruang untuk kami merasa menjadi ibunda dan ayahanda. Begitu juga untuk sahabat TTCian yang lain semoga kita semua dapat hamil untuk tahun 2014. In sya Allah...Ya Allah semoga Kau permudahkan aku untuk hamil dan melahirkan. Amin.


No comments:

Post a Comment

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...