Tuesday 10 December 2013

Prof Madya Dr. Mohd Sharif Mohd Saad ~~ Al-Fatihah

Assalammu'alaikum wbt

Semalam dalam jam 4.50 petang Dian di kejutkan dengan berita perginya Prof Madya Dr. Mohd Sharif Mohd Saad ke rahmatullah. Pada mula macam terpinga-pinga coz semacam tak percaya maybe salah orang kot. Tapi setelah Dian call sahabat di UiTM Cik Zuraidah Arif, dia mengesahkan betul berita yang Dian terima tu. 
Prof Madya Dr. Mohd Sharif Mohd Saad
(Sumber : Google)

Sebenarnya sewaktu di UiTM dulu Dian tak pernah berguru dengan arwah tapi mengenali beliau sebagai salah seorang pensyarah di Fakulti Pengurusan Maklumat. Selepas Dian bekerja dalam dunia perpustakaan ni baru la lebih mengenali beliau coz seringkali berjumpa semasa kursus ataupun seminar anjuran PNM, Persatuan Pustakawan Malaysia, ataupun mana-mana perpustakaan negeri. So dari situ la dapat lebih mengenali beliau. Lebih lagi beliau selaku YDP Persatuan Pustakawan Malaysia. Kali terakhir jumpa arwah semasa arwah mengendalikan Bengkel Literasi Maklumat anjuran PPM dan PPAPP.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan hamba-hamba Allah yang beriman. Pemergiannya dirasai. Semoga segala ilmu dan hasil kerja beliau dapat terus dimanafaatkan dalam bidang kepustakawanan. Al-Fatihah.



Arwah Prof. Madya Dr. Sharif semasa Seminar Pustakwan Utara di Langkawi, Kedah.


No comments:

Post a Comment

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...