Thursday 26 December 2013

Kandungan Gugur Awal Kehamilan..

Assalammu'alaikum wbt..

Pilu hati bila tengah duk susun majalah tiba-tiba Dian dikhabarkan dengan satu berita sedih yang mana salah seorang staf di opis Dian kerja ni Nisa mengalami keguguran di awal kehamilan beliau. So dia ambil MC untuk harini until next week. Ya Allah..besar sungguh ujian yang Kau turunkan kepada dia. Ye mungkin belum tiba rezekinya lagi.. Dia sempat merasa perasaan bakal bergelar ibu..Tapi hanya untuk seketika. Dian yang merasa kesedihanya tapi macam mana perasaan dia yang mengalami keguguran tersebut? 

Menghadapi keguguran ialah satu pengalaman yang menyedihkan. Kehilangan seorang bayi meremukkan hati, tidak kira seawal mana ia berlaku. Kita perlu memberi peluang kepada diri sendiri untuk meluahkan kekecewaan dan kesedihan. Namun dalam kebanyak kes wanita hamil yang mengalami keguguran, kebanyakan daripada mereka dapat hamil semula dan melahirkan bayi yang sihat.

Semoga Nisa tabah dan kuat untuk menempuh ujian Allah ini. Apa yang penting Nisa dah tahu yang mana Nisa dan suami tak ada masalah untuk mendapat zuriat kandung cuma masanya belum tiba. Be strong young woman! In sya Allah ada rezeki yang bakal tiba untuk Nisa dan suami ok. Kalian yang lain yang pernah mengalami keguguran Dian respect dan salute u all kerana sangat kuat dan tabah menempuh ujian dari Allah.

"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.
[Al-Baqarah: 286]"


No comments:

Post a Comment

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...