Monday 15 July 2013

Alhamdulillah Ya Allah

Assalammu'alaikum

Alhamdulillah syukur atas nikmat Allah..Hari ni 15 Julai 2013 bersamaan 6 Ramadhan 1434 genaplah 2 tahun usia perkahwinan saya dan suami tercinta..Awal pagi tadi selepas bersahur dan duk tunggu masuk waktu subuh, suami hantar mesej "SLMT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA..SMG HUBUNGAN KITA KEKAL SLAMNYA N DPEROLEH ZURIAT..AMIN.."

Hati rasa happy sangat even dengan mesej ringkas macam tu cukup untuk saya tahu dia ikhlas dengan apa yang dia katakan..2 tahun usia ikatan akad nikah kami berdua ramai yang kata "OOO BARU 2 TAHUN"..pada saya 2 tahun memang tak lama tapi 2 tahun itu terasa bagai sangat lama bilamana kita menanti sesuatu yang belum pasti..Namun alhamdulillah tak ada sesiapa pun ahli keluarga terdekat mengasak kami dengan soalan-soalan klise "BILA NAK ADA ANAK NI??" Cuma kadang-kadang ada segelintir mulut-mulut yang tak dapat nak ditutup bertanya soalan-soalan yang kadang kala menyentuh hati..dan soalan-soalan itu keluar dari mulut sahabat sendiri..tapi tak apa la coz ramai juga sahabat yang memberi kata-kata semangat. Terima kasih ye sahabat :)

Apa-apa pun tak mo sedih-sedih harini hehehe. Di hari ulang tahun perkahwinan pun tak dapat nak jumpa suami coz dia sibuk dengan "MORE" di rumah dan saya sibuk dengan kerja-kerja office dan kerja edit mengedit di rumah..hujung minggu ni je la yang ada untuk celebrate anniversarry..Semoga Allah memberkati hubungan kami berdua dan semoga Allah memberi kami peluang menjadi bonda dan ayahanda in sya Allah..mudah-mudahan dimakbulkan..

Terima Kasih Ya Allah...

Tuesday 9 July 2013

Puasa Terbahagi Kepada 3..Kita Tergolong Di Dalam Kumpulan Mana??

Assalamualaikum.

Salam Syaaban 1434h..Hari ni Syaaban yang terakhir dan kita umat Islam dinaungi dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelma beberapa jam je lagi..Bermula la bulan yang penuh dengan keberkatan..Sebenarnya tadi baru je abis dengar ceramah agama yang berkaitan dengan bulan Ramadhan dan puasa..Ceramah daripada Ustaz Abdul Kadir Yahya di Anjung Ilmu Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah..



Sumber : Google



Sedikit perkongsian dengan semua la ye..Rukun ISLAM ada lima dan wajib kita umat Islam tahu dan amalkan.

  1.  Mengucap dua kalimah syahadat
  2.  Sembahyang lima waktu
  3.  Berpuasa di bulan Ramadhan
  4.  Menunaikan haji bagi yang berkemampuan
  5.  Menunaikan zakat


Tujuan kita berpuasa adalah kerana kita patuh kepada asas Islam itu sendiri iaitu salah satu daripada Rukun Islam yang ke tiga,  berpuasa di bulan Ramadhan. DAN SEBESAR2 DOSA ADALAH MENINGGALKAN YANG FARDU...Jadi jangan ponteng puasa ye...

Ustaz maklumkan yang puasa terbahagi kepada 3 kelompok. Menurut Imam al-Ghazali, puasa (dari kaca mata tasawuf) terbahagi kepada tiga tahap/tingkatan iaitu:

  1. Shaum al-Umum (puasa orang kebanyakan/orang awam) iaitu ialah puasa dimana berpuasa hanya menahan perut daripada lapar dan dahaga serta anggota sulit dari syahwat. Pendek kata puasa hanya sekadar tak makan tak minum tapi mulut,mata,anggota badan dan aurat tak dijaga. Gheja mengumpattt ja.
  2. Shaum al-Khusus (puasa orang khusus/khawas) iaitu ialah puasa dimana dilakukan oleh orang-orang soleh iaitu menahan anggota badan daripada melakukan kemaksiatan iaitu:
  • Menjaga mata dari melihat sesuatu yang buruk menurut kaca mata agama. (Kepada kaum2 hawa ustaz pesan pakai lah pakaian yang menutup aurat, kesian kat orang lelaki kurang pahala depa dok tengok hehe)
  • Menjaga lisan daripada berdusta,memfitnah,dan mengucap perkataan-perkataan keji. Yang ni terang lagi bersuluh, jauhkan diri daripada nak mengata ,mengumpat,menghina dan sebagainya. Imam al-Ghazali pesan dalam teka teki nya tentang apakah paling tajam dalam dunia ini? Jawapan nya ialah lidah.
  • Menjaga telinga daripada mendengar segala yang haram untuk didengar. Contohnya mendengar umpatan. Orang duk mengumpat kita pi duk jauh-jauh sikit. Jangan kita join semulut duk mengumpat..aterr
  • Menjaga seluruh anggota tubuh daripada perbuatan-perbuatan negatif.
  • Menjaga agar tidak makan berlebihan saat berbuka puasa.

   3. Shaum Khusus al-Khusus (puasa golongan khusus daripada khusus/ Khususul Khawas). Puasa sebegini merupakan puasa tiga golongan iaitu:
  •  Para nabi
  •  Al-Siddiqun (orang-orang yang jujur)
  •  Al-Muqarrabin (orang-orang yang dekat dengan Allah)
Puasa golongan ini menduduki tingkatan yang tertinggi yang mana puasa mereka mencakupi puasa hati daripada sesuatu yang hina dan daripada urusan duniawi dan hanya mengharap bekal ukhrawi.

Jadi kita ni berada dalam golongan yang mana ye???Hopefully berada dalam golongan yang kedua pun alhamdullillah...So selamat menjalani ibadah puasa ye..Banyakan berterawih..banyakan bersedekah..dan banyakan memberi makan untuk orang berbuka puasa..In Sya Allah ganjaran pahala yang berlipat kali ganda untuk kita..

Ok takat ni dulu la ye..Yang baik itu datang daripada Allah swt. Yang khilaf itu dari diri hamba sendiri mohon ampun maaf salah silap.. "Update IMAN & Topup ZIKRULLAH setiap hari dibulan yang penuh barakah ni"

p/s : Ustaz pesan tak semua ummat Islam mampu untuk menunaikan Haji so ambillah peluang dibulan Ramadhan ni untuk melakukan amal ibadah yang wajib dan yang sunat sebanyak mungkin supaya pahala kita dapat berlipat kali ganda.



AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN 








Monday 8 July 2013

Berkat Ramadhan Al-Mubarak

Assalammu'alaikum..

Harini hari Isnin 8 Julai 2013 bersamaan 29 Syaaban 1434h...Lagi sehari ja lagi untuk seluruh umat Islam menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak dengan penuh rasa kesyukuran..Semoga Allah bagi kita peluang untuk menyambut dan meraikan bulan yang mulia..setahun sekali ja dia jenguk kita..Semoga amalan-amanlan harian kita sepanjang Ramadhan ni diterima Allah dan diangkat kelangit..

Dalam pada rasa tak sabar nak menyambut Ramadhan, ni hati sangat berharap semoga ada rezeki untuk kami suami isteri menerima kehadiran cahaya mata..Semoga Allah makbulkan doa hamba-hambaNya yang tak berputus asa berusaha dan memohon kepadaNya..Semoga ada khabar gembira untuk kami berdua..Semoga Allah makbulkan jua doa-doa pasangan lain di luar sana yang juga sedang berusaha untuk memperoleh cahaya mata zuriat penyambung waris keluarga...Ya Allah, makbulkan doa kami semua.Amin.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1434H (10 Julai 2013/Rabu)

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...