Tuesday 17 December 2013

Langkawi Holiday Trip (Part 1)

Assalammu'alaikum wbt..Salam Sejahtera :)

Yeyyy!!! Dian dah apply cuti untuk esok dan lusa.. Pengarah dah luluskan cuti. Hepi gila coz esok nak bertolak ke Langkawi sekali lagi !! Tapi kali ni Dian pi dengan suami tercinta Nur Muhd Salahuddin bin Arifin. I Love U Kanda. Untuk kali ni kami ambil pakage coz malas nak pening kepala nak cari hotel n transport. Kami pilih MandaQ Tours and Car Rental Sdn.Bhd untuk handle semua dari tiket feri, penginapan, kereta, dan island hopping. Total RM766 sahaja. Kira ok la coz sekarang ni rate hotel memang tinggi time-time cuti sekolah ni. Lagi pula 19 Disember 2013 hingga 5 Januari 2014 ni berlangsungnya Langkawi Naturally Magikal. Dijangka lebih kurang 1 million pelancong luar dan tempatan akan datang ke Langkawi sepanjang karnival berlangsung. Gila excited nak pi sana nak shoot gambaq banyak-banyak untuk simpanan peribadi. 

http://www.langkawimagical.com.my/family-moments.html


Macam-macam aktiviti semasa karnival berlangsung antaranya Magikal Night, Konsert dari beberpa orang artis termasuk Dato' M.Nasir dan Anuar Zain. Then ada Bazar Magikal, Selera Rasa Magikal, Family Moment dan macam-macam lagi. Siap ada hot air balloon ride, colourful parades, floral and lantern show are some of the activities that will be a unique experience for the public. Perarakan pun ada games yang melibatkan fizikal dan mental ada siap ada Paratrooper, Vintage Ferris Wheel, Pirates Ship, Magical Train, Inflatable Bouncy dan banyakkkkkk lagi..Aihhh tak sabaq aih nak pi Langkawi. Tu dia teruih keluaq loghat Kedah haha. Dah macam promoter tak berbayaq plak tapi tak pa kalau sapa-sapa tercari-cari lokasi percutian mai la Langkawi memang tak rugi baq ang :p


http://www.langkawimagical.com.my/family-moments.html
Macam best je tegok macam-macam aktiviti yang depa planning nak buat. Hopefully masa kat Langkawi nanti berkesempatan untuk ke karnival ni. Teruja sangat-sangat bila tengok officially website Langkawi Naturally Magikal. Jom la pakat-pakat pi Langkawi kasi jem jalan-jalan kat Langkawi hahaha (jangan laaa jem kalau tak jem semua plan hehe) 

http://www.langkawimagical.com.my/langkawi-magikal-night.html

http://www.langkawimagical.com.my/langkawi-magikal-night.html

Kebetulan my lil sister Nur Fazira binti Gulam Mohamad hehe aku mention nama penoh ko pun ada di Langkawi. Dia ikut trip kolej dia memandangkan they all dah tamat pengajian. Semalam mak ke Ipoh dengan abang Dian, Nur Hafizam Gulam Mohamad untuk ambil barang-barang my sister tapi dia tak ikut balik coz nak ke Langkawi punya pasal. Barang gila banyak huhuhu. Nanti kalau sempat boleh la jumpa dia di Langkawi :)

 http://www.langkawimagical.com.my/langkawi-magikal-night.html

http://www.langkawimagical.com.my/langkawi-magikal-night.html


Semoga perjalanan kami ke Langkawi selamat. Semoga cuaca cerah dan tak hujan. Hopefully jangan la jem teruk kat Langkawi coz last week masa di Langkawi time nak ke Jeti Kuah jalam jem. Nasib baik sempat sampai. Kalau lewat feri tinggal..Keluaq ayaq mata la..


No comments:

Post a Comment

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...