Wednesday 23 December 2015

PV Bleeding at 16 Weeks

Assalammu'alaikum wbt

Harini nak cerita sikit pengalaman Dian turun darah waktu usia kandungan masuk 16 minggu. Dalam minggu tu Dian ada rasa sangat-sangat letih dan sometime rasa cramp dekat area bawah perut. Disebabkan umah Dian tingkat 3 tak ada lif nak naik turun tangga rasa macam nak daki gunung Everest hehe..Ada one day tu sebelum turun darah, Dian nak angkat kaki nak naik tangga tapi tak termampu rasanya..Sakit..Alhamdulillah suami ada tolong papah perlahan-lahan ye la nak tak nak kene naik jugak kannnn..

27 Oktober 2015 / Selasa
Hari kejadian tu Dian tak rasa sakit apa. Dian ke pejabat macam biasa. As usually ibu mengandung ni kerap ke tandas kan asyik nak terkucil ja. Opis plak aircond sejuk gila. 2,3 kali ke tandas pagi tu tak ada pun spotting or tanda-tanda nak bleeding. Dalam kul 1 sebelum nak keluar rehat Dian ke tandas sekali lagi nak terkucil. Masa tu la baru perasan ada fresh blood keluar. Sangat-sangat terkejut dan gelabah tak tentu hala jadinya. Keluar dari tandas terus call suami bagitahu Dian nak ke hospital sebab bleeding. Suami nak ikut so Dian pick up dia kat klinik Gombak. Masa kat klinik tu sempat tanya nurse. Nurse tanya ada rasa baby gerak tak? Dian kata tak rasa..So nurse mintak refer ke kecemasan Hospital Selayang. Terus la kitorang ke sana. 

Sepanjang jalan rasa macam-macam perasaan. Risau, sedih, takut semua ada. Sambil usap perut Dian cakap dengan baby, "anak mama kene kuat ye". Suami Dian senyap je Dian tau dia risau. Dian dah cry tak ingat dunia dah. Sampai hospital masuk unit kecemasan tunggu lama gila sejam lebih baru doktor datang cek. Masa ni bleeding dah banyak macam period. Sementara tunggu tu ada kakak sebelah yang peramah ajak bersembang. Dia pun turun darah tapi baby baru 2 bulan. Cerita dia masa mengandung anak dia yang sebelum ni pun bleeding dan gugur masa kandungan 2 bulan. Ni mengandung dan bleeding lagi. Dian bila dengar dia cerita macam tu lagi la hati ni sedih dan risau. Doa banyak-banyak moga Allah lindungi khalifah kecil dalam rahim ni semoga selamat. 

Masa doktor jumpa dia tanya bleeding banyak mana. So doktor scan dan alhamdulillah anak mama masih kuat berjuang..Doktor kata baby masih ada heart beat. Dia ada cakap kemungkinan bleeding disebabkan keguguran yang baru nak terjadi tapi tak jadi. Syukur sangat-sangat. Doktor bagi mc seminggu suruh rehat tak boleh gerak banyak dan tak boleh keje berat. Ubat kuat rahim Duphaston kena makan sehari 3 biji dan Dian kena refer ke O&G untuk next appointment. Lepas seminggu cek kat pakar O&G alhamdulillah baby nampak sihat. Bleeding pun dah berhenti. Hari pertama je yang banyak turun darah. Hari kemudiannya dah tinggal spotting je. Sejak tu suami banyak bantu, masak basuh baju semua la dia bantu. Tak bagi buat keja berat. Thanks kanda kerna memahami dan banyak membantu.

After 2,3 minggu lepas tu kawan Dian plak bleeding tapi sikit je katanya. Kebetulan before that day kitorang ada gotong royong kat opis. Dia lasak sikit kot hari tu. Dia tanya pendapat Dian. Dian suh dia cek at least ke klinik tapi dia tak nak sebab sikit je macam spotting tu. Lagipun dia nak bertolak ke pahang nak bercuti. Suruh dia hati-hati je la kalau bleeding banyak suruh terus ke spital. Alhamdulillah until now kandungan dia sihat. Anak saudara Dian pun baru 6 minggu dah spotting. Ke klinik biasa doktor bagi duphaston suh makan 4 biji sekali makan. Doktor ni biar betul?? 4 biji sekali makan?? Pastu spotting tak berenti so dia ke klinik ibu dan anak doktor cucuk ubat kuat rahim. Dia bagitau yang doktor sebelum ni bagi duphaston 4 biji sekali makan, terkejut doktor tu. Doktor tu kata dia tak setuju kalau suruh makan 4 biji sekali makan sebab ubat tu kuat. Sampai sekarang ni tak ada khabar berita agaknya dah ok la kot kandungan dia mudah mudahan.

So nasihat Dian kalau ada yang bleeding masa mengandung ni jangan la ambil mudah sebab keadaan rahim kita tak sama. Ada yang kuat ada yang lemah. Mungkin ada yang kata alaa normal la bleeding masa mengandung..Tapi jangan kita lupa ada yang bleeding sampai keguguran. Dan seelok-eloknya kalau bleeding terus refer ke klinik ibu dan anak or doktor pakar sebab kalau ke klinik biasa ni doktornya belum tentu arif tentang masalah yang kita alami. 

Friday 4 December 2015

Alahan Hamil

Assalammu'alaikum wbt..

Sekarang ni Dian di trimester kedua..Alhamdulillah alahan dah hilang. Trimester pertama adalah waktu yang paling mencabar..Alahan sedikit teruk..Alhamdulillah Allah bagi peluang merasa alahan ibu mengandung :)

Setiap ibu mengalami pengalaman yang berlainan. Kat opis Dian ni 3 orang kawan Dian yang preggy lebih kurang sama due date dengan Dian..So termasuk Dian 4 orang pegawai yang preggy.. Bos dah pening kepala next year nak kena plan pegawai mana yang kena menanggung kerja. Nak buat macam mana rezeki Allah nak bagi bukan boleh nak halang-halang.

So antara kami berempat ni kawan Dian yang seorang ni paling sempoi..Relax je dia tak ada rasa loya, muntah pun tak..Tak ada alahan langsung..Dian la paling teruk alahan..MC tiap-tiap minggu..Sebelum tahu preggy dulu dah mula rasa mual-mual..Teringin sangat-sangat nak makan asam. Siap beli asam dan limau..Cakap dekat husband yang Dian rasa pahit mulut dah berhari-hari..Dalam mulut ni air liur penuh je...Tak tahu kenapa..Rupanya pembawakan baby :)

Alahan yang Dian alami sepanjang trimester pertama:
  •  Dian memang kerap muntah..Pagi-pagi nak mandi mesti muntah dulu..Kat opis after lunch je selalunya memang muntah balik segala yang makan tadi..
  • Tak boleh bau bauan especially perfume..So sepanjang alahan tu jimat la perfume..Encik suami pun tak pakai perfume kalau dekat dengan Dian..Pewangi rumah pun tak terpasang. Ada satu hari tu encik suami letakan ubat gegat dalam tandas, Dian masuk-masuk tandas terus muntah..Terpaksala dia buang semua ubat gegat tu hehehe..Sorry ye kanda :) Tugas masak memasak pun encik suami yang buat semuanya..Dian tak boleh nak masak langsung tambahan kalau nak goreng ikan/ayam..Kena tutup pintu bilik kalau suami memasak kat dapur.
  • Kurang selera makan..Bila time nak makan je macam satu masalah besar sebab tak tahu nak makan apa..Selalu makan memang tak habis..
  • Cepat nak pitam..Yang ni paling kerap jadi and paling Dian risau..Tetiba je rasa nak pitam tak kira tempat dah even tengah duduk mengadap pc or tengah tengok tv. Kalau diri lama lagi la even diri sekejap pun dah nak pitam..One day Dian dan suami pergi CDM nak masukan duit sewa rumah. Encik suami park kereta dekat je dengan CDM tu..Masa sampai depan CDM Dian dah tak boleh nak berdiri..Badan seram sejuk..Berpeluh-peluh nak pitam..Terus Dian duduk bersila depan CDM hahahaha...
  • Perut berangin je ..Maybe kurang makan kot..Kebetulan Dian memang ada gastrik..Lagilaaaaa
Dua bulan pertama semasa hamil berat badan Dian turun sebabkan alahan..Alhamdulillah masuk bulan ketiga alahan dah kurang sedikit dan berat badan pun dah mula bertambah.Dian pernah tanya doktor kenapa Dian kerap nak pitam..Doktor kata itu normal bagi ibu mengandung..Sebabkan HB semua ok..Tekanan darah je rendah sikit..Hopefully bila alahan dah hilang ni berat badan stabil tak berkurangan tak berlebihhh lebihan pulak hehe..Bila alami sendiri baru rasa macam mana susahnya mak Dian menggandungkan Dian dulu..Terima kasih mak atas segala kepayahan dan pengorbanan mak..Love u so muchhh!!

Tuesday 1 December 2015

Alhamdulillah..DOUBLE LINE!! Finally

Assalammu'alaikum wbt

Hanya kepada Allah kita meminta. Hanya pada-Nya kita berserah dan tawakal. Titipan perjalanan di alam perkhawinan walaupun baru 4 tahun berlalu tapi terlalu banyak yang dipelajari. Nikmat apa lagi yang nak disangkal? Semuanya ketentuan qada dan qadar Allah untuk setiap hamba-Nya..

Selama beberapa bulan tak berbloging ni memang Dian sedikit sibuk kerana nak memulakan kehidupan yang baru di tempat yang baru..Banyak perkara yang nak di settlekan..Masalah itu ini nak tak nak kena hadap juga. Salah satu sebab yang stop berbloging sebabkan internet kat rumah tak ada..Bila nak online guna hp..hp pulak rosak..Selalu teringat nak menulis sepatah dua kat blog tapi apakan daya...So harini Dian nak share berita gembira ini dengan sahabat Dian yang sudi singgah meluangkan masa di page ni :) Seperti title kat atas nun..hehe..Alhamdulillah Dian pregnant..Saat menaip di blog ni pun air mata dah bertakung. Bukan kerana sedih tapi semestinya gembira.

15 Julai 2015 / Rabu
 Happy 4th Anniversary Kanda.....Dah 4 tahun pelayaran kita dalam bahtera rumahtangga..Dinda minta ampun salah silap dinda selama 4 tahun kita bergelar suami isteri..I do love you so much..Maaf tak dapat nak celebrate macam tahun-tahun lepas..Maaf juga Dinda tak sempat nak beli hadiah apa-apa..

16 Julai 2015 / Khamis
Alhamdulillah dah sampai kampung halaman sebelah suami. Sempat juga berbuka puasa di kampung..Sepanjang Ramadhan tak berkesempatan balik berpuasa sama-sama dengan mak ayah..Esok dah raya..Ada juga rezeki Allah nak bagi buka puasa sesama..Tapi raya pertama umah si isteri dulu ye so pas buka puasa, malamnya bertolak balik ke umah mak abah Dian......

23 Julai 2015 / Khamis
Kami bertolak balik ke Kuala Lumpur..kalau boleh tak nak balik kl..Tapi rezeki di sana dah Allah tetapkan..
Dah beberapa minggu lately ni Dian rasa tak selesa badan..Sakit sangat-sangat kat bahagian dada..Bila cakap kat suami dia buat tak tau ja..Katanya nak period la tu...Hampeh huhuhu..Sebenarnya terlintas juga dalam hati aku preggy ke tapi tak nak berharap la kan so Dian pun beranggapan nak period kot..

1 Ogos 2015 / Sabtu
Pas mandi duduk la mengadap cermin nak sikat rambut..Tetiba..Debushhhhh!!!Jatuh kerusi..ya Rabbi sakitnya mujurla kerusi meja makeup tu rendah je. Kerusi tu tercabut dari paku rupanya dan mujurlah tak jatuh atas paku yang tercacak kat kerusi tu..Dah jatuh tak boleh bangun sendiri..Nasib baik encik suami ada tolong papah..Haha nampak sangat kamu dah gemuk Diannnn :-D

10 Ogos 2015 / Isnin
Semalaman tak sabar nak tunggu bangun pagi. Dah nekad nak buat UPT test. Kebetulan tester memang ada dalam simpanan. Yang jadi tak keruan, tak sabar, semuanya disebabkan sakit breast yg berpanjangan dah sebulan lebih. Period plak dah lewat 3 hari..So dalam hati Dian sangat-sangat yakin yang Dian preggy..Tapi takut kecewa pula..So senyap je tak bagitau suami..Subuh kul 6.00 pagi Dian bangun buka laci meja..Ambil tester..Doa pada Allah moga ada rezeki untuk Dian terima berita gembira kali ini....

.................................................................................................................................................

"Kanda...Kanda...bangun solat subuh.." 
Dian gerak suami lepas Dian selesai solat..Suami Dian bangun dengan muka terkejut..
"Kenapa ni Dinda??Kenapa nangis?? 
Dian sekadar senyum dan kesat air mata..
"Kanda pi la solat subuh dulu"..

Masa nak berwuduk tu suami Dian terpandang UPT tester yang Dian buat tadi..Terus dia panggil Dian dan tanya "Betul ke ni Dinda?"...Mata encik suami dah berair..Huhuhu Dian lagila tak dapat nak kata apa-apa kelu lidah..yang mampu Dian buat angguk kepala and terus cry sambil encik suami hugging..ngeeee...Rasa gembira yang tak terkata bila fikirkan dalam rahim ni ada ciptaan Allah yang paling dinanti-nantikan..Syukur pada Mu ya Allah kerana makbulkan doa kami berdua..Semoga anak kecil ini dilindungi sentiasa..

Dian siap-siap untuk ke pejabat. Tangan ni kejap-kejap usap perut..Tindak balas spontan kot bila bergelar mommy to be. Petang lepas habis kerja Dian and suami terus ke Klinik Zazali untuk double check..Alhamdulillah doktor sahkan Dian hamil 5 minggu..Senyum sampai telinga :) 

19 Ogos 2015 / Rabu
Dalam hati kerisauan sebabkan awal hamil ritu kan ke jatuh kerusi..Mana nak tau kata preggy kan..Dian ke klinik kesihatan untuk buka buku merah..Alhamdulillah segala proses berjalan lancar. Doktor scan kedudukan kantung dan semuanya ok..Alhamdulillah......Jadinya bermulalah episod ulang alik KK untuk check up..


27 Ogos 2015 / Khamis
Happy birthday Dian..Hadiah paling bermakna dalam hidup bak kata mak Dian bila Dian gurau minta hadiah kat mak..Mak kata "tu hadiah dalam perut"..hehehe...Dear baby..."Sayang..mama and abah love u so much..Tak sabar nak jumpa sayang..In sya Allah we will protect u with our life..
....................................................................................................................................................

Dian ambil masa juga nak ceritakan pada mak abah dan family yang lain-lainya..Kawan-kawan opis pun lambat Dian maklumkan..Sahabat-sahabat di opis dulu sampai harini ada yang masih tak tahu..
Dian mohon maaf andai nukilan ni ada yang menyinggung perasaan sesiapa..Tak ada niat untuk menyinggung melainkan niat Dian hanya satu, untuk share khabar gembira ini..

Dian dah pernah lalui IUI 2 kali..Doktor di Hospital Sungai Petani pun dah bagi surat referral utuk sambung treatment di Hospital Putrajaya..Tapi disebabkan keadaaan Dian yang baru buat IUI dan baru pulak pindah ke KL so Dian tangguhkan dulu untuk ke Hospital Putrajaya..Niat hati nak berehat sebentar tenangkan fikiran sebelum sambung IUI yang ke 3..Tapi kita hanya merancang sesungguhnya Allah sebaik-baik yang menentukan..Dia nak bagi secara semulajadi syukur Alhamdulillah..

So sahabat-sahabat TTCian semua please don't give up..Dian sepanjang 4 tahun berTTC tak pernah lupa after solat doa pada Allah..Minta pada Dia bersungguh-sungguh supaya Dia kurniakan zuriat untuk kita dan suami..InsyaAllah doa kalian Allah sentiasa dengar..Jangan lupa untuk berusaha..Jangan tak buat apa-apa..Sekurang-kurangnya kita pi la spital cek kesihatan kita dan suami mana tau ada problem yang kita tak tahu..

Terima kasih pada mereka yang pernah dan sudi doakan Dian untuk memperoleh zuriat..Allah dah makbulkan doa kalian.. Dian doakan sahabat-sahabat TTCian yang lain juga dimurahkan rezeki untuk memperoleh zuriat..amin...




Friday 27 November 2015

DIA YANG MAHA MENDENGAR SEGALA DOA..ALHAMDULILLAH..

Assalammu'alaikum wbt..

Hari ni sedikit kelapangan coz hari Jumaat penghulu segala hari..So time rehat panjang maka dapat la berbloging sebentar..Bagaimana nak mulakan bicara ini..Sepanjang hampir setahun mendiamkan diri dari berblogging sebenarnya macam-macam yang terjadi..Sedikit kelam kabut jadinya..

Cerita bermula pada awal tahun 2015..Awal tahun dah lalui IUI kali kedua..Kalau boleh dalam fasa ni kena tenangkan diri..Banyakan berehat tapi apakan daya sebagai ketua unit Gerakan Literasi sememangnya agak sedikit kelam kabut dengan kerja rutin dan kerenah bos yang kadang kala memeningkan kepala..Huhuhu bos korang macam tu tak???Dalam hati ni doa je bila laaaa nak dapat kerja lain ni..Awal tahun sangat pack dengan aktiviti dan program-program yang melibatkan jabatan2, sekolah2 dan badan2 korporat..Meeting je kerjanya.. Tapi syukur alhamdulillah diri ini masih berpeluang memberi khidmat yang sebaiknya..Syukur juga Allah kurniakan pekerjaan ini..Kena selalu beringat ada masyarakat kita yang ada diploma ijazah pun still tak ada kerja lagi..Jadi bersyukurlah kita yang diberi nikmat rezeki dalam bentuk apa pun..

26 Januari 2014...
Kringg...kringg...Hp ku berbunyi...Hahaha macam novel tak?? Padahal hp x de laa ringtone macam tu kan..Masa tu Dian kat opis tengah mengadap desktop buat kerja..Bila tengok screen hp naik nama 'Abah'..Dalam hati dian abah call ni nak pesan beli apa-apa la kot..Angkat fon abah terus congrat..Aikkkk??? Pasaipa ni tetiba nak congrat bagai.. Abah kata surat SPA sampai umah and abah dah buka. Dia pun baca la isi kandungan surat tu..Alhamdulillah ya Allah..surat yang ditunggu-tunggu. Dian dapat jawatan yang dian kena interview beberapa bulan sebelum tu..Dalam surat tu cuma minta Dian lapor diri di KL..Penempatan tak dinyatakan. Gembira sangat-sangat rasa berbaloi menunggu 2 tahun kerja berjawatan sambilan, 2 tahun kerja berjawatan kontrak..Akhirnya after 4 years baru dapat jawatan tetap. Syukur sangat-sangat..Terima kasih ya Allah memakbulkan doa hamba mu ini.. Terima kasih jugak kat abah kerna sampaikan berita happy ni..

Dan.......bermula saat tu semua jadi kelam kabut baik di opis mahupun life dian sendiri..Mana taknya kena lapor diri 4 February 2015. Berbaki seminggu je lagi untuk aku meninggalkan pejabat ni. Bos dan sahabat-sahabat lain semua dah dimaklumkan. Surat letak jawatan dah diserahkan dengan tarikh back dated. Hehehe..Jadinya jawatan dian kena serah kepada yang akan memangku dan yang nak memangku tak tahu siapa lagi..Jemm..Memang sangat-sangat kelam kabut..Minggu tu jugak la bos dan pegawai-pegawai lain nak buat juga jamuan perpisahan..hukhukk sedih juga rasa..29 Januari 2015 jamuaan perpisahan..Terima kasih la diatas penghargaan dan tanda ingatan yang diberikan...Dalam hati Dian pulak duk risau nak stay mana kat KL nanti rumah sewa semua tak sempat lagi nak cari..DEMI MASA....terlalu cepat kau datang dan pergi..Syukur suami Dian sangat memahami dan dia sangat menyokong untuk Dian terima jawatan baru tu..Suami pun ikut pindah ke KL..I'm not alone here..Love u Kanda..Thank you so much..

4 February 2015...
Semalam dah datang riki tempat sebab Dian memang tak pandai area KL..Dulu pas study kat Shah Alam sempat keja setahun kat Astro Bukit Jalil..tu pun naik LRT so mana la nak pandai nak drive sendiri di kota metropolitan ni..So harini lapor diri..rupanya ada seorang lagi pegawai baru yang lapor diri dengan Dian. Noorul Faedzah..Dapat kawan baru. Dian dan suami menumpang umah kawan suami dekat area Gombak. Kuarters guru..Suami Dian tak keja lagi so dia yang hantar Dian gi keja..Keluar rumah kul 6.00 pagi sebabnya kitorang tak hafal jalan haha..Takut sesat dan takut jalan jem..Apa yang mengharukan Dian, suami Dian sanggup tunggu kat kereta sampai Dian habis keja 8am-5pm..Ya Allah..semoga dia suami ku hingga ke syurga..Seminggu kami menumpang umah member suami baru dapat rumah sewa..Alhamdulillah..Segan rasa menumpang umah orang lama-lama.Untuk rumah sewa kena bayar RM1200 sewa dan deposit api air..Kira hat yang tu paling murah yang kami jumpa..Syukur Allah permudahkan..

Tapi dalam masa yang sama Dian sedikit tertekan..Kan ke buat IUI before pindah ke KL..dan seperti dijangka bulan tu miss P datang menjelma..Hmmm belum rezeki lagi nampak gayanya..Allah sebaik-baik perancang kerna Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita..Usaha ye Dian..Don't give up..Kipidappp hehe..



Takat ni dulu la noh hehehe..Nanti Dian sambung cerita yang lagi best huhuhu..Insyaallah..







Thursday 26 November 2015

Pengalaman IUI Kali Kedua

Assalammu'alaikum wbt

Lamanya masa nak sambung balik cerita fasal IUI yang dian buat untuk kali ke-2. Alhamdulillah dian dah proceed IUI untuk kali kedua pada 29 Januari 2015 yang lepas..Lama kan baru nak cerita haha. Dah nak masuk 2016 pun.. Takpela share pengalaman apa salahnye an an an.. 

Untuk 2nd IUI yang dian dah buat, apa yang boleh dian share procedure sama je cuma kali ni mentally dah prepared sebab dah pernah lalui untuk kali pertama dulu..Untuk kali ni still masalah nak masukan tiub..Dan still macam dulu Dian bleeding..Tapi alhamdulillah proses IUI berjalan dengan baik walaupun ada masalah-masalah tersebut..After IUI tu yess still berharap tapi tak la menggunung harapanya sebab tak nak terlalu kecewa..

And the result.......Jeng..jeng..jeng..................

Sesungguhnya Allah itulah yang maha menjadikan lagi maha menghidupkan. Kepada Dia kita memohon dan tawakal..Usaha kami suami isteri masih belum berhasil..Doa kami belum dimakbulkan kerana belum tiba masanya untuk kami menimang cahaya mata..Dian dan suami dapat terima..Yang penting kami dah berusaha..Doktor suggest untuk next appointment for TVS and IUI..Usaha lagi ye Dian.....  :)


Wednesday 18 November 2015

Apa khabar sahabat?

Assalammu'alaikum sahabat bloger semua..apa habaq? Lamaa sgt dian rasa x merajinkan jari jemari menaip kat blog ni..terlalu banyak perkara yg terjadi sepanjang hampir 11 bulan x menulis kat blog ni..Rasa nak je share semuanya huhu..

Semuanya bermula bulan February yang lepas.huru hara jadinya life dian hehe..nanti di entry yg lain Dian akan share dgn semua ye..la ni curi2 masa je jenguk blog yg dh 'bersawang' ni.Hopefully lepas ni kerajinan berbloging x terus terhenti..Dan dian xlupa terus berdoa utk sahabat2 TTCian semoga dimakbulkan doa kalian utk memperoleh zuriat..Insyaallah  Allah sentiasa mendengar doa hamba2 Nya..Yang penting bersabar dan jangan berputus asa..there's no rainbow without some rain..always remember that.. ☺

Wednesday 21 January 2015

Alhamdulillah Rezeki Allah

Assalammu'alaikum wbt..

Alhamdulillah Allah kurniakan nikmat pelbagai pada kita.. Nikmat kemewahan, nikmat kesihatan, nikmat kegembiraan bahkan sakit juga satu nikmat daripada Allah..Pagi ni dibuka pintu rezeki alhamdulillah..Rezeki tu ada dimana-mana asalkan kita berusaha..In sya Allah ada...



Thanks Kak Murni..Saya Jual baby headband crochet ni yer..

Ahad ni kena ke hospital untuk TVS12..Hopefully one day ada rezeki untuk dapat khabar gembira itu..Sedang berusaha kearah itu jua..In sya Allah..

Monday 19 January 2015

Bila Hobi Lama Bertandang Kembali

Assalammu'alaikum wbt

Baru selesai Majlis Pengkisahan Sejarah : Sejarah Ancaman Keselamatan Dari Perspektif Tan Sri Abdul Rahman bin Ismail. Lega rasanya bila sesuatu kerja tu berjalan lancar dan selesai..Laaapangg dada :)

Sebenarnya dua tiga hari ni menyepikan diri dari blog coz hobi lama datang balik..Dulu masa sekolah rendah dah pandai kait mengait sebabkan mak Dian rajin buat macam-macam dengan mengait. Dari alas meja sampai la dalam ven abah pun penuh dengan hasil tangan dia..Tu yang berjangkit sedikit ilmu mengait kat Dian. 

Last year ada staf cleaner kat opis ni bagi benang kait satu plastik sebabnya dia tak pandai kait. Dah lama benang tu tak terusik so datanglah balik semangat nak kait.. Dian tak la pandai sangat setakat buat yg simple2 jer. Alkisahnya ada pula kawan-kawan nak buat tempahan untuk baby dorang.. Hahahaha kita ni baru nak ingat balik step2 depa dah mintak nak tempah. Adehhh...memang tak ada keberanian nak buat. Lagipun tu hanya hobi mengisi waktu lapang coz Dian jarang tengok TV. Hopefully dapat belajar macam-macam patern crochet ni..Lama tinggai memang lupa.. 

Dah Juai :)

Baby Blanket Crochet ni x siap lagi..Tp dah ada orang booked :)



#Benang kait dah mahai la ni huhuhu.. Red Heart sangat cantik benang2 tu tapi harga pun cantik

#Jarum pun dah banyak hilang..Kena cari lain la jawabnya...

Tuesday 6 January 2015

SAKIT RUPANYA :(

Assalammu'alaikum wbt..

Last week Dian ke klinik 1Malaysia untuk minta referral letter ke pakar ENT hospital Sultan Abdul Halim. Kes nya Dian dah 4 bulan lebih duk rasa something dalam tekak..bila telan rasa benda tu..macam ada ketumbuhan dalam tekak..rasa tak puas bila telan. Dian dah ke 2 buah klinik termasuk la klinik 1 Malaysia ni tapi doktor tu tetap kata tak ada apa dia suluh dengan torchlight pastu kata cuma merah sikit ja..Dibaginya antibiotik n ubat sakit tekak padahal Dian dah maklumkan Dian tak rasa sakit cuma rasa ketidakselesaan. Rasa x puas hati bila ubat dah habis tapi benda alah dalam tekak ni still ada..Tu yang Dian minta dirujuk ke klinik pakar telinga, hidung, tekak (ENT) .. 

Kat ENT masa doktor pakar tu cek dijoloknya batang aiskrim dalam mulut coz nak tengok tekak..Pastu diguna satu alat untuk cek hidung. "Apa kaitan pulak dah hidung aku ni dengan ketidakselesaan tekak ni" kata aku dalam hati je laaa :) Doktor tu tanya ada alahan habuk tak? Dian jawab ye saya memang alah habuk..jadi gatal-gatal kulit, merah dan bengkak mata, hidung berair kerja nak bersin ja..Dah tu dia minta ke bilik prosedur untuk cek tekak guna camera. Dian rasa lega sangat2 akhirnya boleh la tau benda apa dalam tekak Dian ni.So relax la nak sumbat camera kot mulut In sya Allah ok kot..


Tapiiiiii........masa duduk kat kerusi bilik prosedur tu..Doktor tu sembur something dalam hidung..Dian tanya dia pasaipa semboq dalam hidung??Soalan apakah itu huhuhu..Dia kata nak bersihkan hidung coz nak cek laluan hidung sampai tekak..Subhanallah......................Muka cuak dahhh..Dengan tak malunya Dian tanya "Sakit tak doktor??" Doktor tu dan 2,3 orang nurse lelaki gelak pulokk..Katanya setakat ni tak ada lagi la pesakit yang lari keluar bilik ni disebabkan sakit..hehehe..Huhh lega rasanya dengan jawapan spontan doktor tu..

Dan bila jer doktor tu baca bismillah dan masukan camera dalam hidung kiri..Huwaaaaa SAKITTTTTT!!! Pastu dia keluarkan balik coz screen camera tu x nampak.. Dah nak jolok lagi..Double pain..Bila sampai tekak je doktor minta nafas melalui mulut..Then suh nafas macam biasa..Rasa camera tu duk pusing kiri kanan dalam tekak tu huhuhu..Nasib baik sekejap je..Mula-mula x bleeding tapi keluar je dari klinik dah rasa nak meludah je dan ada darah sekali..Tak banyak la tapi still darah huhuhu..

Doktor kata Dian ada gastrik..Huhh???Bila masa plak Dian ada gastrik pun tak tau..Cuma Dian memang kerap sendawa..Hadoiii dia cek hidung dan tekak pastu dia kata Dian gastrik..Katanya lagi alahan habuk sebabkan blocking dalam hidung dan rasa ketidakselesaan tekak disebabkan gastrik tu...Hmmmmmmm....Terima je la apa yang doktor kata..Balik rumah dengan sepelastik ubat2 huhuhu...Esoknya terus demam..Dah kena ambik ubat demam pulak..Dugaannnnnn............

Thursday 1 January 2015

Dugaan Hujung Tahun 2014

Assalammu'alaikum wbt

Selamat tahun baru 2015.. Sekejap je masa berlalu dah meningkat setahun lagi umur kita..Sedar tak sedar dalam kita bergembira sambut tahun baru ni kita sebenarnya makin hampir dengan AJAL..Astagfirullahhal'adzim moga Allah mengampuni dosa-dosa yang dah kita lakukan sepanjang tahun 2014. Tahun 2014 begitu besar cabaran dan dugaannya..Kita dihimpit dengan khabar duka bilamana Malaysia kehilangan 2 buah pesawat beserta penumpang MH370 dan MH17 milik Malaysia Airlines (MAS)..Keadaan politik Malaysia yang penuh dengan warna-warni nya..Kita juga terkesima dengan kempen Sentuh Anjing yang mendapat tentangan banyak pihak..Dan di pengakhiran tahun 2014 kita di duga dengan bencana banjir besar yang melanda negeri-negeri pantai timur.. Ya Allah hebat dugaan Mu..Moga kita semua mengambil ikhtibar dengan setiap dugaan yang Allah beri.

Bagi diri Dian pula terlalu banyak kisah duka lara mahupun gembira sepanjang tahun 2014 yang baru melabuhkan tirainya.. Baik dari segi kerja, soal-soal rumahtangga, mahupun sosial life bersama kawan-kawan. Semoga Allah memberi ruang dan peluang kepada Dian untuk memperbaiki diri. Back to the topic, 24 Disember 2014 sehari sebelum Hari Krismas..Masa tu Dian ada di kampung suami..Jiran call suami dengan nada terkejut dan macam kalut je..Dia bagitau kami kena balik cepat coz umah meletup, abis cermin sliding door dan tingkap-tingkap pecah. Masa tu otak duk pikir macam-macam pasaipa umah meletup? Ada orang letak bom depan umah ke? Dian lupa tutup gas dapur ke? Suami Dian sepanjang jalan zikir dan istigfar..

Elok je sampai taman tengok ramainya manusia dah macam pesta. Kereta tak boleh masuk so kami park tepi jalan dan jalan kaki..Subhanallah..Teruk sangat-sangat keadaan masa tu..Rumah jiran-jiran hancur..Mayat bertaburan sampai hujung jalan terpelanting bercerai isi-isi tubuh dan anggota badan. Ngeriii dah macam perang. Ada beberapa gambar dalam simpanan Dian tapi tak nak upload coz ngeriiii... Sampai je depan rumah tengok abis tak ada pintu dan tingkap pecah..Sib baik ada pintu grill walaupun pintu grill tu pun tercabut tapi masih boleh guna. Kereta Viva kesayangan yang Dian tinggal abis ditimpa siling yang runtuh. Ada la calar-calar sikit tapi cermin depan retak menanti belah jer..Huwaaaa...

Apa-apa pun syukur Alhamdulillah Allah selamatkan banyak nyawa masa kejadian tu..Kejadian berpunca daripada seorang hamba Allah ni yang cuba menggergaji bom untuk mengambil bahan tembaga di dalamnya untuk dijual. Cuma sedih kerana sifat tamak manusia mengejar duit dia dah effect 40 biji rumah rosak teruk. 5 nyawa terkorban termasuk janin yang dikandung isteri beliau 6 bulan. Sedih sangat-sangat. Anak jiran berusia 5 tahun yang sedang tengok TV dalam rumah pun terkorban.

Baru sampai simpang taman dah ramai orang

Keadaan tempat kejadian..Rumah hujung sebelah kiri ni tadika swasta. Mujur la x buka hari kejadian

Rumah jiran Dian



Rumah Dian.. Huhuhu masa ni tak perasan cermin depan keta dah retak 

Pintu Pecah

Tingkap pecah

Grill tingkap boleh tercabut..Punya kuat letupan tu..


Encik Suami gigih bersihkan kaca-kaca yang pecah..siling pun jatuh banyak keping.
Macam pasar malam dah ramai orang



Ok tu citer Dian untuk penghujung 2014..Untuk IUI pulak pada 28 Disember 2014 Ahad lepas Dian ke hospital untuk TVS 13.. Doctor kata telur banyak tapi kecik-kecik semua..Baru 3mm sedangkan untuk IUI sekurang-kurangnya 18mm. So lusanya kena TVS lagi..30 Disember 2014 pi pulak TVS 15 doctor kata telur tak ada..So dia suggest lepaskan cycle ni..Allah tak mengizinkan untuk Dian buat IUI kali kedua untuk cycle ni.. Next period doctor bekalkan 3 biji clomid sehari..Hopefully ada berita gembira untuk tahun 2015. Insya Allah...


** Sedang tunggu surat lapor diri tak sampai-sampai lagi..
*** Al-Fatihah untuk mangsa2 yang terkorban akibat kejadian letupan bom di Taman Ria Mesra II Gurun, mangsa2 banjir di Pantai Timur Malaysia, dan mangsa2 pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 yang beragama Islam..Moga diampuni dosa-dosa dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang bertaqwa. Amin


RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...