Tuesday 31 December 2013

Michael Schumacher Koma?

Assalammu'alaikum wbt.


Hmm semalam dengar berita Michael Schumacher, bekas pelumba kereta F1 dan tujuh kali juara Formula One World Champion, dah terlantar kat hospital Grenoble. Laporan mengatakan beliau kemalangan semasa meluncur ski bersama-sama anaknya di French Alps. Sebenarnya dulu masa Dian study di UiTM Puncak Perdana, one of my best friend Zuraidah Arif, dia ni memang minat dengan sukan Formula One ni dan of course sangat suka gila kat si Michael ni. Kadang-kadang dia bercerita fasal F1 kat Dian yang tak minat langsung sukan F1 ni. Bukan setakat F1 dia minat sukan bolasepak yang normally golongan lelaki ja yang suka tengok, pun dia minat GILA-GILA...hehehe..So melalui dia la Dian kenal sikit2 fasal Michael Schumacher.



Selama Michael Schumacher racing rasa-rasanya dia tak pernah alami kemalangan teruk. Tapi Allah maha berkuasa dan maha menentukan segalanya. Sebelum-sebelum ni pun si Michael Schumacher  ni pernah je luncur ski dengan kawan-kawan and family dia tapi this time dia agak kurang bernasib baik. Dengar kata kecederaan yang beliau alami agak teruk di kepala dan memerlukan pihak hospital melakukan pembedahan. Pihak hospital juga mengatakan keadaan beliau yang koma semakin kritikal. 




Semoga beliau cepat sedar dari koma dan cepat pulih. Semoaga keluarga beliau juga tabah menghadapi ujian ni.


No comments:

Post a Comment

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...