Showing posts with label TTC. Show all posts
Showing posts with label TTC. Show all posts

Monday, 15 January 2018

JUS BIDAN DARA..USAHA UNTUK HAMIL

Assalammu'alaikum wbt,

Semoga semua sahabat dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Harini curi-curi masa untuk melakar sedikit cerita kat blog yang dah lama tak update. Dian dalam proses ber TTC untuk anak kedua. Semoga Allah permudahkan. So nak cerita fasal Jus Bidan Dara. Dian baru consume tak abis lagi satu botol tapi nak bagi tau memang rasa dia sedap dan serasi dengan badan Dian.

10ml minum untuk pertama kali petang tu terus keluar sedikit spotting mungkin cuci darah period yang tak keluar abis masa cycle yang lepas. Dia macam energy booster gak sebab bagi tenaga kita rasa tak penat sangat di siang hari. Tapi untuk Dian punya cycle period after consume JBD ni cycle jadi lewat 5 hari bulan ni. Then bila period datang memang terlalu banyak. Hope dia cuci segala darah kotor yang sepatutnya keluar. 

Today Dian dan start balik acid folic. Jadi blur waktu bila kena makan acid folic ni adehhh.. Memang jadi pelupa teruk ni. Terpaksa la tanya encik google fasal asid folic. Asid folik boleh consume waktu pagi after breakfast sebiji sehari ye Dian. Kalau lupa makan waktu pagi, boleh je makan waktu tengahari or malam. (Note untuk peringatan diri sendiri jugak). Acid folic boleh amalkan waktu period jugak. No worries! 

Wokeh cukup la setakat ni. Nanti sembang lain ye. Semoga Allah berkati usaha ini dan dipermudahkan segala urusan untuk kita semua. In sya Allah. 

P/s = Lupa plak Jus Bidan Dara pun boleh consume masa period. Jangan tanya Dian berapa harga sebab Dian tak jual tau 😊 Untuk wanita hamil je dilarang amalkan JBD. Pengasas JBD @khiriah17



Alhamdulillah Ya Allah

Monday, 16 October 2017

Tahniah Datuk Siti Nurhaliza Tarudin!!!

Assalammu'alaikum wbt,

     Gembira hati bila dengar perkabaran penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dah hamil 4 bulan.. 😒 Sebak dengar berita ni sebab rasa memahami situasi beliau yang lama menunggu kehadiran cahaya mata. Orang bersabar in sya Allah akan merasa manisnya hasil kesabaran tersebut. 11 tahun beliau dan suami bersabar dan berusaha. Allah bagi ganjaran buat hamba-hamba-Nya yang bersabar.

     Tahniah Datuk Ct @ctdk dan  Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Semoga Datuk Ct dan baby sihat dan selamat. Rasanya semua rakyat Malaysia tumpang gembira bila dengar berita gembira ni. Kami yang TTCian lagi la hepi sesangat. πŸ’•πŸ’• Semoga anak yang bakal dilahirkan menjadi anak yang solehah. In sya Allah... Amin...

Tuesday, 26 September 2017

Doakan untuk yang Kedua

Assalammua'laikum wbt,

     Semoga sahabat semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam lindungan Allah hendaknya. Dian alhamdulillah sihat walaupun lately diserang nausea dan diarrhea yang agak teruk jugak. Balik kampung 16 September 2017 kebetulan sambutan Hari Malaysia so ramailah yang berkonvoi motosikal di atas highway. Seronok Fayyadh tengok bendera Malaysia merata-rata. Nampak bendera je dia jerit "Deka!! Deka!!" sambil angkat tangan. Umo baru setahun 5 bulan tapi anak mama ni dah bijak pandai. Syukur alhamdulillah.

     Balik kampung sebab abah Dian nak kene operate buang hempedu. So balik la umah mak abah dulu. Sempat duduk mandi rehat sat dekat nak maghrib anak menakan call suami bgtau ayah mertua Dian lorat sakit teruk. So kami semua dengan mak abah balik Kola Ketil terus. Ayah nampak sangat2 tak sihat. Anak cucu cicit datang baca Yaasin. Sedih tengok keadaan ayah macam tu. Dia menangis tengok kami sampai. Orang jauh dah sampai katanya tapi orang dekat tak jenguk-jenguk lagi sambil mengalir air mata dia. Allah hu akbar.. Mudah tersentuh hati sesiapa pun kalau tengok orang tersayang terlantar sakit macam tu. Pakat2 berhujan dalam rumah. Keadaan ayah berlarutan macam tu sepanjang 5 hari kami kat kampung. Alhamdulillah hari ke enam masa nak balik tu ayah nampak makin sihat. Dian suapkan nasi dengan kuah singgang banyak juga dia makan. Suara pun jelas keluar boleh bersembang. Nak balik kl pun tak la terasa teramat risau sangat.

     Abah pulak 17 September masuk wad doctor cek tak boleh proceed operation sebabnya darah cair. Salah pihak hospital sebab tak bagi arahan untuk berhenti makan ubat cair darah sebelum masuk wad tempoh hari. So operation kena tunda ke 15 Oktober 2017. Semoga dipermudahkan segala urusan abah dan semoga Allah memberi nikmat kesihatan dan kesembuhan kepada ayah. Amin. Kedua-duanya kesayangan Dian.

     Ok back to the topic. Yes Dian sedang ber TTC kembali in sya Allah. Izz Fayyadh pun dah setahun setengah so we are ready. Doakan yang baik-baik dan fikir yang baik-baik. Semoga niat yang baik ini diberkati semoga doa yang baik ini diangkat Allah swt. 
 



 
     


Saturday, 10 June 2017

Anakanda Tercinta

Assalammu'alaikum wbt..

Salam 15 Ramadhan 1438h.. Sekejap nye masa berlalu.. Dah separuh bulan ramadhan pergi berlalu meninggalkan kita..Rasa sedih plak memandangkan kesedaran akal fikiran ni sesungguhnya diri ini sangat kurang mengambil kesempatan mendekatkan diri pada Allah..Kesibukan duniawi kadang kala menjadi alasan rapuh untuk beribadah pada Dia yang MAHA ESA. Sebak plak rasa sedangkan dosa2 mengunung tinggi..

To my sahabat di alam maya..kita tak pernah bersua muka..tak pernah bertentang mata tapi semoga jalinan kenalan ini tak terputus selamanya. Ada masa terluang saya akan singgah di blog2 sahabat yang lain sekadar silent reader. Semoga kakak2 adik2 sihat selalu, diberkati umur, diterima amal ibadah, dirahmati, diampuni dosa2 dan diangkat segala doa2 kalian di bulan yang penuh barakah Ramadan al kareem..

Harini Dian duty counter ingatkan sambil2 tu boleh buat keja yang hakiki guna sistem ni. Unfortunately sistem down plak 😞 So Dian ada masa la jenguk blog ni n tetiba terasa nak menaip hehehe..

Puasa tahun lepas alhamdulillah dapat puasa penuh sebabkan selepas melahirkan putera sulung tu elok2 je nifas berhenti before Ramadhan..Tahun ni belum tentu lagi 😎 hahaha.. Harini nak sematkan beberapa picture2 putera tersayang kat blog ni..Muhammad Izz Fayyadh nama anakanda Dian dan suami..Anak yang dinanti-nantikan selama 4 tahun. Sebak bila fikirkan dugaan 4 tahun tu.. Allah je yang tahu. Setiap apa yang Allah tetapkan pada kita tak kiralah yang baik atau yang sebaliknya sebenarnya adalah hikmah supaya kita yang diberi akal dan fikiran ni bijak mengatur langkah untuk bertindak atas setiap apa yang Allah beri..Baik buruk semua tu ujian daripada Allah untuk hambanya.

Oklah emosional plak kannn..ni gambar2 Izz now dia dah 1 tahun 2 bulan..
  

3 April 2016 Jam 7.06 am .. Muhamad Izz Fayyadh 7 jam selepas dilahirkan πŸ˜ŠπŸ’–πŸ’•


7 April 2016 (5 hari) - Izz memang suka senyum time tido.. Apalaaa yg dimimpinya😊


8 April 2016 (6 hari) - Exercise dulu!! Sampai terkeluar mitten dia hehe

10 April 2016 (8 hari) - Posisi tidur sampai sekarang still mcm tu


31 Ogos 2016 (5 bulan) πŸ’ - Abg sado kau ado?? Hehe 😬

Ok tu je la untuk harini..Muhammad Izz Fayyadh nanti kalau panjang umur mama upload lagi ye..gambar Izz penuh space hp dah. Be a good son n jadi anak yang soleh ye sayang..

Untuk sahabat2 TTCian, don't ever2 give up. Doa banyak2 di bulan penuh barakah ni percaya pada Allah bersangka yang baik2 pada Allah..Setengah jam sebelum berbuka puasa please doa banyak2 minta pada Allah kerana Dia MAHA KAYA..Mintak la apa pun.. Dian doakan semoga Allah terima doa2 kalian semua..Amin..

Mohon sahabat2 doakan juga untuk anakanda Dian semoga menjadi hamba Allah yang cemerlang dunia akhirat..TQVM semua..Love u all so much πŸ’˜

Maksud nama Muhammad Izz Fayyadh:

Muhammad = Yang terpuji / Praiseworthy
Izz = Kekuatan, Kemuliaan, Kuasa / Glory, Power
Fayyadh = Murah hati, Dermawan / Generous, Philanthropist

Semoga ianya doa yang berpanjangan untuk anakanda tersayang. amin..

Tuesday, 1 December 2015

Alhamdulillah..DOUBLE LINE!! Finally

Assalammu'alaikum wbt

Hanya kepada Allah kita meminta. Hanya pada-Nya kita berserah dan tawakal. Titipan perjalanan di alam perkhawinan walaupun baru 4 tahun berlalu tapi terlalu banyak yang dipelajari. Nikmat apa lagi yang nak disangkal? Semuanya ketentuan qada dan qadar Allah untuk setiap hamba-Nya..

Selama beberapa bulan tak berbloging ni memang Dian sedikit sibuk kerana nak memulakan kehidupan yang baru di tempat yang baru..Banyak perkara yang nak di settlekan..Masalah itu ini nak tak nak kena hadap juga. Salah satu sebab yang stop berbloging sebabkan internet kat rumah tak ada..Bila nak online guna hp..hp pulak rosak..Selalu teringat nak menulis sepatah dua kat blog tapi apakan daya...So harini Dian nak share berita gembira ini dengan sahabat Dian yang sudi singgah meluangkan masa di page ni :) Seperti title kat atas nun..hehe..Alhamdulillah Dian pregnant..Saat menaip di blog ni pun air mata dah bertakung. Bukan kerana sedih tapi semestinya gembira.

15 Julai 2015 / Rabu
 Happy 4th Anniversary Kanda.....Dah 4 tahun pelayaran kita dalam bahtera rumahtangga..Dinda minta ampun salah silap dinda selama 4 tahun kita bergelar suami isteri..I do love you so much..Maaf tak dapat nak celebrate macam tahun-tahun lepas..Maaf juga Dinda tak sempat nak beli hadiah apa-apa..

16 Julai 2015 / Khamis
Alhamdulillah dah sampai kampung halaman sebelah suami. Sempat juga berbuka puasa di kampung..Sepanjang Ramadhan tak berkesempatan balik berpuasa sama-sama dengan mak ayah..Esok dah raya..Ada juga rezeki Allah nak bagi buka puasa sesama..Tapi raya pertama umah si isteri dulu ye so pas buka puasa, malamnya bertolak balik ke umah mak abah Dian......

23 Julai 2015 / Khamis
Kami bertolak balik ke Kuala Lumpur..kalau boleh tak nak balik kl..Tapi rezeki di sana dah Allah tetapkan..
Dah beberapa minggu lately ni Dian rasa tak selesa badan..Sakit sangat-sangat kat bahagian dada..Bila cakap kat suami dia buat tak tau ja..Katanya nak period la tu...Hampeh huhuhu..Sebenarnya terlintas juga dalam hati aku preggy ke tapi tak nak berharap la kan so Dian pun beranggapan nak period kot..

1 Ogos 2015 / Sabtu
Pas mandi duduk la mengadap cermin nak sikat rambut..Tetiba..Debushhhhh!!!Jatuh kerusi..ya Rabbi sakitnya mujurla kerusi meja makeup tu rendah je. Kerusi tu tercabut dari paku rupanya dan mujurlah tak jatuh atas paku yang tercacak kat kerusi tu..Dah jatuh tak boleh bangun sendiri..Nasib baik encik suami ada tolong papah..Haha nampak sangat kamu dah gemuk Diannnn :-D

10 Ogos 2015 / Isnin
Semalaman tak sabar nak tunggu bangun pagi. Dah nekad nak buat UPT test. Kebetulan tester memang ada dalam simpanan. Yang jadi tak keruan, tak sabar, semuanya disebabkan sakit breast yg berpanjangan dah sebulan lebih. Period plak dah lewat 3 hari..So dalam hati Dian sangat-sangat yakin yang Dian preggy..Tapi takut kecewa pula..So senyap je tak bagitau suami..Subuh kul 6.00 pagi Dian bangun buka laci meja..Ambil tester..Doa pada Allah moga ada rezeki untuk Dian terima berita gembira kali ini....

.................................................................................................................................................

"Kanda...Kanda...bangun solat subuh.." 
Dian gerak suami lepas Dian selesai solat..Suami Dian bangun dengan muka terkejut..
"Kenapa ni Dinda??Kenapa nangis?? 
Dian sekadar senyum dan kesat air mata..
"Kanda pi la solat subuh dulu"..

Masa nak berwuduk tu suami Dian terpandang UPT tester yang Dian buat tadi..Terus dia panggil Dian dan tanya "Betul ke ni Dinda?"...Mata encik suami dah berair..Huhuhu Dian lagila tak dapat nak kata apa-apa kelu lidah..yang mampu Dian buat angguk kepala and terus cry sambil encik suami hugging..ngeeee...Rasa gembira yang tak terkata bila fikirkan dalam rahim ni ada ciptaan Allah yang paling dinanti-nantikan..Syukur pada Mu ya Allah kerana makbulkan doa kami berdua..Semoga anak kecil ini dilindungi sentiasa..

Dian siap-siap untuk ke pejabat. Tangan ni kejap-kejap usap perut..Tindak balas spontan kot bila bergelar mommy to be. Petang lepas habis kerja Dian and suami terus ke Klinik Zazali untuk double check..Alhamdulillah doktor sahkan Dian hamil 5 minggu..Senyum sampai telinga :) 

19 Ogos 2015 / Rabu
Dalam hati kerisauan sebabkan awal hamil ritu kan ke jatuh kerusi..Mana nak tau kata preggy kan..Dian ke klinik kesihatan untuk buka buku merah..Alhamdulillah segala proses berjalan lancar. Doktor scan kedudukan kantung dan semuanya ok..Alhamdulillah......Jadinya bermulalah episod ulang alik KK untuk check up..


27 Ogos 2015 / Khamis
Happy birthday Dian..Hadiah paling bermakna dalam hidup bak kata mak Dian bila Dian gurau minta hadiah kat mak..Mak kata "tu hadiah dalam perut"..hehehe...Dear baby..."Sayang..mama and abah love u so much..Tak sabar nak jumpa sayang..In sya Allah we will protect u with our life..
....................................................................................................................................................

Dian ambil masa juga nak ceritakan pada mak abah dan family yang lain-lainya..Kawan-kawan opis pun lambat Dian maklumkan..Sahabat-sahabat di opis dulu sampai harini ada yang masih tak tahu..
Dian mohon maaf andai nukilan ni ada yang menyinggung perasaan sesiapa..Tak ada niat untuk menyinggung melainkan niat Dian hanya satu, untuk share khabar gembira ini..

Dian dah pernah lalui IUI 2 kali..Doktor di Hospital Sungai Petani pun dah bagi surat referral utuk sambung treatment di Hospital Putrajaya..Tapi disebabkan keadaaan Dian yang baru buat IUI dan baru pulak pindah ke KL so Dian tangguhkan dulu untuk ke Hospital Putrajaya..Niat hati nak berehat sebentar tenangkan fikiran sebelum sambung IUI yang ke 3..Tapi kita hanya merancang sesungguhnya Allah sebaik-baik yang menentukan..Dia nak bagi secara semulajadi syukur Alhamdulillah..

So sahabat-sahabat TTCian semua please don't give up..Dian sepanjang 4 tahun berTTC tak pernah lupa after solat doa pada Allah..Minta pada Dia bersungguh-sungguh supaya Dia kurniakan zuriat untuk kita dan suami..InsyaAllah doa kalian Allah sentiasa dengar..Jangan lupa untuk berusaha..Jangan tak buat apa-apa..Sekurang-kurangnya kita pi la spital cek kesihatan kita dan suami mana tau ada problem yang kita tak tahu..

Terima kasih pada mereka yang pernah dan sudi doakan Dian untuk memperoleh zuriat..Allah dah makbulkan doa kalian.. Dian doakan sahabat-sahabat TTCian yang lain juga dimurahkan rezeki untuk memperoleh zuriat..amin...




Monday, 8 December 2014

NIKMAT APA LAGI YANG KAMU DUSTAKAN

Assalammualaikum wbt..

Lama rasanya tak exercise jari jemari ni hehehe.. Kekangan waktu menghalang untuk berbloging sementara waktu. Hujung-hujung tahun ni pula al-maklum saja la kena siapkan laporan 2014 dan juga perancangan 2015.

Sepanjang 2014 ni terlalu banyak perkara yang terjadi dalam hidup Dian. Suka duka ditelan je pasrah dan redha dengan ketentuan Allah sesungguhnya setiap kejadian adalah Qada dan Qadar-Nya. Awal tahun 2014 Dian dan suami mulakan rawatan untuk dapatkan zuriat. Hingga saat ini masih menunggu saat-saat bahagia sekiranya Allah tetapkan untuk kami bergelar ibu dan ayah. Sepanjang tahun ini juga kami diduga dengan rintangan yang hampir-hampir memutuskan ikatan aqad nikah yang pernah dilafaz 3 tahun yang lepas. Ya Allah syukur atas nikmat kebahagian yang Kau berikan kepada kami. Sesungguhnya tidak ternilai nikmat kebahagian dan peluang yang Kau berikan kepada kami hamba Mu yang lemah. Saat ini air mata dah membasahi pipi. Terlalu besar dugaan kami dalam mengharungi bahtera rumahtangga. Sesungguhnya kesilapan dan kekhilafan datangnya dari diri kami sendiri. Semoga terpelihara ikatan ini hingga ke Jannah.

Alhamdulillah setelah hubungan kami kembali pulih, kami teruskan dengan rawatan infertility di Hospital Sultan Abdul Halim. Doktor pun tak tanya banyak sebab apa kami hentikan rawatan untuk beberapa bulan. Dian dah jalani beberapa kali TVS dan on Clomid untuk 2 cycle. Alhamdulillah IUI pun dan dijalankan. Next entry Dian cerita fasal IUI tersebut. 

Dan sekali lagi nikmat yang Allah berikan dalam tahun ini. Dian dapat tawaran S41 tetap. Syukur yang tak terhingga atas rezeki yang ditunggu-tunggu sekian lama. Dian pernah coretkan dalam blog ni yang Dian hadiri temuduga untuk jawatan yang di tawarkan. Keputusan adalah "Calon Simpanan"..Setelah menunggu beberapa bulan akhirnya Dian dapat jawatan tu. Alhamdulillah ya Allah...


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
(wahai umat manusia dan jin)?" (surah ar-Rahman : ayat 13)


Sunday, 15 June 2014

HSG PART 2

Assalammu'alaikum wbt..

Maaf terlebih dahulu Dian betul2 sibuk dengan kerja.. Tiada kesempatan nak menulis. Ni time rehat boleh la berblogging jap.. Ok jom sambung kisah HSG yang Dian ceritakan last week..


HSG: Speculum and catheter

Bila Dr. maklumkan yang prosedur HSG ni sekejap je of course la Dian rasa lega sangat2. Then Dr. minta Dian relax and tarik nafas..Dia masukan speculum dan apa yg Dr. buat xtau la coz tak nampak..Alhamdulillah tak sakit tapi Dr. ambil masa yang lama almost 20 minutes nak masukan catheter tapi tak lepas.. Dian dah mula risau takut pun ada. Dr. kata nak masukan catheter tu xlepas. Then dia panggil Dr. kedua..Unfortunately Dr. kedua ni Dr. Chinese lelaki..Huwaaaaa malu gilaaa.. Siap cakap kat Dr. pertama "Saya malu la dengan Dr. lelaki" .. Dia kata it's ok Dian..Tapi Dr. lelaki tu pun tak boleh buat..Lagi laaa Dian rasa nerves..Apa masalah ni???Macam-macam yang Dian fikir masa tu..

Then they decided nak panggil Dr. ketiga..Masuk la Dr. perempuan Melayu.. Dia tgk dan dia bagi cadangan kalau still tak boleh buat dia suh cancel procedure dan proceed dengan yang tebuk2 perut tu...Ya Allah...Lagi kecut perut Dian dengar..huhu.. Dah tak boleh buat juga they decided panggil Dr. dari bahagian O&G sendiri..

Masuk la Dr. keempat..perempuan Indian..Dr. ni cakap "I nak try buat"...Cara dia cakap tu pun macam nak buat ujikaji ja kat badan kita ni..huhuhu..Dian tak tau la dia guna alat apa selain speculum tapi Subhanallah sakit yang tak terkata-kata..sampai Dian bergerak coz sakit sangat. Dr kata "U jangan bergerak I takut nanti luka bahagian lain coz benda ni tajam"..................... Yang Dian ingat Dian cry sunguh2 waktu tu and Dian siap cakap Dian tak boleh tahan sakit sangat..Dr. suruh tahan kalau nak pitam or pengsan bagi tau...Hmmm kalau nak pengsan tak sempat nak bagitau dah kot hehe..

So dengan paksa rela kena tahan juga kesakitan sambil Dr.Zureen pegang tangan suruh baca Bismillah n mengucap banyak2..Kesian Dr tu Dian genggam tangan dia kuat gila. Then bila Dr. Indian tu nak masukan catheter, Subhanallah sekali lagi Dian menjerit sakit..Tak tau nak cakap macam mana kesakitan tu sampai Dr. pertama minta stop the procedure "She's in pain, maybe we should stop" .... Tapi Dr. Indian tu tak nak stop..Dia suh tahan juga..Ya Allah.. Hanya Allah saja yang tau sakitnya macam mana..Dia paksa tiub tu masuk sampai boleh..masa nak kembangkan belon tu sakit lagiiiii.........Dugaan Allah nak bagi Dian rasa...Susahnya nak jadi seorang ibu..

Catheter untuk HSG


Belon catheter yang dikembangkan..



Alhamdulillah lastly boleh juga catheter tu masuk dalam..Dr. Zureen ambil alih balik untuk teruskan procedur HSG..Dia inject dye dan xray.. Dr. Zureen tak habis2 ucap Alhamdulillah..Dian tanya la kenapa Dr? "Alhamdulillah Dian, Dr. tengok tiub fallopio dua-dua belah normal tak ada blocking.. Takpa Dian sakit tapi berbaloi dengan result".. Syukur Ya Allah..

Dr.Zureen explained kenapa 3 orang Dr. buat tapi tak boleh masuk catheter tu.. Then dia juga bagitau kalau Dr. bahagian Xray buat HSG prosedur diorang tak akan guna satu alat ni memang tajam takut cut bahagian yang lain lagi pula kita tak di bius buat hidup-hidup ni tapi Dr. O&G tu guna alat yg tajam tu that why sakit sangat-sangat. 

Lepas HSG nurse bagi la pad orang bersalin coz bleeding agak banyak. Dia kata bleeding sehari ja selalunya tapi takut luka dalam coz alat tadi..Dia pesan kalau bleeding tak stop kena p klinik kesihatan terdekat..Dian bleeding sampai 4,5 hari baru stop..Lega satu bab dah selesai..

12 June 2014 - Appointment O&G kami jumpa dengan Dr...Dia bagitau result HSG semua normal dan Semen Analysis yang suami buat last day pun Alhamdulillah ada peningkatan 3 kali ganda melebihi target yang Dr. bagi..Then dia minta cuba secara normal dulu sebabkan nak bulan Ramadhan ni dia tak nak proceed lagi dengan IUI..Dr. bagi clomid untuk 2 cycle dan suami pula Dr. suh amalkan Vitamin E..Next period after Raya kena datang appointment sekali lagi.

**Lain orang lain pengalamannya..Ada yang buat HSG tak sakit apa pun..Untuk Dian Allah bagi sedikit nikmat sakit.. FYI prosedur HSG Dian buat ambil masa almost 2 hour.. Lama kan????

*** One more thing, result interview S41 yang lepas dah keluar. Bukan rezeki Dian lagi untuk jawatan tersebut tapi at lease 1st time Dian hadirkan diri untuk interview SPA jawatan S41 tu sekurang-kuranya Dian dapat pengalaman.. Resultnya "Simpanan Lantikan" Syukur ya Allah..

****Semoga Allah mudahkan jalan untuk kami berdua..Hanya Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya...

Sunday, 8 June 2014

HSG & Semen Analysis

Assalammu'alaikum wbt..

Akhirnya ada sedikit kesempatan untuk Dian update blog ni..Alhamdulillah Dian dan suami dah jalani beberapa prosedur ujian sebelum iui..Dian nak share sedikit pengalaman Dian dengan kawan2 TTC yang lain. Hope we can share some experiences here..

26 Januari 2014 - Dian dan suami ke klinik kesihatan Bedong untuk rawatan dan pemeriksaan kesuburan. Doktor buat surat refer ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani.

10 Februari 2014 - Dian ke HSAH dengan suami.. Kami tak kena bayaran sebab ada GL..Dian jalani ultrasound transabdominal scan, pap-smear dan blood test. Alhamdulillah tak sakit buat pap smear..Ingatkan sakit gila..dan syukur juga coz Dian diperiksa oleh doktor perempuan Islam nama dia Dr. Maziah.tak rasa apa pun.hehe..Doktor bagi clomid untuk satu cycle.

5 Mac 2014 - On clomid

22 April 2014 - Suami Dian ke HSAH untuk Semen Analysis..Kebetulan harini Dian ada program besar kena handle kat office dan dalam masa yang sama Dian kena hadir interview SPA jawatan S41..so tak dapat la nak temankan suami...Ciann diaa..hehe..Sorry tau kanda :)

15 Mei 2014 - Appointment kali ni kena ambil darah lagi..kali ni sakit coz nurse tu salah cucuk..huwaaaa.. Lebam tangan Dian pas kena cucuk tu..Doktor bagitau result Dian dan suami.. Doktor kata Dian ok semua base on scan bulan Januari dan blood test..tak ada cyst or fibroid..Cuma result suami kurang cantik. Sperm count suami kurang tapi dari sperm size, shape and appearance semuanya ok cuma kuantitinya kurang. So doktor suggest buat test sekali lagi di klinik swasta. Kali ni doktor yang entertain kami Dr. Deepaneswary. Dr. Deepa bagi pilihan sama ada Dian nak buat Hysterosalphingography (HSG) ataupun Laparoscopic surgery. Masa ni Dian mula gelabah punya takut nak pilih mana satu..Tanya husband pun dia suh Dian decide sendiri..Lastly Dian pilih buat HSG je coz Dian ngeri fikirkan nak buat laparoscopy tu kena tebuk2 perut..Takutttttt...So Dr. Deepa bagi clomid untuk 3 cycle dan ubat untuk alahan paracetamol..Tak ingat nama ubat tu tapi jenis steroid. Sebabkan Dian ada alahan paracetamol, 12 jam sebelum HSG Dian kena makan ubat tu 10biji dan 2 jam sebelum prosedur lagi 10biji. I'm shocked!! 20biji???? Dian kena ke unit x-ray untuk ambil tarikh HSG. Sebabkan period Dian dah masuk hari ke 15 nurse suh call bila next period datang. 


Laparoscopic Surgery. Ngeriiii kan???


30 Mei 2014 - On clomid

2 June 2014 - Dian call HSAH untuk ambil appointment HSG..Dapat tarikh 4 Jun 2014..Cepatnya!!!

3 Jun 2014 - Temankan suami buat Semen Analysis kat BP Helthcare. Kena RM50.00. Malamnya dalam kul 9.00 malam Dian yang susah gila nak makan ubat ni kena paksa diri telan 10biji ubat untuk alahan tu..Ya Allah..............pahit gila ubat tu sampai keluaq ayaq mata laa nak abiskan 10biji..huhuhu..teruk sungguh la..

4 Jun 2014 - Seawal jam 6.00 pagi sekali lagi kena telan 10 biji ubat steroid tu..Kena makan takut ada alahan pas HSG..Redah je laaaa.. Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba...Jeng Jeng Jeng..hehehe.. Dian tak rasa apa2..tak rasa takut yang sangat coz Dian buat reserch ada yang kata tak sakit. So Dian pujuk hati supaya tenang.. Bila nama Dian dipanggil nurse minta Dian tanggalkan cincin, jam and bracelet silver yg Dian pakai.. Then Dian kena tukar pakai uniform hijau..hehehe first time pakai baju spital. Sebelum prosedur Dian sempat tanya nurse tu doktor lelaki ke perempuan.. Hehehe dia kata "Nasib hang baik harini doktor perempuan" Huhhh legaaaa rasa..Then pas baring atas katil Dian dah mula rasa takut..Kat depan katil ada 2 buah screen monitor tertera nama Dian..Jam 8.36am..Doktor pun masuk..Dr.Zureen sangat2 peramah dan lembut orangnya..sedikit kelegaan dalam hati..Dr. Zureen kata prosedur ni sekejap ja..


***Sambung Part 2.. Ada keja nak buat..Sorry tau   ;-)


Tuesday, 8 April 2014

Kesibukan Yang Melanda :(

Assalammualaikum..

Lama sangat dah tak berbloging.. Rindu... Sangat sibuk 2,3 bulan ni memang tak sempat nak update blog.. Anyway hope kawan2 TTC semua sihat sejahtera.. Hopefully ada berita gembira yang hadir dalam hidup kalian semua :) Nanti ada masa Dian update blog ni.. Bulan Mei nanti In sya Allah kalau tak ada aral melintang Dian akan jalani HSG kat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Semoga dipermudahkan Allah. Amin.

“Everyone wants happiness,
No one wants pain,
But you can't have a rainbow,
Without a little rain"
(Zion Lee)





Wednesday, 1 January 2014

Alhamdulillah Rezeki Awal Tahun!!

Assalammu'alaikum wbt.

Hari ni dapat sms dari Bank Islam..duit sebanyak RM sekian-sekian dikreditkan ke akaun Dian. Eh???? Duit apa pula ni?? Setahu Dian bonus masuk esok 2hb.. So jadi detective conan jap hehehe pi menyiasat kat unit kewangan. Depa pun tak tau yang duit bonus dah masuk. Duk kata esok masuk.. Alhamdulillah memang betul duit bonus 2014 dah masuk hari ni. Syukur pada Allah atas rezeki yang diberi. Even setengah bulan gaji pun alhamdulillah daripada tak dapat apa-apa.

Planning Dian nak pi klinik untuk check apa masalah Dian dan suami.. Dah nak masuk tahun ketiga ni Dian rasa dah tiba masa kami buat pemeriksaan lanjut untuk mengetahui samaada kami ada masalah untuk mendapat zuriat ataupun kami tak bermasalah cuma belum sampai rezeki. Dian dah pernah scan masa usia perkahwinan menginjak setahun lebih. Dian minta doc buat scan takut ada masalah cyst ataupun fibroid. Dian buat di Klinik Dr. Husna di Taman Ria Sungai Petani.. Doc islam perempuan..Sangat ramah..Dia tanya last period Dian dan dia cadangkan Dian ambil Ovinum start hari kedua selepas period. Dian minta doc scan untuk tahu takut ada masalah lain so doc pun scan.. Alhamdulillah dia kata tak sebarang ketumbuan cyst ataupun fibroid. Period Dian pun teratur setiap bulan so doc suggest ambil ubat dan buat suami kena buat pemeriksaan semen. Tapi Allah maha menentukan..Masih belum tiba rezeki kami. So in sya Allah this time nak berjumpa dengan doc pakar untuk pemeriksaan lanjut.

Ohh by the way before Dian terlupa, Dian nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014!!! Semoga segala yang dirancang pada tahun ni dirahmati Allah dan berjalan dengan lancar. Semoga doa2 kita Allah makbulkan. Wish all of you **Happiness** **Prosperity** **New Born Baby!!**  



**Berdoa semoga semuanya baik-baik belaka dan semoga Allah permudahkan jalan** 

Tuesday, 31 December 2013

TTCian 2014

Ψ¨ِΨ³ْΩ€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω…ِ ο·²ِΨ§Ω„Ψ±َّΨ­ْΩ…َΩ†ِ Ψ§Ω„Ψ±َّΨ­ِΩŠΩ…

Assalammu'alaikum wbt

Hari ni hari terakhir di tahun 2013. Segala suka duka bergelar TTCian akan terbuku dalam ingatan hingga akhir hayat. Sesungguhnya penantian itu mengajar Dian menjadi lebih bersabar. Allah tidak pernah berlaku kejam pada hambanya. In sya Allah akan ada penghujung yang amat manis untuk semua sahabat TTCian. Alhamdulillah adanya sahabat TTCian yang banyak berkongsi pengalaman masing-masing. Sedikit sebanyak mengubat kesedihan hati dan yang penting sebagai pembakar semangat meneruskan usaha untuk berTTC. In Sya Allah..Dian akan teruskan berTTC untuk tahun 2014 hingga apa yang dihajati tercapai. 


Kepada semua sahabat TTCian, semoga berjaya untuk tahun hadapan. Teruskan berusaha moga doa kita semua dimakbulkan Allah. Terima kasih atas segala perkongsian ilmu, pengalaman dan perkongsian semangat. Semoga kalian semua dirahmati dan diberkati Allah dunia & akhirat. Selamat datang 2014.

***HuG***

Tuesday, 12 November 2013

Tembikai Susu Untuk Hamil?

Assalammu'alaikum wbt..

Sebenarnya saya dah lama amalkan makan buah tembikai ni.. Memang fev dari kecik lagi.. Bila transfer ke Alor Setar, depan opis ada jual buah-buahan potong so tiap2 hari beli buah tembikai ni campur serbuk asam..Mmmmmm sodap oooo....

Tapi disebabkan rasa was-was sama ada ia baik untuk kesihatan atau tak bagi wanita yang TTC so saya stop jap makan 2,3 hari..Try google untuk cari maklumat mengenai buah tembikai susu ni..Rupa-rupanya bagi ibu-ibu yang hamil atau selepas melahirkan sangat2 digalakan untuk makan tembikai susu..Rupanya ianya juga sunah Rasulullah saw..Betapa saya tak tahu. Adoii lama tak baca buku macam ni la jadinya..


Semangka ataupun buah tembikai susu adalah buah dari tanaman merambat yang serumpun dengan labu, melon dan ketimun. Buahnya yang banyak mengandung air membuatnya sering dijadikan jus. Isi buahnya berwarna merah atau kuning.

Sabda baginda : "Setiap wanita hamil yang makan buah semangka (tembikai susu) maka anaknya akan cantik wajahnya dan baik akhlaknya."

Haaa jadi mulai semalam saya dah start makan balik buah tembikai susu tanpa asam coz makanan yang masam-masam ni tak elok untuk para TTC..hehe dah lama tau tapi asam kan sedappppp..Untuk bacaan lanjut boleh rujuk ke page ni Makanan Berkhasiat Untuk Kehamilan Menurut Rasulullah s.a.w

Sunday, 23 June 2013

Carta BBT / BBT Chart

Assalammu'alaikum 


Harini just nak berkongsi dengan semua TTCian yang sedang berBBT carta BBT yang Dian buat sendiri untuk memudahkan Dian catat suhu badan asas pagi-pagi pas bagun tido..hehehe..Format dalam bentuk Microsoft Excel..so senang nak edit dalam pc masing-masing..Dan yang pentingnya Dian buat dalam bahasa Melayu..So sesiapa yang nak carta ni boleh je bg e-mail address..Dian akan e-mail yang original format okies :)



(Ni dalam format .png)


 SELAMAT BERBBT!!!


Thursday, 20 June 2013

Body Basal Temperature (BBT) Penting Ke????



Assalammu'alaikum.

Baru balik dari menziarahi ayah kepada ex-staff yang telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi..Semoga arwah ditempatkan dikalangan hamba2 Allah yang beriman. Amin...Back to the topic, BBT penting ke?Hmmmm, sebenarnya masa muda mudi dulu tak pernah ambik tahu dan memang tak tahu menahu langsung tentang BBT..After being a wife poonn masih tak ambik tahu..Yang sekarang ni baru le terhegeh-hegeh nak mencari info fasal BBT nie hehehe..Tu pun after almost 2 years usia perkahwinan saya.

Kenapa ye kena ambil tahu?Penting sangat ke???Dulu memang tak penting pada saya tapi selepas mencuba macam2 cara untuk mendapatkan zuriat, urut laaa, pantang itu la pantang ini la, vco, dan macam-macam lagi la.So lastly baru terbuka hati nak mencuba ber BBT..So far baru mula ber BBT this month..

Pengalaman ber BBT, saya rasa lebih mengenali badan sendiri. Hehehe suami pun bagi support coz kalau dia bagun awal dia akan kejutkan saya untuk ambil suhu badan awal pagi..Love u la kanda :) Seronok juga ber BBT coz kita akan lebih alert tentang perubahan pada badan kita..Selalunya saya akan bagun pagi dalam jam 5.30 - 6.00 pagi untuk ambil suhu badan. Bagun celik2 mata je terus menggagau tangan kat atas meja tepi katil cari thermometer..hehe dan setakat ni tak pernah miss lagi..carta bbt saya buat sendiri..And 1 lagi step yang Dian ambil ialah cek ovulasi menggunakan strip OPK..kat farmasi pun ada jual, Dian beli yang murah ja beli online..So hopefuly dapat istiqamah untuk ber BBT ni sampai ada rezeki untuk Dian dan suami untuk memperoleh cahaya mata.

BBT ni banyak faedah..Paling best kita boleh ber BBT untuk TTC (trying to conceive) ataupun untuk rancang kehamilan aka elak untuk hamil. For me of cause la TTC kan..Hope kawan2 kat luar sana yang TTC apa kata kita sama2 BBT ok.. Maybe ia boleh membatu kita lebih mengenali badan kita sendiri..TRY IT!!! 

Tuesday, 18 June 2013

Stress!! Arghhhh

Assalammu'alaikum

Istigfar banyak2 coz terasa sangat stress sekarang ni..Hmmmm... Baru balik dari honeymoon di Terengganu 6-8 Jun yang lepas..Rasa fresh sangat balik dari bercuti..Adoiii mai ja opis kerja datang bertalu2 (ayat tunggang terbalik hehe) Perasaan tertekan datang dahhhh...This kind of feeling is not good for TTC'ian tapi mcm mana nak nak elak yer?? Hope dapat settle semua kerja2 yang bertimbun2 and hope dapat jaga mood supaya sentiasa calm and happy :) Hopefully~ ~

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...