Thursday, 9 January 2014

Saya Drive Laju!!

Assalammu'alaikum w.b.t.

Rasa macam nak menafikan statement di atas tapi yang sebenarnya it's true! Dulu sebelum saya ada kereta saya sangat takut naik kereta kalau abah saya drive.. Walaupun masa tu kereta abah cuma Toyota Corolla yang lama tu tapi kereta tu sangat perform!! Laju sangat-sangat. Dan bila pemandunya adalah abah memang la saya jadi kecut perut duduk di seat belakang. Kadang-kadang bila saya takut sangat saya akan tegur abah saya suh drive slow skit tapi apakan daya abah buat derkkk je..haha..

Actually saya start rasa sangat-sangat fobia after kemalangan kereta pada tahun 2001. Kemalangan di highway masa tu awal pagi dalam jam 2 pagi tak salah saya. Angah saya drive kereta Honda Civic saya duduk seat belakang dengan sepupu. Kami dari KL nak balik Kedah. Kebetulan saya tido masa tu. Sedar-sedar ja kereta sedang berpusing-pusing tengah highway 2,3 kali melanggar divider kiri dan kanan. Tak boleh nak buat apa cuma menjerit dan berdoa semoga selamat semua. Alhamdulillah kereta kami terberhenti di sebelah kiri jalan bukan ditengah jalan coz at that time keadaan gelap dan elok-elok kereta berhenti ada sebiji bas lalu dengan laju maybe dia tak perasan kereta kami. Saya menggigil satu badan menangis je..Badan dah sakit-sakit tambah lagi kepala saya terhantuk tepi,depan, dan belakang. Macam blurr pun ada jadiknya. Kereta tunda datang dan plus peronda tak salah saya. Ambil report dari angah saya. Rupa-rupanya ada seekor burung hantu besar juga saiz dia duduk tengah jalan dan angah jadi terkejut masa tu. Dia cuba elak tapi malangnya kereta tu power steering so bila pulas steering kereta terus terpusing. 

Kerete Honda angah remuk terus depan belakang. Syukur pada Allah dia selamatkan kami berempat. Along duduk depan temankan Angah drive. Tapi yang paling teruk kesan kemalangan tu adalah Dian. Balik rumah mak suruh rehat. Bila tidur nak bangun duduk langsung tak boleh. Menangis2 masa tu ingatkan lumpuh ke apa. Dian cuba banyak kali tak boleh dan sakit sangat2. Last-last menjerit panggil mak. Mak tolong angkat dari belakang badan Dian bagi duduk. Bila duduk boleh bergerak dan berjalan macam biasa. So ke klinik check up. Kepala Dian bengkak besar kat tepi belah kanan, belakang dan dahi kesan terhantuk. Tak boleh bangun tu doc kata badan alami satu kejutan ataupun impak teruk so Dian kena banyak rest. Alhamdulillah semua selamat. Tapi until now Dian fobia naik kereta dengan orang lain drive even dia bawa tak laju mana.

Before beli kereta sendiri, Abang Long bagi pinjam kereta kancil turbo dia. Gila suka drive kereta tu. Pi kerja pakat tak percaya saya drive kereta turbo haha..Masa tu kerja Habib Jewel SP.Pertengahan tahun 2010 saya beli kereta Viva Elite. Tu je termampu.Kereta tu la banyak bantu saya recover balik dari fobia. Tapi yang peliknya saya tak boleh drive slow untuk perjalanan yang jauh. Cepat sangat ngantuk. So Dian memang drive laju. Tambahan bila nak pi kerja atau balik kerja. Dulu saya marah kalau abah bawa laju tapi sekarang abah kata saya bawa laju macam dia hahaha.. Maybe anak-anak abah memang suka drive laju. Bawa laju pun kena sentiasa berhati-hati selalu. Bila tak boleh nak laju jangan nak paksa kereta kita, nanti lain jadinya.

Saya pun ada masa saya suka berlumba dengan kereta lain. Ada masanya mood saya nak relax so saya drive slow ja sampai kereta kat belakang beratur berderet-deret hehe.. Anyway sampai saya dah cam kereta mana yang drive slow kereta mana drive laju tiap kali saya pi dan balik kerja. Dah macam kenai lama :p ..Tapi...saya masih takut naik kereta bila orang lain drive..Dalam hati doa macam-macam hehe. Macam mana tu????

Dulu nak beli colour ni Midnight Blue. Last2 stok lambat masuk kalau nak cepat ada warna hitam,putih dan pearl white.. Of course la hitam menjadi pilihan hati. ***

4 comments:

  1. kereta saya viva jugak.. KCJ6**7...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke sizuka? viva lagi best kan hehe..macam comel je kecik molek..no plate keta pun nak sama :)

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete