Thursday 2 January 2014

OH TIDAK!!! SAYA DAH GEMUK!

Assalammu'alaikum wbt..

Rasa macam tak boleh terima hakikat tapi betuiii berat badan Dian dah makin bertambah. Suami selalu tegur badan dah gemuk tapi Dian menidakkan statement tersebut hehehe.. Macam mana kita nak lari dari hakikat ye?? Memang tak boleh lari la kan..Dulu masa sekolah menengah until sambung belajar di UiTM berat badan maintain je 50kg..Haaa 50KG???? Mesti yang baca ni kata elehhh 50kg tu gemuk la..tapi u allz, memandangkan Dian ni seorang yang tinggi lampai so 50kg is normal for me..Tinggi Dian 170 cm so dengan berat 50kg Dian memang nampak kurus kering hahaha. Sampailah masa Dian kerja di Astro Broadcast Center di Bukit Jalil berat badan naik sikit ke 55kg..OMG! hepi gila coz berat badan dah naik setelah bertahun-tahun tak pernah nampak jarum penimbang tu melepasi 50kg. Masa tu rajin makan tengah-tengah malam tu yang boleh naik 5kg..

Then bermula la episod kegemukan yang serius bila lepas kawen badan naik sikit demi sikit. At that time dah keja gomen bertugas di cawangan Baling so duduk dengan mertua la..Mana taknya duduk kat rumah mak mertua kena rajin masak pagi makan, tengahari makan, petang makan, malam makan, kadang-kandang tengah malam pun makan lagi bila suami bawa balik makanan dari pasar malam huhuhuhu gumbiranya masa tu tak hinggat donia kihkihkih..  Berat badan dah mencecah 60kg.. Tahniah Dian!!!!! 

Selepas 2 tahun di cawangan,  HQ panggil semua pegawai di cawangan balik bertugas di Alor Setar..Ohh tidakkk!! Kena berjauhan dengan suami la nampak gayanya..Start dari bulan February 2013 saya bergelar weekend wife huhu..Ingatkan bila berjauhan dengan En. Suami, tak lalu makan laaa..Bukan tak lalu makin lalu ada laa.. Kerja di HQ rupa-rupanya tabiat kakitangan kat sini suka makan nasi campur masa rehat jam 9.00 pagi.. Haaa??cewahh mula-mula tak reti la tapi bila pi kedai semua masak nasi campur hadoiii nak tak nak makan juga la kita pun..



Masuk sebulan kerja berat badan mencecah 67 kg!!!! Ya Allah..Cepat sungguh berat badan naik. Patutla baju makin ketat kat pinggul. Sib baik la koleksi jubah banyak. Masa tu tak ada kesedaran sivik lagi kot la nak kontrol makan sampai suami pun tegur masa tu..Dian buat derkkk je makan macam biasa. Last-last berat badan mencecah 71KG!! Haaaamek kau! Baju yang baru dapat coz tempah kat tailor 2 bulan lepas pun dah ketat!! Macam mana ni risau pulak Dian berat badan makin dipam-pam macam belon dah Dian rasa. Nak solat pun macam mengah je nak sujud lagi la rasa perut berlipat-lipat haha..


http://anechesca.wordpress.com/2012/08/15/

So Dian bagitau suami yang Dian akan cuba diet nasi untuk sebulan bermula 1/1/14 (semalam la kan) hehe sempena tahun baru dan azam baru nak kuruskan sikit badan. Kurangkan pengambilan karbohidrat spesifik lagi no rice la kan. Alhamdulillah untuk semalam dan harini makan sekadar 2 kali sehari tanpa nasi ye.. Nasi memang tak jamah lagi sejak semalam even sebutir.. Semoga diet Dian berjalan lancar dan semoga ada hasil yang baik hujung bulan ni..Kalau berhasil diet ni boleh terus diamalkan In syaa Allah..Jom pakat-pakat diet!!

No comments:

Post a Comment

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...