Monday 13 January 2014

Ca Ya Nun Alif Masak, Kita Makan??Halal ke?Ermm...

Assalammu'alaikum w.b.t.

     Sebenarnya tadi keluar lunch dengan opis mate dekat food court shopping complex yang berdekatan dengan opis Dian. Dian makan lasagna ayam. First time makan lasagna hehe.. Dalam pada duk tunggu order kami siap, mata terpandang sederetan manusia duk beratuq panjang kat satu kios makanan masakan cina. Yang memasaknya adalah ca ya nun alif non-muslim ye...dan yang duk beratur menunggu makanan adalah orang kita melayu Islam. Ya Allah kesian tengok. Dian n opis mate duk berdiskusi la fasal situasi tu. Yang tak seronoknya kedai makanan tu tak ada pun logo halal. Kenapa masyarakat kita ni terlalu open minded ye soal makan halal dan haram? Hmmm

     Masa kami tengah berbincang rancak sambil beratur menunggu order siap, makcik yang tengah duk masak tu maybe terdengar perbualan kami. Dia pun menyampuk la. Katanya aunty ca ya nun alif kedai sebelah tu sembang dengan dia. Aunty tu mengaku dalam masakan dia ada diletaknya 'ba alif ba ya'!!!! Dia berani keluar statement katanya "SIAPA KATA MELAYU TAK MAKAN BABI?" Astaghfirullahaladzim!!! Kami sangat-sangat terkejut. 

     Bila kami dah dapat makanan yang diorder dan dah duduk untuk menjamu selera, apa yang kami perhatikan kat kedai ca ya nun alif tersebut sangat ramai orang melayu ada yang bertudung even melalui maklumat dari makcik tadi ada yang berpurdah. Ya Allah ceteknya akal hamba-hamba Mu. Kedai tu sahih-sahih bukan Islam, keliling kedai tu 95% kedai makan orang Islam jadi kenapa kita nak cari kedai non-muslim yang makanannya belum tentu Halal. Pilihan ditangan kita!! Dian kalau dengan suami bila lalu / lintas depan kedai ca ya nun alif pun dah tak lalu apatah lagi nak duduk menghadap makan. Bila hari Sabtu time shoping complex dipenuhi anak-anak muda yang suka melepak, main bowling dan sebagainya hari tu la paling ramai customer kedai makan aunty tu. Wahai adik-adik, janganlah main belasah je makan. Siasat la dulu siapa tukang masaknya. Ada logo halal ke tak. Makanan tu jadi darah daging kita. Halal bukan sahaja dari segi kandungan bahan-bahan makanan tapi juga cara penyediaanya cth mcm alatan2 yang diguna pakai dan sebagainya.




     Pihak berkuasa tolong la siasat dan ambil tindakan. Jangan hanya berpeluk tubuh sahaja. Kalau boleh tolong asingkan kedai non-muslim dan kedai muslim. Pengguna tak terkeliru dan tertipu.. Please bare in mind IBADAT bagi Muslim berhubung rapat dengan makanan dan minumannya!! Adoiii MBAS sila ambil perhatian / tak pun mana-mana pihak yang bertanggungjawab sila buat siasatan dan tindakan. To all Muslims please la cari la kedai makanan muslim dan halal..Kita di bumi Malaysia berlambak-lambak kedai orang Islam.

**Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu” (Al-Baqarah: 168) **

No comments:

Post a Comment

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...