Monday 27 January 2014

Langkah Pertama ~ Rawatan Infertility

Assalammu'alaikum wbt..

Alhamdulillah kami dah mulakan langkah pertama untuk mendapatkan rawatan infertility. Perkahwinan yang dah menjengah ke usia 2 tahun 6 bulan akhirnya telah membuka hati suami tersayang untuk kami berdua dapatkan rawatan daripada pakar. Semalam 26 January 2014 (Ahad) kebetulan dapat cuti sehari so kami berdua ke Klinik Kesihatan Bedong untuk dapatkan referral letter dari doktor untuk rawatan di hospital. Seawal jam 7.30 pagi kami keluar tapi singgah breakfast dulu takut nanti kena tunggu lama di klinik almaklum lah hari Ahad selalunya ramai. Jam 8.10 minit kami ke kaunter utama baru la dapat no giliran dan seperti dijangka memang ramai sesangat.. Nombor giliran kami 38 dan 39.. Sepatutnya masa pendaftaran tu hanya bagi IC Dian je tapi tah kenapa nurse tu minta IC suami sekali katanya kalau nak cek suami isteri dua2 kena bagi IC. Hmm tak kisah lah asalkan dapat no giliran..Yang best nye satu nombor pun belum dipanggil lagi..Nak tak nak kena tunggu juga le...

Setelah sejam setengah menunggu kami dipanggil untuk masuk bilik no. 2 dan nurse rekodkan berat, tinggi dan tekanan darah. Alhamdulillah semuanya ok. Kemudian kami kena menunggu sekali lagi untuk berjumpa dengan doktor yang bertugas. Jam 10.25 pagi baru la dapat jumpa dengan doktor.. Dr yang bertugas hari tu Dr. Haslin bt Abdul Wahab. Kami masuk dua orang sekali. Beliau tanya la usia perkahwinan, rawatan yang pernah kami buat, ubat-ubatan yang kami amalkan untuk TTC dan sebagainya. Kemuadian dia tanya juga fasal kitaran period setiap bulan (so far regular) dan masalah tiroid kalau ada (alhamdulillah tak ada). Dia terkejut tengok berat Dian 70kg..Even Dian dah tak makan nasi hampir sebulan tapi berat hanya turun 1kg je. So Dr. kata overweight juga boleh jadi penyebab kesukaran mendapatkan zuriat. Bila dia pandang Dian atas bawah dia kata nampak ok ja badan sebab Dian tinggi. So beliau pun capai gadget dan kira BMI Dian.. Keputusannya ..."Ok 24! BMI kamu ideal"... HEHEHE alhamdulillah tak overweight or obesiti..Boleh maintain berat mcm ni.

Dah selesai sembang dia pun tulis surat rujukan untuk kami bawa ke Hosp. Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani (Pakar  Obstetrik & Ginekologi).. Dr. Haslin suggest kami pi hari Rabu atau Khamis dan bawa GL siap-siap. Alhamdulillah jam 10.30 pagi selesai semua. Habis satu perkara.  Hari ni masuk kerja awal-awal lagi Dian ke Unit Pentadbiran untuk ambil GL. Siap dah. Syukur hari Khamis ni kami akan ke HSAH untuk pemeriksaan lanjut. Semoga Allah mudahkan jalan untuk kami berdua. Amin....


6 comments:

  1. Lupa nak mention yang surat referral tu boleh ambil di klinik swasta tapi dikenakan charge la ye..Dian ke Klinik Kesihatan semalam hanya kena RM2 ja untuk pendaftaran Dian dan suami :)

    ReplyDelete
  2. Wsalam, thanks prog muten. FYI saya memang beli online opk dan upt dengan harga seperti awak sebutkan tu :) saya beli online sekali beli saya ambil banyak senang kalau stok dirumah dah sedia ada. thanks for your info :)

    ReplyDelete
  3. Salam.good luck dian! semoga berjaya conceive. banyakan berdoa sama ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...Thanks dear..Doakan kami berjaya ye.. :)

      Delete
  4. InsyaALLAH dian..Semoga berjaya conceive..Semoga usaha kita akan dimakbulkan oleh Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...thanks umie..semoga usaha kita membuahkan hasil :)

      Delete

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...