Wednesday 8 January 2014

PROGRES DIET SAYA :)

Assalammu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah Allah berikan nikmat bernafas di dunia ni..So kena jaga apa yang Allah beri pada kita..KESIHATAN. Kena jaga kesihatan diri sendiri sebelum nak jaga kesihatan orang lain betul tak?? Ok memandangkan saya baru start diet awal tahun 1 Januari 2014 yang lepas so harini dah masuk hari yang ke 8 saya tak makan nasi dan saya kurangkan pengambilan makanan. Apa yang seronoknya baru seminggu lebih ni dah 3 orang tegur saya nampak kurus..ngeeee ~ ~ Hati berbunga-bunga hahaha.. Actually diri sendiri boleh rasa perbezaan sebelum dan selepas berdiet..

Badan rasa ringan nak solat ke nak duduk lama ke rasa makin selesa tak rasa tegang je kat perut. Dalam masa saya berdiet ni saya banyak amalkan minum air masak (sebelum ni sangat-sangat kurang pengambilan air kosong rasa nak termuntah bila minum hehe).. Tapi bila kita amalkan lama kelamaan akan rasa biasa.

Balik kerja saya akan cuba buat senaman mudah dalam bilik selama 15 minit. Tak larat nak buat 15 min saya akan buat 10 min ja, ye la balik kerja jam 5.00 petang nak drive 1 jam balik kerja dari Alor Setar ke Sg. Petani so dalam kul 6.00 petang baru sampai rumah..Penat oooo..

Diet nasi ni selama 1 bulan ja..Itu azam saya untuk tahun baru 2014 so saya akan cuba lakukan..Lepas 1 bulan maybe saya akan makan nasi semula cuma kurangkan kepada segenggam nasi sehari coz nasi kan makanan ruji masyarakat melayu..Dari kecil lagi itu la makanan yang kita makan mak kita suap hari2..hehe..Nanti kena masuk perpustakaan kat rumah cari balik buku Kevin Zahari judul Fitness 24/7..Beli buku tu masa kerja kat Astro kebetulan dia datang bagi talk dan promosi buku dia..I beli le tapi tak sempat nak bergambar dengan dia.Haisshh rugi..Apa yang saya ingat penulis ada bagi tips nak makan nasi make sure hanya segenggam tangan kita jangan lebih. In syaa Allah diet kita seimbang dengan pengambilan zat-zat dari sumber makanan yang lain. 

So, ada lagi lebih kurang 3 minggu untuk diet nasi.. Gila-gila coba annnnn yang datang bila kita nak diet nasi ni terutama kawan-kawan la yang cuba rachunn ajak makan nasi beriani la, nasi tomato la..Sib baik kuat iman haha..Ni Pesan Kevin sila baca hehehe :)


http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/azam-kurangkan-berat-badan-2014/





4 comments:

  1. Tahniah dah berjaya diet! rasa mcm nak diet gak tapi macam kemalasan melanda :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tq .. boleh je nak diet kadang2 kita rasa xboleh tapi bila dah buat baru tau memang kita boleh sebenarnya!

      Delete
  2. Good luck Dian... i x leh kalo x makan nasik. hahahaha... i cuma jaga portion makan je... tapi memang lambat la turun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sweet tooth :) alhamdulillah perut tak membuncit sejak tak makan nasi ni hehe..actually kalau makan nasi pun takpe kalau u jaga portion makanan.kalau dian pula bila makan nasi memang susah nak control mesti makan banyak tu yg kena diet nasi..takpela asalkan kita rasa sihat

      Delete

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...