Monday 25 November 2013

Jus Perawan D'Herbs = Dah Hamil :)

Assalammu'alaikum semua..

Penat masih terasa coz baru balik dari Putrajaya..Anyway nak cerita sikit fasal Jus Perawan keluaran D'Herbs..Kisahnya macam ni..Saya ni dah amalkan macam2 cara untuk hamil..Antaranya amalkan Susu Kambing + Kurma..Kemudian Susu Al-Khisbun dan Cafe Al-Khisbun..Ada juga amalkan buah zuriat..dan pergi berurut la..Selalunya mak mertua dan adik ipar teman gi berurut.

Awal bulan ritu balik kampung terjumpa la Jus Perawan ni kat dapur..Rupa2nya adik ipar punya..Tapi dah nak habis sebotol..Dan yang terkejutnya Jus Perawan ni berkesan kat dia..Patutla pagi2 ja dengar dia muntah dalam tandas..Bukan setakat pagi..melarat sampai ke malam..kesian pula tengok..Makan pun tak lalu. Satu pagi, dia muntah kat sink dapur.. Mak mertua kata, "Orang lain yang berubat, orang lain pula yang boleh"...Actually at that time, saya sedikit terasa hati..tapi maybe mak mertua tak bermaksud apa2..Macam tu la saya pujuk hati sendiri hehehe..

Sebelum balik rumah, adik ipar ada pesan suruh saya cuba Jus Perawan mana tau serasi..Saya In sya Allah akan cuba..Ikhtiar yang penting tanpa putus asa..Berharap agar ada rezeki dari Allah untuk kami peroleh zuriat..

No comments:

Post a Comment

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...