Monday 11 November 2013

Buah Zuriat @ Buah Adam Hawa

Assalammu'alaikum wbt

Masuk harini dah 3 kali minum air rebusan buah zuriat. Thanks to my sister in law Hazaliza Halim yang kirimkan buah ni masa suami dia balik mai Kedah..Suami dia tu adik i ler hehe. Actually saya dah lama tau pasal buah zuriat ni..tapi kebanyakan jual online dan tak terasa nak beli masa tu..Last week adik saya Nasli balik Kedah dia bawa buah ni. 

Disebabkan saya dan suami weekend husband n wife so saya buat cara saya..Saya minta encik suami tolong belahkan buah tu.. Ya Allah, sangat keras susah gila nak belah..Tapi akhirnya berjaya juga belah dua..Ambil isinya beserta kulit dalam yang memang melekat kat isi tu..rebus kedua-dua belah. Oleh kerana saya duk jauh dengan suami, saya rebus dengan kuantiti air yang banyak sikit agak2 cukup 2 tumbler..satu untuk saya dan satu untuk suami..ikutkan cara yang betul rebus tiap2 hari dengan 1cawan air then kongsi suami isteri minum..Tapi kami berdua special case hehe..


Sumber : Google

Sebelum minum kita baca Bismillah, selawat ke atas Nabi Muhammad saw..kemudian niat la untuk dapatkan zuriat yang soleh dan solehah..Baru la minum..Rasa air ni tak ada la rasa pahit ka, kelat ka..rasa macam air kosong cuma warna dia ja macam air teh. Alhamdulillah dapat juga kami merasa air buah zuriat ni..Semoga Allah berkati usaha kami dan semoga ada rezeki untuk kami kali ni.. 

Tak pasti sama ada sudah ada orang yang dah berjaya hamil bila amalkan air buah zuriat ni tapi bagi saya kita bukan percaya pada buah zuriat ni tapi percayalah pada kuasa Allah yang Maha Menjadikan lagi Maha Menghidupkan..Mohon la pada Allah agar khasiat buah zuriat ni memberi manfaat pada kita. Insya Allah..


No comments:

Post a Comment

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...