Tuesday 18 June 2013

Cinta Jarak Jauh aka Weekend Husband and Wife :)

Assalammu'alaikum..

Hari ni nak berbicara skit fasal Weekend Husband n Wife..Dan sedihnya itu le situasi Dian sekarang ni..Maybe ramai lagi pasangan suami isteri kat luar sana senasib dengan Dian. Tuntutan kerja yang membuatkan fizikal terpaksa berjauhan dengan suami tersayang tapi hati ni hmmmmm jauh di mata dekat di hati la katakan..hehehe..

Anyway kadang-kadang terasa semacam nak berhenti kerja dan ikut suami tapi macam mana ek nak cakap..Pernah luahkan pada suami tapi beliau tak izinkan hukhukhuk sedihhh :(  Dia pesan kena beringat dimasa akan datang mana tau dugaan Allah nak bagi..so kena bersedia la..kalau berhenti kerja mcm mana nak buat simpanan..Walaupun sedikit asalkan ada simpanan daripada tak ada langsung. So, here i am. Masih bekerja dan Alhamdulillah dapat buat sedikit simpanan..Tapi akal dan perasaan asal hari khamis ja otak dah sampai ke rumah suami dah hehe.. Rinduuuu..

Hopefully dengan berjauhan begini dapat mengeratkan lagi hubungan yang terbina 2 tahun yang lepas. Still menanti kehadiran penyeri hidup buat kami berdua dan Dian percaya even duduk berjauhan bukan penghalang untuk sesiapapun untuk memperoleh zuriat permata hati kalau dah Allah tentukan sejak azali lagi dah tertulis dalam Lauh Mahfuz untuk kita peroleh zuriat, In sya Allah kita kena percaya dengan janji Allah dan berusaha ke arah itu.Chaiyok Chaiyok!!! Mood ~ ~ mendidik akal sendiri untuk lebih motivate ;)


No comments:

Post a Comment

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...