Wednesday, 24 August 2016

AMANAH ALLAH YANG TERINDAH..

Assalammuálaikum wbt..

Terasa singkatnya masa. Cepat sungguh masa berlalu bagai tiupan angin yang tak terlihat dek mata..Lama tak jenguk blog. Sahabat ada yang bertanya khabar kenapa menyepi diri. Actually lama menyepi sejak mengandung mungkin sebabkan emosi dan fizikal sedikit off tune hehehe. Tak ada mood nak berblog. Alasan kekdahnyeee 

Alhamdulillah selepas kes PV bleeding masa mengandung tu dan doc sarankan banyakan rehat so memang Dian rehatkan mental fizikal..Sepanjang 9 bulan tu alhamdulillah tak ada perkara yang tak diingini berlaku. Due date 15/04/2016 dah doct tetapkan kalau tak rasa nak bersalin pun kena serah diri untuk di'bersalinkan' pada tarikh tersebut. So Dian apply cuti bersalin awal 4 hari dan apply cuti rehat sebelum tarikh cuti bersalin tu. 1hb April 2016 mintak balik keja awal sebab ada appointment nak scan baby sebelum Dian and suami bertolak balik ke Kedah. Dah scan doct kata 38 minggu dah sarat sangat ni huhu..Suami dah risau sebab lepas keluar klinik tu terus nak bertolak balik Kedah. Bila scan doct kata air ketuban sikit tapi dia tak cakap bahaya ke apa ke dan dia kata selamat dan sempat lagi nak travel balik Kedah. So kitorang tawakal je la sambil pujuk baby duk elok2 dalam perut mama sebab nak travel jauh. 

On the way balik Allah nak uji hamba-Nya sabar ke tak. Jalan jem teruk bagai musim raya orang ramai berpusu-pusu atas highway. Rupa-rupanya ada kes kemalangan di beberapa tempat atas highway tu and it take around 20km++ punya jem..Nak ikut jalan lama pun jem susur keluar so bersabarlah wahai hati..Kul 6.00pm bertolak kul 1.00am baru sampai kampung. Sempat singgah kedai pekena Char Kuew Teow. 7 hours dalam keta dengan perut memboyot hehe. Sakit pinggang den..

Esoknya hepi la duk umah mak mertua jumpa ipar duai, anak menakan semua lah kann and dapat makan masakan mak mertua yang sodap walaupun simple.. Petang tu dalam kul 3.00pm Dian nak mandi tengok2 dah turun darah. Still dapat relax tenangkan hati terus mandi n wudhuk. Bagitau suami, dia pulak yang gelabah lebih haha..Dian solat dulu n siap2 p hospital. Sebelum g hospital salam mak ayah mertua minta maaf n minta doa dipermudahkan. Nak dijadikan dugaan lagi, jalan nak sampai hospital pulak jem sebabkan ada construction. Adoi pujuk baby jagan nak keluar awal tak sempat sampai hospital nanti. So dah sampai hospital pakai baju pink tu and doct cek baru buka 3cm..Ok lagi boleh tunggu lagi doct kata. Then bila dia scan muka dia dah lain.."Air ketuban sangat sikit u kena bersalin harini jugak"..Allah hu akbarr..Terus rasa takut..

Nurse suh makan sikit, so Dian makan pau je. Tak lalu dah nak makan lain2..Then dengan berkaki ayam sebab xleh pakai shoes nurse tolak masuk labor room..ngerinya rasa..Kul 7 dipecahkan air ketuban tu then setelah tu satu tiub dipasangkan ditangan kanan Dian. Dalam kul 8 induce. Awalnya tak berapa sakit tapi selepas sejam macam tu Subahanallah....Allah hu akbar.... Sakit contraction sangat tak terungkap dek kata. Sakit bagai nak tercabut nyawa..Berhempas pulas Dian cuba push tapi tak terdaya. Kepala baby dah keluar sikit dipintu rahim. Nurse and doct sehabis mungkin encouraged Dian utk cuba push lagi tapi dah abis tenaga.

Dian minta czer doct tak setuju coz bahaya utk Dian, then Dian minta vacuum. Doct bgtau risiko vacuum akan effect kat kepala baby.. Dia tak berapa setuju tapi melihatkan Dian yang sangat lemah hampir nak pengsan so dia proceed nak vacuum. Dian dah meramu air mata..Dalam hati Dian mohon pada Allah beri Dian kekuatan and pujuk baby bantu mama keluarkan baby dari perut mama. Suddenly Subahanallah Allah Maha Besar dan Maha Mendengar doa hamba-hamba-Nya. Terasa baby melonjak and Dian cuba push sehabis daya. Elok-elok doct masuk labor room bawak mesin vacuum tu, dia tengok baby dah keluar. ALLAH HU AKBAR..

Alhamdulillah lahirlah putera sulung kami 3/4/2016 jam 12.18 pagi. Nama diberi Muhammad Izz Fayyadh..(Yang Terpuji, Kekuatan, Pemurah Hati)..Semoga anakanda menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan semoga cemerlang dunia akhirat. Terima kasih pada yang sudi mendokan semoga kalian juga dipermudahkan segala urusan. Benarlah firman Allah SWT:-

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْناً عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya dalam dua tahun . Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Qs. Luqman : 14)


1 comment:

  1. Alhamdulillah dah selamat bsalin.tahniah Dian!! :) doakan utk kite juga ye

    ReplyDelete