Thursday 1 January 2015

Dugaan Hujung Tahun 2014

Assalammu'alaikum wbt

Selamat tahun baru 2015.. Sekejap je masa berlalu dah meningkat setahun lagi umur kita..Sedar tak sedar dalam kita bergembira sambut tahun baru ni kita sebenarnya makin hampir dengan AJAL..Astagfirullahhal'adzim moga Allah mengampuni dosa-dosa yang dah kita lakukan sepanjang tahun 2014. Tahun 2014 begitu besar cabaran dan dugaannya..Kita dihimpit dengan khabar duka bilamana Malaysia kehilangan 2 buah pesawat beserta penumpang MH370 dan MH17 milik Malaysia Airlines (MAS)..Keadaan politik Malaysia yang penuh dengan warna-warni nya..Kita juga terkesima dengan kempen Sentuh Anjing yang mendapat tentangan banyak pihak..Dan di pengakhiran tahun 2014 kita di duga dengan bencana banjir besar yang melanda negeri-negeri pantai timur.. Ya Allah hebat dugaan Mu..Moga kita semua mengambil ikhtibar dengan setiap dugaan yang Allah beri.

Bagi diri Dian pula terlalu banyak kisah duka lara mahupun gembira sepanjang tahun 2014 yang baru melabuhkan tirainya.. Baik dari segi kerja, soal-soal rumahtangga, mahupun sosial life bersama kawan-kawan. Semoga Allah memberi ruang dan peluang kepada Dian untuk memperbaiki diri. Back to the topic, 24 Disember 2014 sehari sebelum Hari Krismas..Masa tu Dian ada di kampung suami..Jiran call suami dengan nada terkejut dan macam kalut je..Dia bagitau kami kena balik cepat coz umah meletup, abis cermin sliding door dan tingkap-tingkap pecah. Masa tu otak duk pikir macam-macam pasaipa umah meletup? Ada orang letak bom depan umah ke? Dian lupa tutup gas dapur ke? Suami Dian sepanjang jalan zikir dan istigfar..

Elok je sampai taman tengok ramainya manusia dah macam pesta. Kereta tak boleh masuk so kami park tepi jalan dan jalan kaki..Subhanallah..Teruk sangat-sangat keadaan masa tu..Rumah jiran-jiran hancur..Mayat bertaburan sampai hujung jalan terpelanting bercerai isi-isi tubuh dan anggota badan. Ngeriii dah macam perang. Ada beberapa gambar dalam simpanan Dian tapi tak nak upload coz ngeriiii... Sampai je depan rumah tengok abis tak ada pintu dan tingkap pecah..Sib baik ada pintu grill walaupun pintu grill tu pun tercabut tapi masih boleh guna. Kereta Viva kesayangan yang Dian tinggal abis ditimpa siling yang runtuh. Ada la calar-calar sikit tapi cermin depan retak menanti belah jer..Huwaaaa...

Apa-apa pun syukur Alhamdulillah Allah selamatkan banyak nyawa masa kejadian tu..Kejadian berpunca daripada seorang hamba Allah ni yang cuba menggergaji bom untuk mengambil bahan tembaga di dalamnya untuk dijual. Cuma sedih kerana sifat tamak manusia mengejar duit dia dah effect 40 biji rumah rosak teruk. 5 nyawa terkorban termasuk janin yang dikandung isteri beliau 6 bulan. Sedih sangat-sangat. Anak jiran berusia 5 tahun yang sedang tengok TV dalam rumah pun terkorban.

Baru sampai simpang taman dah ramai orang

Keadaan tempat kejadian..Rumah hujung sebelah kiri ni tadika swasta. Mujur la x buka hari kejadian

Rumah jiran Dian



Rumah Dian.. Huhuhu masa ni tak perasan cermin depan keta dah retak 

Pintu Pecah

Tingkap pecah

Grill tingkap boleh tercabut..Punya kuat letupan tu..


Encik Suami gigih bersihkan kaca-kaca yang pecah..siling pun jatuh banyak keping.
Macam pasar malam dah ramai orang



Ok tu citer Dian untuk penghujung 2014..Untuk IUI pulak pada 28 Disember 2014 Ahad lepas Dian ke hospital untuk TVS 13.. Doctor kata telur banyak tapi kecik-kecik semua..Baru 3mm sedangkan untuk IUI sekurang-kurangnya 18mm. So lusanya kena TVS lagi..30 Disember 2014 pi pulak TVS 15 doctor kata telur tak ada..So dia suggest lepaskan cycle ni..Allah tak mengizinkan untuk Dian buat IUI kali kedua untuk cycle ni.. Next period doctor bekalkan 3 biji clomid sehari..Hopefully ada berita gembira untuk tahun 2015. Insya Allah...


** Sedang tunggu surat lapor diri tak sampai-sampai lagi..
*** Al-Fatihah untuk mangsa2 yang terkorban akibat kejadian letupan bom di Taman Ria Mesra II Gurun, mangsa2 banjir di Pantai Timur Malaysia, dan mangsa2 pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 yang beragama Islam..Moga diampuni dosa-dosa dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang bertaqwa. Amin


5 comments:

  1. sy mmg tertanya2 pasal berita ni. tertanya2 apa nasib rumah jiran2 yg terkena tempias bom tu. tak sgka dian salah seorang darpiada mereka..

    sy pun ada perancangan utk IUI tahun ni. azam tahun 2015 sbb baru2 ni buat HSG mcm ada problem sikit dgn tiub kanan sy. so mungkin kena plan utk IUI pula.

    sy ada baca petua dlm grup, if nak besarkan telur kita kena makan telur separuh masak hari2. insyaAllah ada perubahan saiz telur sbb ada yg berjaya telur besar. tp sy belum cuba lg. hihi. mungkin dian blh cuba utk next cycle. dh blh stat mkn telur separuh masak :)

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..berita ni akak baca sekali lalu sebab masa kejadian tu macam saing2 dengan beberapa hot story jugak..tak sangka area rumah Dian..Al-Fatihah buat yang pergi, segalanya takdir Allah jua..InshaAllah 2015 akan memberi snar baru dalam hidup Dian sekeluarga..Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak nuriz..kejadian ni terjadi saing2 dengan banjir besar kat pantai timur..dan 2,3 cerita hot yang lain :) In sya Allah moga 2015 ni juga memberi sejuta kebahagiaan utk akak nuriz sekeluarga..Amin :)

      Delete
  3. Assalam dian,
    Ya Allah
    dugaan betui
    iols tak der pulop dengor berita ni kat tv (nampak benor jarang negok berita kan3)
    Sedih dengor budak & baby dalam perut yang terkorban sama
    Moga dian tabah yer dengan dugaan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq awk..sorry late reply xperasan..hehe..now dah pindah x duduk dah umah tu..

      Delete

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...