Thursday 3 October 2013

Rindu Berbloging :(

Assalammu'alaikum.

Lama sungguh tak berbloging...Kekangan masa yang penuh dengan tuntutan kerja..Sekarang ni waktu yang agak free sedikit untuk bersantai-santai..hehe. Dua tiga bulan ni dah stop ber BBT coz bagun pagi-pagi selalu terlupa nak ambil suhu..kemudian badan pulak letih dengan latihan Netball hinggalah ke perlawanan sebenar Sukan Perpustakaan Awam se Malaysia (SPASM) 2013 yang berlangsung di Selangor..Orang tua-tua kata jangan lasak sangat, jangan buat benda berat..hehe dah main Netball nak kena la lasak sikit kannn, nak kena melompat-lompat...Even penat tapi puas coz Kedah menang tempat ke DUA. Bahagia mengalahkan orang yang menang juara kehkehkeh.. Mana tak nya kami sempat berlatih 4 kali sahaja.. Dalam masa yang sama dapat mengeratkan ukhwah antara sesama player dari pasukan negeri masing-masing dan dengan pasukan lain..Dan yang paling best berkesempatan bersua muka mendengar kata-kata motivasi daripada Prof. Muhaya.

Untuk bulan Oktober ni jadual tak berapa padat seperti bulan September yang lepas.. Untuk bulan ni ada Program penyerahan Netbook dari SKMM, Program Singgah Bahasa (DBP) di Perpustakaan Awam Merbok, kemudian ada Majlis Qurban untuk staff PPAK, dan last but not least Program Literasi Maklumat..Kali ni akan melibatkan dua buah sekolah iaitu SK Convent Alor Setar seramai 35 orang dan SK Bandar Baru Sintok seramai 40 orang..Hopefully by the end of this year dapat habiskan baki cuti yang ada lebih kurang 10 hari lagi.


"BIAR ORANG BUAT KAT KITA, JANGAN KITA BUAT KAT ORANG"
 MUHASABAH DIRI KATA PROF MUHAYA.

No comments:

Post a Comment

RAMADAN 2018

Assalammu'alaikum wbt, Salam Ramadan al-mubarak. Semoga Ramadan yang berbaki 4 hari sahaja lagi ni dapat kita manfaatkan dengan berib...